Thursday, 14 October 2021

TINGKATAN 3B

 ASSALAMUALAIKUM


TINGKATAN 3B


NAB YANG BERBAJU BIRU SEBELAH CIKGU SARILAH GURU KELAS ERT SMKM TIKA TU


Keputusan peperiksaan akhir tingkatan 1, 2 dan 3 SMKM telah ditampal di papan kenyataan yang tergantung di luar dewan sekolah. Pelajar-pelajar berpusu-pusu memerhati sambil memberi reaksi riang dan muram. Atau biasa-biasa saja.
Keputusan peperiksaan tahun akhir akan menentukan tingkatan seterusnya akan dimasuki menurut markah keseluruhan yang diperolehi. Aku memanglah teruja hendak mengetahuinya. Selepas berpindah sekolah dari SMY ke SMKM aku ditempatkan di kelas 2C. Semasa di SMY aku di kelas 1E. Tentunya ada peningkatannya. Tapi di SMY cuma ada dua kelas untuk pelajar perempuan iaitu 1E dan 1F. Tingkatan 1A B, C, D untuk pelajar lelaki. Kelas memisahkan gender.
Di SMKM tidak berlaku begitu. Tapi tatkala keputusan peperiksaan menentukan kelas tahun hadapan, berlaku begitu juga. Hanya 3 pelajar perempuan terpilih memasuki tingkatan 3A iaitu Nab, Idah dan aku. Menjadi masalah besar kepada guru-guru kerana murid perempuan ada kelas ERT sedangkan pelajar lelaki belajar Seni Perusahaan. Agaknya guru berfikir tidak berbaloi mengadakan kelas ERT untuk kami bertiga saja.
Aku tidak kisah dalam kelas mana pun akan diletakkan asalkan dapat belajar dengan selesa. Kami bertiga dimasukkan dalan kelas 3B. Tapi kesian pula pada kawan-kawan seperti Nab, Timah, Idah dll yang turun kelas dari A kepada B. Di dalam kelas 3B, pabila setiap kali keputusan peperiksaan bulanan atau penggal diumumkan, aku, Nab dan Idah selari saja. Nab teratas selalu. Kedua Idah. Ketiga memang aku selalu.
Nab sangat rapat denganku. Kini seorang pesara jururawat/matron. Idah pula tidak menyambung pelajaran ke tingkatan 4 walaupun aggregate peperiksaan SRP yang diperollehi 14. Tapi memilih berkahwin dalam usia muda dengan seorang pegawai felda. Suami Idah ketika itu seorang pengurus rancangan. Kini Idah seorang peniaga berjaya yang punyai premis perniagaan di Bandar Jengka.

7 comments:

  1. zaman sekolah dulu, saya tak suka bila asing-asing kelas ikut result. huhu. tapi bila difikir balik, ada sebab kenapa cikgu-cikgu buat begitu

    ReplyDelete
  2. Masing-masing dengan rezeki dan jalan cerita amsing-masing tapi persahabatan tetap akrab.

    ReplyDelete
  3. Teringat zaman remaja purba saya... ada sijil SRP!

    ReplyDelete
  4. Sahabat dunia akhirat InshaAllah ❤✨

    ReplyDelete
  5. pelik tul budak2 lelaki zaman dulu pandai2 belaka..dok di kelas depan. tp skrg dah terbalik plak. kalau kelas belakang di sek sy tu semuanya lelaki. cikgu2 panggil kelas duda....

    ReplyDelete
  6. teringat zaman Etuza dahulu belajar

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist