Monday 31 May 2021

BERCAKAP DENGAN CERMIN MENGGENGGAM TEKAD MELAMAR SENDA DI WILAYAH KOTA

 ASSALAMUALAIKUM




BERCAKAP DENGAN CERMIN MENGGENGGAM TEKAD

MELAMAR SENDA DI WILAYAH KOTA

 

Alhamdulillah kakpidah terima dua buah buku hadiah kiriman daripada sahabat penulis mapan Noorlaila Ghafar…terima kasih banyak sahabatku. MELAMAR SENDA DI WILAYAH KOTA merupakan antologi anekdot fragmen kehidupan yang disertai Noorlaila berganding karya dengan 21 penulis selenggaraan Munsyi Mohamad Bin Musip dan Noriah Binti Hj Siren. Pelbagai pengalaman hidup yang dilalui penulis berkenaan dikisahkan di sini. Amat  mencuit hati menyentuh rasa kala membacanya. Tulisan dilukis dengan cantik mengukir maksud seni yang ketara. Kita akan terpesona dan berkata alangkah sukarnya pengalaman mereka. Namun setiap karya anekdot tersulam juga cerita lucu sederhana dan senyumpun tersungging diiring tawa.

Tahniah sahabatku dan semua penukil terlibat.

 BERCAKAP DENGAN CERMIN MENGGENGGAM TEKAD buku selenggaraan editor dan terbitan BONDA  NOR disertai penulis dengan tajuk karyanya KUGENGGAM TEKAD bersama beberapa lagi penulis lagi memaparkan pengalaman setiap penulisnya mendepani ranjau kehidupan untuk meraih kejayaan impian. Memetik kata yang tercatat di halaman kedua;”HIDUP INI PAKSINYA PERJUANGAN. BIAR LELAH BERTARUNG MUJAHADAH, BIAR TUMPAH AIR MATA DAN DARAH,SUNGGUH AKU TAK AKAN MENGALAH..” susunan diksi tersebut menggambarkan kepada pembaca bahawa antologi bertemakan ceritera motivasi berdasarkan pengalaman setiap penulis terlibat…tahniah sahabatku dan semua penukilnya.

Jom jadikan sebagai khazanah peribadi dan memanfaatkan ilmu menginspirasi jaya dengan miliki dan baca. Mudah caranya hanya dengan hubungi Noorlaila Ghafar @facebook.


9 comments:

  1. selamat membaca Kak PI..

    ReplyDelete
  2. Selamat membaca Kak PI. Noorlaila Ghafar itu kakak sulung rakan baik saya, Nor Raudah Siren. Dalam buku Melamar Senda di Wilayah Kota, ada Raudah tulis cerita merempit bersama saya....aduh! Cerita zaman remaja purba dahulukala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh amie...yaka Alhamdulillah..noorlaila kawan baik kak tapi adiknya DrRaudah kak xkenal..dah baca tulisannya merempit bersama shbtnya salami hingga termasuk bawah lori..ngeri betul pengalamannya bermotosikal bersama amie..nmpak gayanya dr. raudah ni cergas n aktif orgnya.

      Delete
  3. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Hikmah para pengkarya saling bertukar karya kan Kak PI. Alhamdulillah. Saling menyokong dan menghargai satu sama lain.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    tahniah dan selamat menatap helaian demi helaian. moga persahabatannya sentiasa terjalin erat..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah
    best dapat hadiah buku

    ReplyDelete
  7. Selamat membaca kak PI. Jaga diri ye musim pandemik ni

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, dah terima buku-buku yang dikirim.
    Terima kasih Ida sudi baca

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist