Friday 28 July 2023

JERAT MAYA

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA

 


JERAT MAYA

 

Teruja sungguh teroka maya

baca segala info dikongsi

tanpa sedari ada bahaya

dunia kecil globalisasi

.

Ralit berkawan sini dan sana

walau tiada niat berkasih

berhati-hati namun terkena

sanggup berkorban bimbang tersisih

.

Cerita akhir bergelut sedih

arjuna cinta resmi buaya

perih terluka amatlah pedih

harta yang ada kena perdaya

.

Jenayah siber tambah luasa

cuma letakkan akan pautan

tidak terlalu luar biasa

andai dibuka bisa sengatan

.

Habis semua maklumat diri

telefon bimbit mencuri fakta

kamera rakam gerak dan geri

 ngeri sekali taktik dicipta



PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

28/7/023


7 comments:

  1. Kena selalu berhati2 walau di alam maya

    ReplyDelete
  2. ralit saya membaca puisi kak PI. Begitu cermat pemilihan kosa katanya. Saya kagum!

    ReplyDelete
  3. skrg org nak mencuri lg mudah dr sblm ni. tau2 lesap ribu ribu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anes ya ruang maya penuh jerangkap samar hati2 pun kadang terkena

      Delete
  4. Dulu2 tak pernah terfikir scammer boleh curi duit secara maya sahaja

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist