Monday, 18 October 2021

IKATAN BERIMA AMBIL IKTIBAR

 ASSALAMUALAIKUM



AMBIL IKTIBAR

 

Ambil iktibar apa terjadi

susah dan senang reda menadi

 

Ambil iktibar contoh teladan

jadi pedoman atau sempadan

 

Ambil iktibar sejarah silam

timbul masalah fikir mendalam.

 

Ambil iktibar  silap dan salah

dugaan hidup tidak mengalah

 

Ambil iktibar dugaan Rasul

Susah dan payah susul-menyusul

 

Ambil iktibar kisah yang sedih

dirawat sabar ubati pedih

 

Ambil iktibar dengan bersabar

walaupun jantung berdegup debar

 

Ambil iktibar apa alami

hikmah tersirat cuba selami

 


PARIDAH ISHAK

DMS

18/10/021


7 comments:

  1. seram tengok ilustrasi tu hehe

    ReplyDelete
  2. Ya K.PI ambil iktibar adalah yang seelok-eloknya

    ReplyDelete
  3. Ambil iktibar dan nikmati hikmah. Salam Isnin sis PI.

    ReplyDelete
  4. Ambil iktibar,jangan diulang kesilapan sama..

    ReplyDelete
  5. Salam maulidurrasul..cantiknya kata kata tu

    ReplyDelete
  6. setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. ambil pengajaran mana yang perlu

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist