Tuesday 25 July 2023

MENGEJAR MASA

 ASSALAMUALAIKUM

MENGEJAR MASA

 


.

Membiarkan mahu menuju muara

mengalirkan maksud menjadi manikam

menyerlahkan majas menyerikannya

menulis manuskrip meriwayatkan

metosia merekacipta mahakarya madani

meninggalkan memori malar

mewariskannya

.

Mampukah menyelesaikannya?

menyiapkannya memang memerlukan masa

memerhati meneliti

mengkaji mengeksplorasi

memindahkan maklumat

.

Mengapa memilih menyukarkan minda

memikirkannya?

mengambil mudah menjalani mayapada

melestarikannya mempersiakan masa

memang menyatakan malas


Maka mengusahakannya

mungkin menjayakannya

menjadi makam

 

 



2 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist