Sunday 12 June 2022

NEGERI KEBAYAN

 


ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
.
Alhamdulillah PI terima dua buah buku, hadiah kiriman penulis mapan prolific sasterawan Tuan Ladin Nuawi. Terima kasih banyak sahabat baik berbudi mulia kesudiannya. BANTAL BUSUK ialah buku skrip teater amat menarik nukilan, selenggaraan penerbitan Ladin Nuawi antara buku yang PI terima. Asyik sekali membaca kisah yang dinukilkan dengan membawa tema berbeda dan terselit elemen lucu bermesej juga sinikal sebagai drama pementasan. Skrip teater ini rujukan
terbaik
bagi yang berminat menulis skrip drama pentas. Tidak perlu pening kepala hendak menyediakan skrip sekiranya keterbatasan masa mengekang kreativiti.

Dan amat memberi kemudahan pada guru yang terlibat sesekali dalam acaran pementasan budaya di sekolah.Tahniah Tuan Ladin Nuawi. Dan buku NEGERI KEBAYAN juga himpunan nukilan skrip teater kanak-kanak karya penggiat teater ini yang tersenarai dalam The Malaysia Book of Records 2016 sebagai pengarah teater kanak-kanak terbanyak Tahniah Tuan Ladin Nuawi
Sekiranya ingin miliki buku yang disebutkan jangan segan hubungi penulisnya @facebook.




5 comments:

  1. Masa kecik dulu Mrs. A pun ada bantal busuk ni hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh heh bantal busuk kita mana boleh kongsi kan tksh MRSA

      Delete
  2. tiba-tiba rasa rindu nak menonton pementasan teater

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist