ASSALAMUALAIKUM
PALESTIN
Di sinilah jejaknya
para anbia sebar dakwah risalah langit
Namun ngilu menerjah
dek khabar menujah tuan tanah
ditindas melandas sadis
Bangsa kejam itu manusiawi gersang
di hatinya tiada belas berbekas
Zionis yang sombong berabad lama tersurat Al-Quran
hasad rampas tanah Palestin
tega berulang-ulang meruntuhkan segala
menyimbah merah pelosoknya dengan darah anak kecil, warga muda
wanita, orang tua
Allahu Akbar pejuang nusa cekal gagah tabah memperjuangkan damai
yang dihancurkan semalaman
Allah Maha Melihat doa umat bersatu insya-Allah kezaliman kembali
kepada pelaku amiin...
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
30/5/021
#freepalestine sama-sama kita doa dan sokong dari jauh.
ReplyDeleteAkan tiba nanti kebenaran.. Kerana takut akan kebenaran pasal itu Palestine dilakukan sebegitu rupa.
ReplyDeleteSemoga nasib mereka akan terbela
ReplyDeleteBila akan berakhir derita rakyat Palestine ni...seingat saya dh terlalu lama mereka ditindas,dinafikan hak
ReplyDeleteSemoga kemenangan milik mereka jua nanti
ReplyDeleteZionis dah rampas tanah orang, boleh pulak buat cerita konon mereka yang diserang. Semoga Allah pelihara bumi Palestin
ReplyDelete