Thursday, 13 July 2023

KARAS

 ASSALAMUALAIKUM

KUIH KARAS
.

pic google images (c)

Kuih tradisi Melayu lama memang kesukaanku. Antaranya kuih karas. Suatu ketika dahulu aku suka juga memasaknya. Bahan diperlukan untuk buat karas sedikit sahaja. Cuma empat iaitu, tepung beras, sedikit gula, secawan air dan minyak untuk menggoreng. Langkah pertama campurkan gula dalam tepung beras dan uli bersama sedikit air sehingga gulanya sebati. Kemudian cairkan adunan sesuai likat dan masukkan dalam acuan karas sambil menggoyangkannya dalam kuali berisi minyak panas di atas dapur berapi sederhana nyalaannya. Hasil goyangan acuan akan membentuk selirat anyaman seperti mihun. Setelah masak segera angkat dan dilipat dua atau tiga tika masih panas. Sebenarnya acuan karas ini diperbuat daripada tempurung kelapa yang dilubangkan beberapa tempat mengikut ukuran sesuai. Dan diletakkan kayu kecil untuk mengikatnya agar mudah memegangnya kala membuat kuih karas.
.
acuan karas –
adunan tepung beras
sirat kelarai

6 comments:

  1. sedap kuih ni...berderai dlm mulut..

    ReplyDelete
  2. Istimewa sungguh cara membuat kuih karas.
    Sayang sekali, generasi hari ini ramai yang tak kenal kuih tradisional ini.

    ReplyDelete
  3. Mana foto kue karasnya. Temanku Paridah?

    ReplyDelete
  4. suka juga makan kuih karas ni kak PI, rangup manis je rasanya, nak buat tu tidak la kut hehe :) Owh ada acuan ye mana rupa agaknya kak ?

    ReplyDelete
  5. Aruah mak saya dulu buat acuannya pakai tin milo yang di tebuk bawahnya dengan lubang halus. Nanti di ketuk perlahan-lahan dalam kuali dengan minyak yg sedang panas. Buat jualan kuih karas ni tapi anak-anaknya tidak ada yang mewarisi bakat membuat kuih karas ni. sedap sebenarnya.

    ReplyDelete
  6. sedap nya makan kuih karas, ranggup betul

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist