Sunday 19 June 2022

SEJUTA RAHSIA

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU…SELAMAT HARI BAPA!
.



Alhamdulillah kakpidah terima tiga buah antologi, hadiah penulis mapan prolific sasterawan cikgu Hayati Daud pada pertemuan akhir Syawal lalu. Terima kasih banyak sahabat baik berbudi mulia kesudiannya. Didoakan semoga cikgu Hayati dalam lindungan Allah bersama family tercinta, murah rezeki, dipermudahkan Allah semua urusan dunia akhirat…amiin
Buku pertama antologi PANTUN PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH amat menarik nukilan 15 penulis terkenal tanah air, selenggaraan ACJafrie penerbitan PENA PADU. Pantun puisi tradisi Melayu bersemarak digubah indah dalam antologi ini dengan gabungan sampiran dan maksud yang bersesuaian.
Memetik serangkap pantun Hayati Daud;
Si pokok birah si pokok tebu,
Dimakan lembu habis semua;
Sayangnya ayah kepada ibu,
Sayangnya ibu kepada semua.
Antologi puisi SEJUTA RAHSIA ialah karya sajak hasil nukilan 20 penyair termasuk juga cikgu Hayati. Ternyata sajak bermakna dan puitis semuanya terbitan HIKARYA merupakan buku kedua hadiah cikgu Hayati kepada kakpidah.
Dan NASI LEMAK SAMBAL BILIS buku ketiga hadiah cikgu Hayati menghimpunkan coretan kenangan 41 penulis bersama emak masing-masing serta keluarga disamping berkongsi resepi makanan kegemaran. Tebal sekali buku terbitan Writers Write Services selenggaraan editor pengurusan Puan Sri Diah Shaharudin.
Tahniah semua penukil, penyelenggara, penerbit buku-buku berkenaan. Sekiranya teringin memiliki karya sastera berharga ini sebagai khazanah warisan, sila hubungi cikgu Hayati Daud @facebook.

4 comments:

  1. Selamat berhujung minggu Kak PI.
    Mudah-mudahan tambah rezeki dari pelbagai sudut buat Cikgu Hauati Daud. Selamat membaca Kak PI.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Bertambah koleksi kak PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih PC amiin kerja kak membaca ja heh heh

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist