Monday 17 July 2023

BENGKEL PENULISAN PUISI TRADISIONAL ASN

 ASSALAMUALAIKUM




[16:22, 11/07/2023] Paridah: BENGKEL PENULISAN PUISI TRADISIONAL ASN 2023 (maya)

Sabtu, 8 July 2023 • 7:30am – 1:30pm

Time zone: Asia/Kuala_Lumpur

Anjuran: ALUMNI AKADEMI SANGGAR NURIMAS

Pensyarah bengkel: Cikgu Samiron Rahmat/Nurimas

24 peserta hadir

Penyelaras bengkel: cikgu Noraini Ismail.

Penyelaras teknikal: Hanna Sophia

Promosi: Mohd Shukri

Sijil: Eiza Nashwa


Moderator  Puan Noraini Ismail memulakan acara dengan bacaan ummul kitab, al-Fatihah.

Slot bengkel penulisan ketara dalam dua bahagian iaitu;

1. Berkenalan dengan peserta.

Peserta dari berbilang negeri di Malaysia yang mempunyai pengalaman dalam penulisan pelbagai genre.

2.

Berkenalan dengan cikgu Nurimas dan biodata beliau tentang aktiviti penulisan terlibat, pengalaman, penerbitan karya buku dan beberapa kemenangan telah dicapai juga anugerah penulisan yang diterima.

Cikgu Sanggar Nurimas selaku pensyarah bengkel mengenalkan tentang makna puisi tradisi yang dipilih untuk perbincangan iaitu gurindam dan syair secara komprehensif. Menyatakan juga Puan Paridah Ishak, Alumni Kersani ASN 2023, selaku penasihat bengkel. 

3. Pengenalan puisi gurindam

Mengenali asal usul puisi gurindam dan cirinya.

Cara binaan puisi dua larik serangkap dengan rima hujungnya a a. Kedua-dua  larik adalah maksud dengan cara penyampaian tersendiri. 

4. Pengenalan puisi syair 


Asal usul puisi syair dan cara binaannya secara abstrak, 4 baris serangkap maksud bersambung dengan rima hujung sama dan mengemukakan beberapa jenis irama syair. Peserta bengkel yang turut bersyair merdu dengan irama pilihan iaitu;

1. Cikgu Roslah Rani.- irama mayang

2. Puan Rusmarina Abu Bakar – selendang delima

3. Cik Melor Nur Ain – irama narasi

4. Puan Noor Rafzidillah – Tuk Kenali



Slot kedua


Perbicaraan tentang puisi syair dan gurindam secara lebih teliti dan mendalam. Pelbagai unsur majas sesebuah puisi untuk mengindahkannya perlu ada. Peserta berpeluang mencipta puisi syair dan gurindam secara spontan dan bimbingan diberi cikgu Nurimas memperbaiki kelemahannya.


Justeru pensyarah bengkel juga seorang konsultan, perkongsian ilmu sangat bermanfaat 

dan memotivasikan peserta agar berkarya puisi dengan baik dan sempurna. 

Sebelum bengkel berakhir peserta berpeluang mengemukakan pertanyaan berkenaan puisi tersebut dan ehwal seputar penghasilan karya untuk penerbitan media massa.


Alumni Akademi Sanggar Nurimas akan menganjurkan bengkel pembelajaran puisi tradisi gurindam dan syair sesi kedua tidak lama lagi. Sekiranya ada yang berminat menyertainya sila hubungi AJK ASN atau cikgu Nurimas.

[16:23, 11/07/2023] 

6 comments:

  1. Replies
    1. tksh ayaz program utk peminat puisi tradisi

      Delete
  2. Rindunya nak masuk program mcm ni...
    taktahu nak cari mana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh Cuya banyak ja kelas online cuba cari

      Delete
  3. Siapa berminat nak menulis puisi peluang yang bagus untuk turut serta. Mrs. A memang takde bakat menulis puisi huhuhuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh MRSA ya nak tulis puisi pun kena bljr juga

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist