ASSALAMUALAIKUM
SALAM JUMAAT MULIA
OSTEO-INTEGRASI
Genre : Sastera kehidupan
Penulis
Irwan Abu Bakar
Penerbit : Gaksa
Enterprise, Banten Indonesia
Nombor ISBN : 97867025906800
Bilangan mukasurat : 100
Pengulas : Paridah Ishak
Mesti ramai tertanya-tanya
kenapa naskhah ini berjudul Osteo-Integrasi?
Apakah maksudnya? Tapi penulis naskhah ini, Irwan Abu Bakar memilih judul
bersangkutan istilah perubatan ini untuk kumpulan cerpen karya beliau. Penulis
biasanya akan menulis sesuatu yang arif walaupun memaparkannya dalam karya
kreatif berbentuk cerpen.
Naskhah ini mengemukakan 12
cerpen iaitu;
1. Cakaran ombak
2. Pakat
3. Bionik
4. Dompet
5. Nangis
6. Pinang
7. +-x+
8. Espionaj
9. Tiru Macam Dia
10. Padam
11. Pedang Kayu
12. Syy-
Cerpen ketiga berjudul
‘Bionik’ bertepatan kisahnya dengan judul Osteo-Integrasi dengan kisahnya
seorang bergelar ‘dato’ hartawan yang ingin menjadikan anaknya juara segala
bidang dengan mengadaptasi implement teknologi
sains perubatan ke dalam tubuh anaknya. Akhiran cerpen ini juga sangat
menarik.
Kebanyakan cerpen berunsur
saintifik sesuai kearifan ilmu Penulis dalam bidang kejuruteraan perubatan tahap
Phd. Setiap cerpen berbeza isu yang dikemukakan tapi tetap menekankan unsur
sains perubatan, sains kejuruteraan atau sains social selari kisah citraan
ilham Penulis.
Pembaca pasti tertarik
dengan cerpen berjudul ‘Padam’. Apa yang mahu dipadam penulis dalam kisah ini?
Sebuah cerpen menjelaskan pemikiran Penulis tentang kebijaksanaan watak pilihan
mengendalikan digitalasi era kini memadam data dan kehidupan.
Penulis mengenengahkan
bahawa dalam kehidupan ini ilmu sains bukanlah hanya pengetahuan ekslusif tapi
sebenarnya sesuatu yang patut dikenali secara mendalam agar memperoleh
manfaatnya. Prof Irwan Abu Bakar seorang penulis yang membawa pembaca menikmati
sains dalam karya sastera secara santai.
Tahniah Prof Irwan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”