Saturday 9 October 2021

SAMBUNGAN TAFSIR ALFATIHAH

 ASSALAMUALAIKUM


ADA PIC ROS PUTIH TU..PI LAH TU DAH PANDAI GOOGLE MEET HEH..HEH..


PERKONGSIAN ILMU:
SAMBUNGAN SURAH 1: AL FATIHAH
Ayat: 6 dan 7.
Setelah kita menyampaikan puji-pujian kepada Allah SWT dalam ayat 1 hingga 4. Kemudian Dakwa surah atau isi penting al Fatihah dalam ayat 5. Maka hanya kepada-NYA kita memohon pertolongan. Ini dijelaskan dalam ayat 6 dan 7.
Ayat 6: Kita memohon pertolongan supaya Allah memimpin kita ke jalan yang lurus. Allah pimpin kita dengan menurunkan al Quran ini. Memimpin jalan yang lurus ialah menyembah hanya kepada Allah. Minta tolong hanya kepada Allah. Kita mencari kebenaran dengan berdoa, memohon taufik hidayah dan petunjuk.
Jalan yang lurus ialah.
a. Taat kepada Allah dengan ikut al Quran - belajar tafsir.
b. Taat kepada Rasul dengan ikut sunnah - belajar syarah hadis.
Ayat 7: Terbahagi 2 bahagian.
a. *Shiraatal Ladzhina An ‘amta Alayhim* – Jalan orang yang telah Engkau Beri Nikmat. Iaitu nikmat Hidayah.
4 golongan yang berada di jalan yang lurus ialah;
(i) Anbiya - para rasul dan nabi-nabi.
(ii) Siddiqin - membenarkan kebenaran yang disampaikan kepada kita.
(iii) Syuhada - mati syahid dalam peperangan mempertahankan Islam
(iv) Solihin - taat kepada Allah dan Rasul. Beramal dengan al Quran dan hadis sahih.
Jalan-jalan yang telah dilalui oleh golongan salafussoleh. Iaitu mereka yang berada dalam tiga kurun (300 tahun) selepas kebangkitan Islam.
Sahabat belajar dengan Nabi saw.
Tabein belajar dengan sahabat
Tabi'tabein belajar dengan Tabein.
b. *Ghayril Maghduubi Alayhim wa Lad Dhaaliin* - Setelah kita minta hidayah daripada Allah seperti orang-orang yang telah diberi nikmat. Sekarang ditambah kita tidak mahu masuk ke dalam golongan ini. Iaitu: Bukan Jalan Mereka Yang Dimurkai dan Bukan Pula Jalan Mereka Yang Sesat.
4 golongan yang dimurkai dan sesat ialah –
(i) Musyrikin
(ii) Yahudi
(iii) Munafiqin
(iv) Nasoro
Golongan Musyrikin dan Yahudi dimurkai Allah, kerana tahu ilmu tetapi tidak mengikutnya. Contoh Yahudi atau Israel ada kitab Taurat daripada Nabi Musa as. Setelah jauh daripada nabi, para ulamak mereka mengubah- ubah kandungan Taurat, untuk kepentingan dunia.
Golongan Munafiqin dan Nasoro, adalah sesat. Orang-orang Munafik berpura-
pura memeluk Islam.
Nasoro atau Keristian bukan sembah Allah. Mereka sembah TRINITI iaitu tiga Tuhan. Tuhan bapa, Tuhan ibu dan Tuhan anak (Nabi Isa as). Ajaran terpesong daripada kitab Injil. Tulis kitab Bible rekaan manusia. Tidak diketahui siapa penulisnya.
Oleh itu kita perlu elakkan diri supaya tidak jadi seperti mereka.

3 comments:

  1. Alhamdulillah
    Perkongsian bermanfaat

    ReplyDelete
  2. aktiviti yang bermanfaat dan baik untuk dilakukan

    ReplyDelete
  3. Assakamuakaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    belajar tiada had usia. selagi ada usaha dan upaya. terbaik kak

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist