Monday, 11 October 2021

CETUSAN RASA

 #cetusanAlumniUniKH

Assalamualaikum Puan sri DIAH Shaharudin rector UniKH dan semua siswa siswi yang dihormati lagi dikasehi. Didoakan semoga kita semua dalam lidungan Allah,sihat sejahtera, menjalani kehidupan sempurna yang sebenar diredai-Nya…amiin. Alhamdulillah Kak Pidah masih berpeluang mencoret sesuatu di ruang ini insya-Allah, sekadar berkongsi rasa semata.
Kak Pidah bukan sesiapapun.hanya seorang penulis yang suka menulis sejak tahu tulis baca. Tiba-tiba timbul keghairahan menulis menghibur hati duka lantaran sakit memenjara diri sejak 6 July 1987 hingga kini. Lalu ladeni sakit menafaskan hidup sambil mencatat sesuatu setiap hari.Tahun berlalu terjebak pula sebagai netizen medsos. Tidaklah tegar sangat. Biasa-biasa saja sekadar mengikuti teknologi siber terkini setakat yang mampu. Via FACEBOOK bertemu pula dengan beberapa orang penggiat sastera terkenal. Sebelum ini ada beberapa karya cerpen dan puisi dilayarkan di akhbar jua majalah tempatan, portal sastera seperti Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Sinar Harian, New Sabah Times, Dewan Pelajar, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Tamadun Islam, Dewan Budaya, Gema Karyawan Perak,Radio Klasik RTM.
Ekoran perkenalan dengan beberapa personaliti sastera berwibawa seperti Ustaz Ilhami Hisham @ Beta, Sifu Tabir Alam@SPTA, Dato Radzuan@PEMUISI, Prof Irwan Abu Bakar @eSastera, Akademi Sanggar Nurimas@Pena Padu, Dr. Zabidin@karyawan Pk, Cikgu Hamidi Md Yudin@Sastera Kanak-kanak, Ammet Jebat@Pena Padu,Cikgu Mohd Noh@Tinta Karya, Sifu Ahmad Yatim@Jom Sastera, HAZAMA, Ustaz Shihabudin@syihabudin press, Roslan Madun@Perpustakaan Pahang, Puan Norazimah Abu Bakar @GAPENA, maka terhasillah 130 buah antologi cerpen dan juga puisi gandingan karya penulis tanah air. Alhamdulillah. KELARAI IMPIAN novel pertama Kak Pidah diterbitkan DBP pada musim PKP 2020. Tanpa tersengaja tertekan whatsapp penerbit SANTAI ILMU yang diberi Penulis Aloy Indera Jokina dan bertukarlah manuskrip berdasarkan skrip TV karya wartawan/artis terkenal Fauziah Abd.Samad dalam bentuk novel dengan judul Di Hujung Pulau terbitan Syihabudin Press. Menyusul pula kompilasi SYAIR 7 PUTERI dan kompilasi cerpen RERAMA HIJAU. Terima kasih banyak budi yang banyak ditabur di batas kehidupan Kak Pidah aduhai insan sasterawan mulia. Juga terima kasih banyak Noorlaila Ghafar dan semua sahabat sealiran yang sering mendorong Kak Pidah agar terus berkarya selagi daya.
Sekali terbaca status di wall Ishah Shamsuddin tentang antologi ABAH terbitan UniKH. Teruja hati hendak sertai. Berkongsi cerita pengalaman bersama abah/bapa yang di cintai. Kata Ishah bukan beliau sebagai penyelenggaranya. Terkedu seketika. Malas pula nak bertanya kepada sumbernya walaupun Puan Sri Diah Shaharudin juga rakan FB.
Hajat hendak berkarya dalam ABAH ternyata jua pabila Puan Sri Diah PM inbox menerima Kak Pidah sertai UniKH dan segera hubungi Puan Zakiah Abd Ghafar selaku admin grup LA11 untuk mendapat keterangan tugasan khusus. Termangu-mangu juga nak siapkannya. Memang tidak pandai sungguh. Jikalau tidak dibantu admin LA11 pasti ke laut semua tugasan. Kebanyakan ahli grup LA11 celik IT tidak seperti Kak Pidah sekadar tahu menaip ‘words’ saja. Lain-lainnya memang tak tahu. Segalanya terpaksa dibantu admin. Terima kasih banyak dik Zakiah pertolongannya sehingga berusaha menerbitkan video di YouTube kisah keterlibatan Kak Pidah dalam penulisan bersama adik Syukrina dll. Pengalaman berada dalam UniKH sesuatu yang baru dan ilmunya terlalu bernilai. Terima kasih banyak Puan Sri Diah, Dik Zakiah sudi berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat. Tahniah Puan Sri Diah, admin grup LA11 dan semua penulis yang berkarya di bawah UniKH…semoga terus maju jaya amiin

6 comments:

  1. Tahniah PI sebaris dengan penulis2 terkenal

    ReplyDelete
  2. semoga terus maju jaya buat semuanya

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak, moga terus maju jaya dalam berkarya

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah..semoga terus bertahan dan maju jaya dalam penulisan

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak PI.. rezeki dlm bidang penulisan .

    ReplyDelete
  6. Tahniah Kak PI.
    Moga terus berjaya dalam menghasilkan karya yang bermutu.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist