Thursday, 27 May 2021

SEORANG SAHABAT

 ASSALAMUALAIKUM


SEORANG SAHABAT




Sahabatku ini kukenali sejak berada di kampung felda mengikuti ibu bapa kami berpindah ke pertempatan baru.beliau dan keluarganya berasal dari Pulau Pinang.
Kami berkawan baik. Bersama ke sekolah dan membesar di kampung felda ini. Habis bersekolah rendah bersambung peringkat menengah di bandar Maran. Kemudian ke Kuantan pula. Beliau ini walau bersekolah di mana saja mudah dikenali. disenangi kerana sifatnya yang periang, peramah dan mudah berkawan.
Tamat persekolahan beliau bekerja sebagai kerani di sebuah felmill berdekatan kampung kami. Aku pula bekerja di pejabat felda Pahang Tengah. Tiba-tiba aku menerima panggilan telefon darinya menjemput aku menghadiri majlis perkahwinannya. Dalam diam dia telah menemui kecintaan hatinya.
Pada malam persandingannya aku berpeluang menjadi mak andam menata rias wajahnya. Terserlah kejelitaan wajahnya di malam persandingannya. Setelah berkahwin beliau dan suaminya meninggalkan jawatan mereka sebagai kakitangan felmill dan menyertai skim rancangan tanah felda yang baru dibangunkan di kampung kami.
Rumahnya terletak jauh di hujung kampung. Berdekatan dengan tanah perkuburan di atas bukit. Aku pernah berkunjung ke rumahnya. Cantik dan damai persekitarannya justeru beliau rajin menghiasinya dengan pelbagai tanaman bunga-bungaan dan pohon buah-buahan.
Masa pantas berlalu. Anak-anaknya semakin dewasa dan telah miliki kehidupan sendiri. Suami kecintaannya pun telah meninggal dunia. Dan dikebumikan di tanah perkuburan di situ. Innalillahiwainnailaihirojiun. Anak-anaknya mengajak ibu mereka itu tinggal bersama mereka di bandar.
“Ibu tak mahu ikut kamu. Ibu nak tinggal di sini saja. Di sini ibu dekat dengan ayah kamu.dan tiap hari ibu akan naik bukit itu berjumpa dengan ayah kamu.”
Beliau meneruskan kehidupan bersendirian sambil aktif menyantuni kegiatan sosial setempat.
Aku terkedu menerima khabar duka bahawa sahabatku telah berpulang kepada-Nya. Menemui-Nya dan suami kecintaannya. Kudoakan berbahagialah sahabatku Cik Yon Mohamad di sana…dicucuri rahmat-Nya…diampuni dosanya…amiin. Langkahmu mendahului pasti kususuli pabila detiknya menjemput.

12 comments:

  1. Semoga Allah mengampuni.. Salam Takziah Kak PI

    ReplyDelete
  2. Allahu.
    Al Fatihah [dibaca]
    Semoga beliau tempatkan dikalangan insan-insan yang dirahmati. nanti bila tiba masanya kita pasti menyusul.

    ReplyDelete
  3. Innalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan berkebajikan.

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailaihiraajiuunnn. Moga arwah Cik Yon Mohamad tenang di sana, dikumpulkan bersama kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta dapat bertemu suami kesayangan di syurga Allah. Aamiin.

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailaihiraajiuunnn. Moga arwah Cik Yon Mohamad ditempatkan bersama para solihin, beruntung arwah mempunyai sahabat yang sentiasa mendoakannya. Alfatihah juga, saya sedekahkan utk arwah. Amiin.

    ReplyDelete
  6. Innalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan berkebajikan.

    ReplyDelete
  7. Innalillahiwainnailahirojiun. Takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  8. alfatihah innalillilahi wainna ilaihi raajiun...
    salam takziah buat seluruh ahli keluarganya

    ReplyDelete
  9. Innalillahiwainnailahirojiun. Takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  10. Innalillah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  11. Alfatihah utk keluarga arwah...semoga Allah permudahkan urusannya disana

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist