Friday 21 July 2023

DURIAN KAHWIN

 ASSALUALAIKUM



ULASAN BUKU
DURIAN KAHWIN
Genre : Novel
Penulis : Mohd Saleh Said
Penerbit : SHE
Nombor ISBN : 978-967-2378 - 63-1 ( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 338
Pengulas : Paridah Ishak
Penulis naskhah berjudul DURIAN KAHWIN memilih beberapa watak iaitu Mustafa, Abdul Rahman, Zulkifli, Halimah iaitu anak-anak pada Mak Miah yang tinggal di kampong Baharu Merbau. Latar kisah diambil di situ kebanyakannya. Tema pilihan ukhuwah kekeluargaan antara watak.
Mak Miah memiliki dusun durian yang menjadi tambahan pendapatannya kala durian bermusim. Antara durian terdapat di dusunnya dengan rasa
terbaik
dan disukai anak-anaknyaa ialah durian kahwin. Durian itu tanaman suami Mak Miah. Tapi suami Mak Miah telah meninggal dunia tika Mustafa, anaknya yang bongsu masih kecil.
Mak Miah membesarkan anak-anaknya sehingga mereka dewasa dan berkeluarga kecuali Mustafa dengan kudratnya berjagung dan menjual durian dari dusunnya. Durian Kahwin kegemaran anak-anaknya menjadi asbab mengeratkan silaturahim anak-anaknya yang akan berkumpul di rumah Mak Miah.
Kerenggangan persaudaraan anak-anaknya ketara jua sebaik Mustafa memperolehi keputusan SPM dengan pangkat pertama tapi menolak untuk menyambung pelajaran peringkat tinggi seperti abangnya Abdul Rahman dan Zulkifli lepasan universiti. Kedua-dua abangnya itu berkerjaya baik.
Tindakan Mustafa hendak menyertai tabligh tidak disenangi abang dan kakaknya. Terutama Abd Rahman. Beberapakali abangnya itu memujuknya agar tidak meneruskan hajatnya dengan hujahnya.
Tapi Mak Miah menyetujuinya anaknya itu mendalami ilmu agama dengan menyertai tabligh walau pada mulanya agak keberatan lantaran memikirkan masa depan anak bongsunya itu. Apalagi merasa tertekan dengan pandangan sinis masyarakat setempat dengan keputusan anaknya itu.
Mustafa mengikuti kumpulan tabligh, mendalami ilmu agama sambil berdakwah merata tempat sehingga ke luar negara. Di samping menguatkan keteguhan jiwa, mandiri mengatasi kesulitan berkelana juga mempelajari ilmu kehidupan berdasarkan pengalaman.
Penulis melukis watak Mustafa sesuai usia dan pengalaman hidupnya yang berubah mengikut situasi.
Mak Miah diserang angin ahmar. Timbul persoalan tentang penjanggaannya kerana Mak Miah perlu dibantu semua keperluannya. Masalahnya selesai.
Siapakah antara anak-anaknya sanggup menjaga ibu yang telah banyak berkorban sehingga akhir usianya. Permasalahan tentang harta pusaka termasuk dusun durian kahwin dan hasilnya turut dibentangkan persoalannya.
Penulis menyusun naratif secara mudah untuk difahami dan pengakhirannya tidak menyulitkan pembaca berteka-teki. Menerapkan nilai murni hubungan kekeluargaan. Juga mengenengahkan kepentingan menguasai pengetahuan agama sebaiknya.
Tahniah penulisnya Prof Mohd Saleh Said.
Sekiranya ingin memiliki novel ini untuk menikmmati keseluruhan isinya, sila hubungi penulisnya @facebook.
Mungkin imej teks
All reactions:
Ghazali Ludin, Ratijah Raty and 35 others

3 comments:

  1. awal awal tadi saya ingat kak PI nak cerita makan durian kahwin hehe :) Novel rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh ana malas kak nak kaji durian kawin heh heh

      Delete
  2. tu dia tanjuk dia.. sekali mengisahkan seuah keluarga.. Tabligh baik2 org nya alhamdulillah

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist