Monday 25 October 2021

KUATRIN PERTEMUAN

 ASSALAMUALAIKUM



 

PERTEMUAN

 

Issey Miyaki wanita tabah

Seti Zaleha setia sisi

jauh melangkah hala berubah

santun ukhuwah sahabat rasi

.

Tidakku jangka akan bersua

salam dihulur tersenyum manis

di muka pintu nyata berdua

sedu di hati bergenang tangis

.

Terima kasih sudi ziarah

bersusah-payah alamat cari

masuki lorong tersalah arah

bertemu daku seorang diri

.

Maafkan daku serbanya kurang

sambut tetamu tidak sempurna

ingin raikan segala karang

kerana daya hajat merana


PARIDAH ISHAK

DMS

25/10/021


5 comments:

  1. semoga ukhuwwah terus berkekalan..seronok sahabat2 dtg berziarah..

    ReplyDelete
  2. Issey miyake.nama perfume berjenama...

    ReplyDelete
  3. suka bila dapat bertemu dengan rakan-rakan

    ReplyDelete
  4. Asalamualaikum...wah rezeki dapat bersua..senyuman bermakna seorang sahabat dan blogger

    ReplyDelete
  5. seronok dapat jumpa sahabat setelah sekian lama. mana nak sama berhubung di alam maya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist