ASSALAMUALAIKUM
Penerbit buku/penyelengara merangkap sasterawanis Negara Singapura penulis mapan terkenal membawa kejutan
bahagia tidak terduga. Tiba-tiba saja beliau muncul di muka kamar tika PI baru
usai tunaikan solat maghrib. Masya-Allah
terkejut sungguh. Bunda Anie Din hadir
menghantar sendiri buku tulisan beliau berjudul SAYANG DI SAYANG yang PI pesan lama dulu. Buku
itu telah dikirim tapi tidak ada penerimanya. Lalu buku itu dikembalikan semula
kepada pengirimnya. Bunda Anie memberitahuku ingin menemuiku. PI mempersilakkannya
ke rumah. Ingatkan pertemuan itu tidak berlaku dalam sekejapan waktu. Lagipun Bunda
baru saja pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Dan beliau tidak
langsung bertanya lokasi kediamanku. Hebat sungguh Bunda Anie Din ini. Sekelip mata
sudah berada di sisiku dengan membawa
naskhah karyanya yang agak banyak dan dihadiahkan kepadaku. Aku yang ralat kesedihan kerana tiada
persediaan menyambutnya sebagai tetamu istimewa. Tika itu anak dan menantu
membawa anak sulung ke klinik kerana anaknya demam terkejut. Cucuku itu sertai
kejohanan ragbi antara sekolah SBP di Selangor dan KL. Alhamdulillah menang. Mungkin
sebab tersentak urat tubuh kerana permainan yang lasak, demam pula sudahnya.
PI walau tidak demam
tapi tiada daya nak santuni tamuku Bunda Anie. Sesal tak terucap. Bukan mudah
hendak bertemu idola ramai penulis kerana kegigihan beliau berkarya dan
melayarkannya ke luar negara. Beliau antara penulis Asean yang dikenali namun
amat merendah diri.
Terima kasih banya Bunda Anie sudi
hadir ziarahiku yang bukan sesiapa ini. Budi baik Bunda Anie moga Allah membalasnya
dengan ganjaran terbaik. Didoakan Bunda Anie sihat walafiat tiasa, berbahagia, murah
rezeki, dipermudahkan semua urusan kehidupan, sukses dunia akhirat…amiin YRBA
Alhamdulillah syukur. Rezeki tu tetamu datang berkunjung.
ReplyDeleteamiin ya hadir tetamu bawa rezeki
DeleteAlhamdulillah, dapat bertemu & dapat buku..
ReplyDeleteamiin tksh nohas ya kak ni kejanya baca buku ja
Deletewah! sasterawanis luar negara pun dtg melawat akak PI. Mesti PI dikenali senusantara ni. Hebat!
ReplyDeleteheh heh gelak besaq kak xdalah cikgu penulis kecil ja tksh cikgu AK
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSama-sama saterawan hebat