Friday, 7 May 2021

PASRAH...

 ASSALAMUALAIKUM



PASRAH

Sempadan nian disusur malu,
betul pengandar di raga dua,
meredah cermat ke ruang kelam,
menerap kasa menghimpun umbi,
sekoci mana nak bawa tangga;
Ramadan kian beransur lalu,
lailatulqadar moga bersua,
ibadah amal siang dan malam,
mengharap dosa diampun Rabbi,
suci sempurna jiwa dan raga.
.
Bawal berselang pulur bersulam,
umbut di para sisa sahaja,
meriap pala dipindah izat,
manisan ceri sudah dibeli,
diletak sipi sigai di sana;
Syawal menjelang menghulur salam,
disambut mesra rasa teruja,
siap segala juadah lazat,
hiasan diri indah sekali,
teratak rapi bagai istana.
.
Kerikil mati biarkan teja,
onak segera dipandak ramu,
sama gaharu cabut sempaya,
ganti berangan isih mengkudu,
menanda lebar amat tergesa;
musykil di hati lupakan saja,
sanak saudara tidak bertemu,
norma baharu menyambut raya,
hayati dengan kasih merindu,
reda bersabar nikmat dirasa.


PARIDAH ISHAK
DMS
7/5/021

9 comments:

  1. Dh setel ke persiapan nk sambut raya..
    Walaupun dgn norma baru,sikit sebanyak tentu buat persediaan jgk kan

    ReplyDelete
  2. Ramadan kian berakhir. Syawal kian mendekat. Kita membendung rasa. Semoga tidak tumpah air mata ini.

    ReplyDelete
  3. banyak perkataan baru saya belajar

    ReplyDelete
  4. semoga kita akan bertemu lagi dgn Ramadhan thn dpn...

    ReplyDelete
  5. Ramai yang pasrah K.Pi tak dapat pulang ke kampung beraya

    ReplyDelete
  6. wahh..pantun 10 kerat..terbaik kak..

    walau beraya di kota, Syawal tetap dirai..

    ReplyDelete
  7. Kita tak tahu, sampai bila pandemik ini akan berakhir. Semoga diangkat dari Allah SWT dan lenyap di muka bumi ini.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak paridah. paling sedih adalah Ramadhan bakal pergi tahun ni.

    ReplyDelete
  9. Sedap sungguh pantun KakPI, macam biasa 👍🏻✨

    Semoga kita dapat bertemu dgn Ramadhan lagi di tahun hadapan 🤲🏻🌼

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist