Thursday, 23 June 2022

SUP MELETUP

 ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah PI terima tiga buah naskhah, hadiah penulis mapan prolific sasterawan cikgu NURIMAS SN pada pertemuan di homestay Odelia Studio tika PI dan anakcucu kebetulan ke Kemaman pada awal Jun lalu. Langsung tidak menduga kakpidah dapat bertemu penulis ini bersama suri hatinya Puan Noraini Idris sudi hadir mengunjungi kakpidah diitu. Terima kasih banyak sahabat baik berbudi mulia kesudiannya. Didoakan semoga cikgu NURIMAS SN dan cikgu Noraini Idris dalam lindungan Allah bersama family tercinta, murah rezeki, dipermudahkan Allah semua urusan dunia akhirat…amiin
Buku pertama hadiah penulis wibawa ini pada PI; antologi BALADA ANGKA-ANGKA amat menarik nukilan 22 penulis terkenal tanah air, selenggaraan Mohamad Shukri Abu Samad penerbitan SNE. Puisi sajak bertema bebas digubah indah ilham luahan rasa penyair dalam antologi ini dengan pemilihan aksara menyusun diksi membawa maksud nyata dan tersirat.
Antologi cerpen MENGURAI IMPIAN ialah karya cerpen hasil nukilan 21 penulis ALUMNI AKADEMI SANGGAR NURIMAS selenggaraan NURIMAS SN dan EIZA NASHWA. Ternyata semua cerpen mengujakan ditelusuri hingga usai terbitan SNE merupakan buku kedua hadiah cikgu NURIMAS SN kepada PI
Dan SUP MELETUP buku ketiga hadiah cikgu NURIMAS SN merupakan himpunan 17 cerpen digarap pelbagai tema persoalan. Berfokus kepada perjalanan remaja pada bahagian pertama dan setelah mereka bekerjaya karya NURIMAS SN . Buku dengan cover yang kemas setebal 192 muka surat ini terbitan DBP
Tahniah semua penukil, penyelenggara, penerbit buku-buku berkenaan. Sekiranya teringin memiliki karya sastera berharga ini sebagai khazanah warisan, sila hubungi cikgu Nurimas SN@facebook.




17 comments:

  1. Alhamdulillah, selamat membaca Kak PI..

    ReplyDelete
  2. Selamat membaca kak PI. Semoga ukhuwah bersama rakan-rakan terus utuh

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, seronok nya kak PI ke Trengganu dan dapat pula 3 naskah untuk koleksi bacaan..

    ReplyDelete
  4. ingatkan akak makan sup meletup rupanya karya novel tajuk sup meletup

    ReplyDelete
  5. Selamat membaca Kak PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh amie tahniah juga ada karya amie dlm MENGURAI IMPIAN

      Delete
  6. Alhamdulillah. Bertambah koleksi dan selamat membaca.

    ReplyDelete
  7. Meletop gambar muka depan buku sup meletop tu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist