ASSALAMUALAIKUM
PUJANGGA
HAIKU
Teringin
jadi pujangga haiku
bermula
langkah menyelak buku
rujuk
merata
melilau
mata
berpinar-pinar
pening terkaku
.
Masih
tak serik mahu belajar
Mengaku
diri masih pelajar
ingatan
tumpul
asa
dikumpul
asyik
terlupa apa diajar
.
Pertama
kigo mestilah ada
puisi
haiku perlukan tanda
mana
nak letak
sesuai
petak
kireji
hilang emoji canda
.
Belayar
sudah ke laut biru
sebab
terlupa pesanan guru
yoin
terakhir
puas
nak fikir
siap
serangkap nangis terharu
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”