Friday 29 October 2021

BERTEMU SAHABAT

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM JUMAAT MULIA







Alhamdulillah Ahad 24 Okt 021 PI diziarahi sahabat maya Penulis SPTA iaitu Issey Miyaki dan Seti Zaleha. Samasekali tidak menyangka kesudian kedua-duanya mengunjungi PI di Desa Melor Serendah. Kasihan juga hasrat murni insan mulia itu hampir disesatkan waze arahnya. Dugaan heh..heh..
Namun Allah penentu segalanya. Terharu sungguh dapat menatap wajah jelita wanita yang sangat kuat asanya menempuh aral rintangan demi mengeratkan ukhuwah persahabatan yan terjalin via maya semata.
Issey Miyaki penulis SPTA berlatar belakang karier seorang juruterbang TUDM sementara Seti Zaleha pesara matron KKM.
Tetamu yang hadir ke rumah kita pembawa rahmat rezeki yang melimpah insya-Allah. Seti Zaleha dan Issey Miyaki bawakan PI kuih yang sedap. Sebelum pulang siap salam kelepet lagi. heh..heh.. Aduhai Issey n Seti, sudi ziarahi PI pun sudah terlalu bermakna. PI tak harapkan apa-apapun darimu berdua. Tapi amat berbesar hati menerima pemberianmu berdua yang terlalu bernilai itu. Terima kasih banyak sahabat baikbudinya. Didoakan sahabatku Issey, Seti, dan sahabat fb semua sihat sejahtera, dipermudahkan Allah apa saja urusan, murah rezeki, sukses dunia akhirat…amiin Ya Rabb.
Turut diterima dua buah antologi yang memuatkan karya Issey Miyaki; WARKAH UNTUKMU BONDA dan KERANAMU CORONA.
KERANAMU CORONA menyiarkan cerpen SUARA TAHFIZ karya Issey Miyaki yang sangat menarik susunan frasa kisah mencitra maksud selari tajuk disamping cerpen bertema corona nukilan 42 penulis termasuk jua DARI GERMAN KE KLIA karya sahabatku Jalimah Jaudin dan Cikgu Masdarina Mhd Ani. Tahniah semua sahabatku. Tahniah penukil dan semua terlibat penerbitannya.
Antologi terbitan Ultimate Wealthiness selenggaraan Dato’ Dr. Azizan Othman bersama editor Puan Rahmah Saad.
PRAKATA 1 daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, KKM YBHG TAN SRI DATO’ NOOR HISHAM BIN ABDULLAH.
PRAKATA 2 daripada Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan KKM; YBHG DATO’ NORHIZAN BIN ISMAIL
Membaca nama besar KKM tertera gah dalam antologi ini tentu mengujakan membaca setiap karya yang bukan calang-calang kerana penulisnya dari kalangan paramedic yang berantaian kaitan satu sama lain berkongsi pelbagai pengalaman mendepani pandemic bawaan corona virus yang mendukacitakan dunia seluruhnya mulai Disember 019.
WARKAH UNTUKMU BONDA, antologi selenggaraan Puan Rahmad Saad memilih 33 surat yang ditujukan kepada ibu tercinta, nukilan 33 penulis. Pengalaman manis bahagia lestari hidup mewarnai keseluruhan citra yang menginspirasi. Cinta kasih bonda membawa ke syurga.
Sekiranya ingin miliki dua antologi terbaik mengesankan jiwa menyoroti diksi aksara indah bermakna hubungi Issey Miyaki @facebook ya

9 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki tu sis di kurniakan sahabat maya yang datang berkunjung. Tetamu datang membawa rezeki. Semuga ukhwah yang terjalin berpanjangan hendaknya. Aamiin Penulis Issey miyaki tu macam pernah dengar je namanya. Tahniah buat mereka berdua

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...betul lah kata org,tetamu yg datang membawa rezeki bersamanya

    ReplyDelete
  3. seronoknya kawan datang berkunjung kak... tetamu selalu datang diiringi dengan rezeki, begitu kata orang tua kan kak

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum..memang bahagia jumpa sahabat baik..

    ReplyDelete
  5. Issey Miyaki, macam nama jenama minyak wangi :)

    ReplyDelete
  6. Semoga ukhuwah terus berkekalan
    Nampak ceria semuanya

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki berukhwah, selamat berhujung minggu sis PI.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Nampak ceria kak PI dan rakan-rakan. Semoga ketiga-tiganya diberikan kesihatan yang baik dan dapat menghasilkan lebih banyak karya-karya bermanfaat

    ReplyDelete
  9. Bahagiakan...ada teman sejiwa begini....

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist