Friday 1 October 2021

TINTA BICARA SOLIDARITI Buat PALESTIN

 ASSALAMUALAIKUM




Alhamdulillah PI terima TINTA BICARA SOLIDARITI Buat PALESTIN, antologi puisi hadiah kiriman penulis mapan, sasterawan prolific cikgu Nazim Mohd Subari. Antologi ini nukilan karya warga guru dan pelajar SMKUH Johor seramai 54 orang. Puisi moden genre sajak dan puisi tradisi genre pantun, syair menjadi pilihan penukilnya menghasilkan karya puitis kreatif. Tahniah cikgu giat usahanya menyemarakkan kesusasteraan dalam suasana suram PKP dengan turut melibatkan para guru dan pelajar yang terserlah bakatnya dalam penulisan puisi lantas menerbitkan dalam sebuah antologi yang cantik isi dan kulitnya.
Antologi tanda empati jiwa murni merasai keperihan hidup warga tanah anbia dizalimi zionis di Palestin ini selenggaraan cikgu Nazim Mohd Subari dan Aida Nur Jumilah Abdullah.
Tahniah cikgu dan semua penukilnya. Semua karya tinggi nilai puisi. Terima kasih banyak selalu hadiahkan karya terbaru setiap kali terbit. Subhanalllah. Baik budi dan kesudian cikgu disanjung tinggi sangat dihargai. Didoakan cikgu sekeluarga afiat sejahtera, murah rezeki, sukses selalu dalam lindungan Allah dan terus aktif berkarya tiasa..amiin.
Sekiranya ingin miliki buku ini sebagai khazanah sastera peribadi jangan segan hubungi cikgu Nazim @facebook ya.

7 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist