Monday, 31 May 2021

BERCAKAP DENGAN CERMIN MENGGENGGAM TEKAD MELAMAR SENDA DI WILAYAH KOTA

 ASSALAMUALAIKUM




BERCAKAP DENGAN CERMIN MENGGENGGAM TEKAD

MELAMAR SENDA DI WILAYAH KOTA

 

Alhamdulillah kakpidah terima dua buah buku hadiah kiriman daripada sahabat penulis mapan Noorlaila Ghafar…terima kasih banyak sahabatku. MELAMAR SENDA DI WILAYAH KOTA merupakan antologi anekdot fragmen kehidupan yang disertai Noorlaila berganding karya dengan 21 penulis selenggaraan Munsyi Mohamad Bin Musip dan Noriah Binti Hj Siren. Pelbagai pengalaman hidup yang dilalui penulis berkenaan dikisahkan di sini. Amat  mencuit hati menyentuh rasa kala membacanya. Tulisan dilukis dengan cantik mengukir maksud seni yang ketara. Kita akan terpesona dan berkata alangkah sukarnya pengalaman mereka. Namun setiap karya anekdot tersulam juga cerita lucu sederhana dan senyumpun tersungging diiring tawa.

Tahniah sahabatku dan semua penukil terlibat.

 BERCAKAP DENGAN CERMIN MENGGENGGAM TEKAD buku selenggaraan editor dan terbitan BONDA  NOR disertai penulis dengan tajuk karyanya KUGENGGAM TEKAD bersama beberapa lagi penulis lagi memaparkan pengalaman setiap penulisnya mendepani ranjau kehidupan untuk meraih kejayaan impian. Memetik kata yang tercatat di halaman kedua;”HIDUP INI PAKSINYA PERJUANGAN. BIAR LELAH BERTARUNG MUJAHADAH, BIAR TUMPAH AIR MATA DAN DARAH,SUNGGUH AKU TAK AKAN MENGALAH..” susunan diksi tersebut menggambarkan kepada pembaca bahawa antologi bertemakan ceritera motivasi berdasarkan pengalaman setiap penulis terlibat…tahniah sahabatku dan semua penukilnya.

Jom jadikan sebagai khazanah peribadi dan memanfaatkan ilmu menginspirasi jaya dengan miliki dan baca. Mudah caranya hanya dengan hubungi Noorlaila Ghafar @facebook.


Sunday, 30 May 2021

PALESTIN...

 ASSALAMUALAIKUM

PALESTIN

 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

Di sinilah jejaknya

para anbia sebar dakwah risalah langit

Namun ngilu menerjah

dek khabar menujah tuan tanah

ditindas melandas sadis

Bangsa  kejam itu manusiawi gersang

di hatinya tiada belas berbekas

Zionis yang sombong berabad lama tersurat Al-Quran

hasad rampas tanah Palestin

tega berulang-ulang meruntuhkan segala 

menyimbah merah pelosoknya dengan darah anak kecil, warga muda

wanita, orang tua

Allahu Akbar pejuang nusa cekal gagah tabah memperjuangkan damai

yang dihancurkan semalaman

Allah Maha Melihat doa umat bersatu insya-Allah kezaliman kembali

kepada pelaku amiin...

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

30/5/021

Saturday, 29 May 2021

PUTIH

 ASSALAMUALAIKUM


PUTIH

 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

Sudah lama Putih tidak kelihatan di dalam dan persekitaran kediamanku. Aku mulai rindukan deringan loceng yang tergantung di lehernya. Ke manalah agaknya Putih menghilang? Pemilik Putih kudengar bertanya kepada anakku sama ada Putih ditemui di mana-mana. Dia tentu sangat bimbangkan keselamatan Putih. 

Sebelum PKP beliau setiap pagi akan meronda  sekitar perumahan desa memanggil-manggil. Putih. Nakal betul Putih suka menghilangkan diri dan menyusahkan Ani mencarinya. Ani jiranku itu sangat sayangkan Putih seperti anaknya sendiri. Pernah dia memanggil bomba untuk menurunkan Putih yang  berada di atas pokok. 

Putih tahu memanjat tapi tak reti pula nak turun. “Kami pun banyak kerja nak buat selain nak turunkan kucing dari atas pokok.” Sinis saja kekata abang bomba. Tapi sifat prihatin mereka tetap terserlah. Putih diturunkan dengan selamat. Dan Ani tersenyum gembira. Memeluk erat kucingnya yang gebu berbulu putih itu. .


Thursday, 27 May 2021

SEORANG SAHABAT

 ASSALAMUALAIKUM


SEORANG SAHABAT




Sahabatku ini kukenali sejak berada di kampung felda mengikuti ibu bapa kami berpindah ke pertempatan baru.beliau dan keluarganya berasal dari Pulau Pinang.
Kami berkawan baik. Bersama ke sekolah dan membesar di kampung felda ini. Habis bersekolah rendah bersambung peringkat menengah di bandar Maran. Kemudian ke Kuantan pula. Beliau ini walau bersekolah di mana saja mudah dikenali. disenangi kerana sifatnya yang periang, peramah dan mudah berkawan.
Tamat persekolahan beliau bekerja sebagai kerani di sebuah felmill berdekatan kampung kami. Aku pula bekerja di pejabat felda Pahang Tengah. Tiba-tiba aku menerima panggilan telefon darinya menjemput aku menghadiri majlis perkahwinannya. Dalam diam dia telah menemui kecintaan hatinya.
Pada malam persandingannya aku berpeluang menjadi mak andam menata rias wajahnya. Terserlah kejelitaan wajahnya di malam persandingannya. Setelah berkahwin beliau dan suaminya meninggalkan jawatan mereka sebagai kakitangan felmill dan menyertai skim rancangan tanah felda yang baru dibangunkan di kampung kami.
Rumahnya terletak jauh di hujung kampung. Berdekatan dengan tanah perkuburan di atas bukit. Aku pernah berkunjung ke rumahnya. Cantik dan damai persekitarannya justeru beliau rajin menghiasinya dengan pelbagai tanaman bunga-bungaan dan pohon buah-buahan.
Masa pantas berlalu. Anak-anaknya semakin dewasa dan telah miliki kehidupan sendiri. Suami kecintaannya pun telah meninggal dunia. Dan dikebumikan di tanah perkuburan di situ. Innalillahiwainnailaihirojiun. Anak-anaknya mengajak ibu mereka itu tinggal bersama mereka di bandar.
“Ibu tak mahu ikut kamu. Ibu nak tinggal di sini saja. Di sini ibu dekat dengan ayah kamu.dan tiap hari ibu akan naik bukit itu berjumpa dengan ayah kamu.”
Beliau meneruskan kehidupan bersendirian sambil aktif menyantuni kegiatan sosial setempat.
Aku terkedu menerima khabar duka bahawa sahabatku telah berpulang kepada-Nya. Menemui-Nya dan suami kecintaannya. Kudoakan berbahagialah sahabatku Cik Yon Mohamad di sana…dicucuri rahmat-Nya…diampuni dosanya…amiin. Langkahmu mendahului pasti kususuli pabila detiknya menjemput.

Tuesday, 25 May 2021

PENYAMUN

 ASSALAMUALAIKUM



PENYAMUN ITU

 

Tidak peduli dikata orang

jahatnya ultra bukan sembarang

suka menyamun

meski dihamun

pantang ditegur galak menyerang

.

Penyamun itu gila kuasa

menunjuk garang setiap masa

kononnya hebat

asyik merembat

dunia boikot galang perkasa

.

Hasil menyamun gigih laksana

empayar niaga megah terbina

ramai menyampah

sakan menyumpah

tersungkur jua dinista hina

.

Penyamun itu ada pelindung

kuasa veto akan menudung

entah kenapa

sebab mengapa

solidariti langkah tersadung

 


Sunday, 23 May 2021

Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

 ASSALAMUALAIKUM

JOM MERIAHKANNYA



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SENTIASA BERHATI-HATI MENJAGA DIRI AGAR SIHAT SEJAHTERA 

Friday, 21 May 2021

GELEMBUNG HAYAT

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


GELEMBUNG HAYAT
Hanya tinggal satu
gelembung tipis
lindung hayat
bernyawa
.
Gelembung apapun
tidak sempurna
mencelahi
pandemik
.
Karya reka tentang
bentuk gelembung
tidak kebal
melindung
.
Doa ihsan Allah
gelembung hayat
tidak tembus
dan kempis

PARIDAH ISHAK
DMS
21/5/021

Thursday, 20 May 2021

HATI TIKUS

 ASSALAMUALAIKUM


HATI TIKUS

PIC GOOGLE IMAGES(C)

 

Tikus berlari laju untuk menyelamatkan dirinya. Seekor kucing sedang mengejarnya hendak menangkapnya. Setiap kali Tikus keluar mencari makanan dia akan terserempak dengan Kucing. Lantas Kucing mengejar dan cuba menangkapnya. Tikus berlari susup-sasap menghilangkan dirinya daripada penglihatan Kucing.

            “Kau hendak lari ke mana Tikus? Aku akan tetap mengejar kau sehingga aku dapat menangkap kau. Penat saja kau berlari setiap hari daripadaku. Akhirnya aku akan dapat jua menangkapmu dan menjadikan kau habuan makananku.” Kucing bersuara dengan marah lantaran kecewa tidak dapat menangkap Tikus.

            Tikus mendengar suara Kucing. Dia amat ketakutan. Mujur dia cepat berlari menyembunyikan dirinya di dalam lubang tanah. Jikalau tidak tentu dia sudah dimakan Kucing dan berada di dalam perut Kucing. Dia terdiam di situ menahan kepenatan diburu Kucing. Tikus idak berani hendak keluar dari situ lagi.

            “Kenapalah Kucing itu tidak henti-henti mengejarku walau dia tidak dapat menangkapku? Hairan betul aku. Tapi aku juga sangat penat berlari untuk menyelamatkan diriku daripada ditangkap Kucing setiap hari. Dia menyusahkan aku saja untuk keluar mencari makanan dengan tenang. Berat betul masalah yang sedang kuhadapi ini. Bagaimanakah  aku hendak menyelesaikannya?” Tikus merasa bingung memikirkan masalah dirinya.

Lama dia termenung. Dan fikirannya menggambarkan idea yang dipersetujui hatinya. Dia tersenyum lega.

            “Aku akan menemui Tukang Sihir untuk memintanya menolongku.” Dia pun segera bergegas ke rumah Tukang Sihir. Pantas pergerakannya. Sebentaar saja dia sudah tiba di situ.

            Dia menceritakan masalahnya kepada Tukang Sihir satu persatu.

            “Saya harap Tuan Tukang Sihir dapat menyelesaikan masalah saya. Masalah saya ini sangat menyusahkan saya. Hanya tuan seorang yang dapat menolong saya.”

            “Bagaimana pula? Aku tidak faham akan maksud kamu. Nyatakanlah dengan lebih jelas.” Tukang Sihir amat keliru dengan kenyataan Tikus.

            “Bukankah tuan ini seorang tukang sihir yang sangat handal. Tuan Tukang Sihir tolonglah tukarkan saya menjadi kucing pula. Tuan Tukang Sihir tentu dapat melakukannya dengan mudah.   Sekiranya saya menjadi kucing,tentulah Kucing itu tidak akan mengejar saya lagi. Saya sudah terlalu penat berlari setiap hari dikejar Kucing itu. Tolonglah saya Tuan Tukang Sihir.” Tikus merayu kepada Tukang Sihir agar menolongnya.

            “Tuhan telah jadikan kamu sebagai tikus,kenapa hendak menjadi kucing pula?” Tanya Tukang Sihir kepada Tikus. Namun Tikus terus merayu agar Tukang Sihir mahu menolongnya di atas sebab yang dinyatakannya itu.

            “Baiklah kalau begitu aku akan mohon kepada Tuhan agar menukarkan kamu menjadi kucing pula.” Lalu Tukang Sihir berdoa memohon kepada Tuhan menunaikan hasrat Tikus.

            Tiba-tiba dengan izin Tuhan bertukarlah sosok Tikus. Kini dirinya telah wujud berbentuk kucing seperti yang diidamkannya. Tikus merasa sangat gembira. Dia   pun mengucapkan terima kasih kepada Tukang Sihir. Dia amat yakin masalahnya telah pun selesai.

            “Aku harap kamu berpuas hati dengan keadaan diri kamu sekarang.” Dia melihat Tikus begitu gembira dengan keadaan dirinya yang baru. Tikus  ingin pulang memberitahu kepada keluarga dan kawan-kawannya.

Tikus bergerak menuju sarangnya. Dia tidak dapat hendak memasuki lubang tanah tempat kediamannya selama ini kerana badannya sebesar kucing. Dia tidak dapat berjumpa dengan keluarga dan rakan-rakannya untuk bercerita pengalamannya. Dan dia bercadang mengajak mereka bertukar menjadi kucing sepertinya. Hajatnya tidak kesampaian. Dia menyedari keadaan dirinya yang menyebabkan dia tidak dapat bertemu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Hatinya terasa sedih pula. Tapi dia masih teruja kerana dirinya kini seekor kucing yang besar. Jauh lebih besar daripada tikus.

            Dia berfikir hendak mencari tempat tinggal yang baru dan sesuai dengan keadaan dirinya.. Dalam perjalanannya mencari kediamannya, seekor anjing menyalak dengan garang sambil mengejarnya. Dia berlari pantas untuk menyelamatkan dirinya daripada dicederakan Anjing. Badannya yang besar menyusahkannya berlari dengan pantas. Dan setiap hari Anjing akan mengejar Kucing setiap apabila bertemu. Dia tidak tahu bahawa sudah sekian lama anjing memusuhi kucing.

            “Susah juga menjadi kucing ini. Setiap hari aku terpaksa berlari sebab anjing tidak henti-henti mengejarku. Sungguh penat aku berlari. Takut sungguh aku kepada anjing.” Tikus bersungut sendirian.

            “Mungkin akan lebih baik kalau aku menjadi anjing pula. Menjadi anjing tentu lebih baik daripada menjadi kucing. Aku tidak mahu lagi menjadi kucing. Tukang Sihir tentu dapat menolong aku.”

Tikus bergegas menemui Tukang Sihir sekali lagi. Dia menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Tukang Sihir dan meminta agar menolong menukarkannya menjadi anjing pula..

“Baiklah kalau sudah begitu yang kamu inginkan, aku akan cuba mohon kepada Tuhan agar perkenankan permintaan kamu”. Tukang Sihir pun memohon kepada Tuhan semoga hajat Tikus hendak menjadi anjing termakbul

Tiba-tiba sosok kucing berubah menjadi anjing pula. Tikus gembira dengan bentuk tubuhnya yang baru. Dia berjalan ke sana-sini tanpa menyedari ada seorang lelaki yang sedang memerhatikan dirinya.

Lelaki itu lalu menangkapnya dan mengurungkannya di dalam kandang.Dan lelaki itu melatihnya untuk menjadikannya sebagai anjing perburuan. Setiap hari dia terpaksa masuk ke hutan memburu pelbagai jenis binatang liar.dia merasa terlalu penat berlari mengejar binatang bersama lelaki itu.

Dia merasa ketakutan kerana ketika dalam perburuan itu dia bertemu dengan singa dan harimau. Dia terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa binatang buas itu. Dan dia mengambil keputusan hendak menjadi manusia pula. Dia berharap Tukang Sihir boleh menukarkannya menjadi manusia pula. Kalau dia dapat menjadi manusia tentu dia dapat menguasai semuanya. Maka tentu akan selesai semua masalahnya.

Tukang Sihir hanya tersenyum sahaja mendengar permintaan Tikus itu.

            “Walau kamu berubah bentuk tubuh kepada setiap yang kamu inginkan namun kerana kamu miliki hati tikus di dalam diri kamu, tentu kamu tidak berjaya mengatasi setiap halangan laluan hidup kamu. Walau kamu menjadi kucing namun hati kamu mengatakan kamu adalah seekor tikus kecil. Jikalau menjadi kucing, hati kamu mesti seperti hati kucing juga. Tapi hati kamu setiasa mengatakan kamu adalah tikus yang lemah. Kamu tidak boleh lagi menyimpan hati tikus di dalam diri kamu. Kebiasaan yang kamu rasakan menyukarkan diri kamu menerima perubahan. Adalah lebih baik kamu menjadi siapa diri kamu sebenarnya. Bersyukurlah kerana Tuhan jadikan kamu sebagai tikus.” Kata Tukang Sihir memberi jawapan kepada Tikus yang sentiasa keliru dengan dirinya. 

            Tikus mulai memikirkan kebenaran di sebalik kata-kata Tukang Sihir itu. Walau dia selalu dikejar Kucing dan keletihan berlari tapi Kucing tidak pernah berjaya menangkapnya. Tubuhnya yang kecil memudahkannya berlari dan bersembunyi di mana saja untuk menyelamatkan dirinya daripada ditangkap Kucing.   

Dia amat menyesali akan tindakannya merubah bentuk dirinya beberapa kali.dan dia ingin menjadi tikus semula. Dia ingin sekali bertemu semula dengan keluarga dan kawan-kawannya yang sangat dirindukannya.

 


Wednesday, 19 May 2021

NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

 ASSALAMUALAIKUM


NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip


Haaa.. Jom tengok syarat-syarat dah hadiah yang menanti =)

Okay !! Perhatian ya.. Giveaway kali ini ada  dua (2) categories.
Tolong baca betul-betul dan ikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Mudah saja tak susah cuma please.. Baca !!

Sila pilih SATU category penyertaan SAHAJA.

Category Satu | NZ Fridge Magnet x 5 (5 Pemenang)

Syarat-syarat :

  1. Follow blog SITIYANGMENAIP WAJIB
  2. Subscribe Youtube Channel SITIYANGMENAIP di SINI - OPTIONAL
  3. Buat entry bertajuk 'NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip'
  4. Letak banner giveaway dan backlink pada entry INI
  5. Publish entry penyertaan, tinggalkan link penyertaan dan nyatakan category pilihan di ruangan comment entry INI sahaja
  6. Nyatakan sekali Youtube Channel korang supaya SYM boleh subscribe kembali #kitasupportkita

Category Dua | NZ Tote Bag & Fridge Magnet x 1 (1 Pemenang) atau
NZ Tshirt Size L & Fridge Magnet x 1 (1 Pemenang)

Syarat-syarat :

  1. Follow blog SITIYANGMENAIP WAJIB
  2. Buat entry bertajuk 'NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip'
  3. Letak banner giveaway dan backlink pada entry INI
  4. Publish entry penyertaan, tinggalkan link penyertaan dan nyatakan category pilihan di ruangan comment entry INI sahaja
  5. Subscribe Youtube Channel SITIYANGMENAIP di SINI - OPTIONAL
  6. Nyatakan sekali Youtube Channel korang supaya SYM boleh subscribe kembali #kitasupportkita
  7. Tinggalkan SATU comment di mana-mana Video pilihan dalam senarai dibawah : WAJIB - tak ada Youtube Channel pun tak apa, boleh tinggalkan comment saja.

Tuesday, 18 May 2021

PALESTIN

 ASSALAMUALAIKUM


 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

 

PALESTIN

 

Di sinilah jejaknya

para anbia

sebar dakwah

risalah

.

Namun hati pilu

dek Khabar lalu

tuan tanah

ditindas

.

Bangsa  kejam itu

manusiawi

di hatinya

tiada

.

Zionis yang sombong

berabad lama

hasad rampas

Palestin


Sunday, 16 May 2021

SIAPA TU

ASSALAMUALAIKUM




 LADY "GAGAH"

She is small and beautiful by looking at her a little closer .
A sweet looking lady serving others with her sweet smile.
As soon as I saw her for the first time, my heart was showered with heartful joy , happiness and sadness. She wheeled her own wheelchair.
She is undependant and strong in her own way.
I truely admire her courage and strenght in heart.
She is my virtual motivational guidance angel "The Lady Gagah." She gave me strenght to carry on my vision in writing.
She feed me with lots of tranquillizing words when my heart is in deep pain.
I could feel her loves transpired into my heart. A very kind hearted lady with lots of postivities in her soul.
Moreover, jokes she crack at times forced me to laugh heartily.
My respect for her because of her beautiful moral values. She put me high to eternity and this the reason I salute her with full dignity.
However, she is only a very humble small built strong woman with high spirit and soul.
The person I admire and aspire to meet is, Madam Paridah Ishak. She is and excellent author and an outstanding poems. After seeing the true situation, she deserves an award as "The Lady 'Gagah' ".
Honestly, her spirit in writing is real "gagah" because she really need to be strong to live in her new chapter in life.
Love you with all my heart my dear little angel till the day I return home to Allah.
Congratulation,
"The Lady Gagah"

SALMAH AMIR
Haras Legend
Cyberjaya
06.04.2021


MyBloglist