Monday 16 May 2022

KUNANG-KUNANG

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI GURU

KUNANG-KUNANG


Cikgu Thani n cikgu Mansor


cikgu Bahari n cikgu Idris


cikgu Sarilah n sahabat-sahabat PI


Sama sekali tidak pernah kuduga dapat bertemu kembali dengan guru-guru yang dikenali lama dahulu di SMKM dalam majlis reunion. SMKM adalah sebuah sekolah menengah yang terdiri di bandar Maran dengan kemudahan asrama untuk penginapan pelajar pelajarnya yang tinggal di persekitarannya seperti Chenor, Luit, Paya Bungor dan kampung-kampung felda dari Sg.Tekam, Ulu Jempol, Jengka . lalu terimbau nostalgia tinggal di asrama di kaki bukit berhampiran hutan kecil.
Masa dahulu tiada kemudahan api letrik dan pelajar-pelajar terpaksa menggunakan pelita sebagai sumber cahaya menerangi kegelapan pada malam hari untuk belajar dan lain lain urusan. Walau ianya adalah masalah besar pada masakini tapi tidak pula ketika itu. Alah bisa tegal biasa kan. Mungkin kerana keadaan itu timbul idea redaksi majalah sekolah untuk memilih KUNANG-KUNANG sebagai judulnya. Simbolik kepada aspirasi guru-guru menginspirasi pelajar-pelajarnya seperti kunang-kunang yang mencerahi malam dengan kerlipan cahayanya yang indah menuju impian.
Aku juga bernasib baik terpilih menjadi redaksi majalah KUNANG-KUNANG 1973dibawah bimbingan cikgu Hamid, cikgu Sulaiman. Sebagai redaksi tugasku ialah mengumpul karya kawan-kawanku dan disampaikan kepada guru editor. Lucu mengenangkannya kerana karya kawan-kawanku itu aku yang tulis tapi diterbitkan atas nama mereka. Sedangkan karyaku satupun tidak disiar. Tapi cikgu Hamid menulis esei disiar atas namaku heh heh!
Tika aku mula belajar di sini dan tinggal di asrama pada tahun 72, sumber api untuk cahaya di malam hari diperolehi daripada generator yang dihidupkan setiap petang. Tidak payah lagi gunakan pelita.
Hubungan antara guru guru dan murid terjalin erat mentelah dengan murid yang tinggal di asrama walau ada antara guru guru itu bukan guru yang mengajar di kelas.
Semoga semua guru-guru yang hadir atau tidak dalam kehidupanku dilindungi Allah sihat sejahtera menjalani kehidupan sambil berbakti mendidik anak bangsa, berbahagia tiasa dunia dan akhirat....halalkan dan reda budi murni ilmu yang dicurah kepadaku salama ini ...mohon maaf atas kesilapan yang sengaja dan tidak sengaja....biasala zaman naif asyik buat silap je heh..heh..dah tua merga barulah insaf.
SELAMAT HARI GURU SIFU TA, Cikgu Noorlaila, Ghafar, cikgu Nazim Mohd Subari, cikgu Ahmad Noh, cikgu Fadziah Fauziah Md Zakaria, Ustazah Ana Cik KamalBonda Zalina Amat Rosman, ustaz Mas Onn, ustaz Pak NgahDelima Merah dan semua sahabat berprofesi guru.

3 comments:

  1. Selamat hari guru buat semua guru-guru!

    ReplyDelete
  2. Guru Tunjang Sekolah Sejahtera. Selamat Hari Guru 2022.

    ReplyDelete
  3. menarik perkongsian kak PI. pengalaman berharga dalam menuntut ilmu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist