ASSALAMUALAIKUM
PERKONGSIAN ILMU:
SURAH 101: AL -QARI’AH (HARI KIAMAT / HARI YANG HINGAR- BINGAR)
MUKA SURAT: 600 MENGANDUNGI 11 Ayat.
PENGENALAN:
Surah ini memberi amaran tentang azab bagi kezaliman yang disebut dalam surah sebelumnya. Ancaman Ukhrawi (akhirat) terhadap mereka yang zalim. Al-Qariah adalah peristiwa yang betul-betul mengetuk hati manusia.
Ayat 1 – 3: Kalimah al-Qariah diulang tiga kali berturut-turut. Gabungan tafsir al-Qariah: berlanggaran, bunyi yang kuat dan mengejutkan. Contoh seperti dua kereta berlanggar. Susunan tiga ayat yang pertama ini.
(1) Ketukan-ketukan yang kuat mengejutkan hati manusia.
(2) Manusia tertanya-tanya apa yang terjadi?
(3) Siapakah yang boleh memberi tahu kita, apakah kejadian itu?
Ayat 1: Satu kalimat sahaja al-Qariah – Hari kiamat. Kesusahan pada hari itu, situasi yang mengejutkan. Tak sempat sebut penuh. Contoh Ketika berlaku kebakaran, hanya sempat sebut “Api…api..api..”
Ayat 2: Pertanyaan Allah. Apakah Hari Kiamat?? Pertanyaan ini menyebabkan pendengar tertanya-tanya. Allah menyebut: Apakah yang ada dalam fikiran manusia tentang kiamat. Pendengar pasti ingin nak tahu tahap tinggi. Apa itu al-Qariah (Hari Kiamat).
Ayat 3: Soalan berbentuk retorik daripada Allah. Apa yang menyebabkan kamu tahu tentang Qariah / Hari Kiamat? Bolehkah kamu tahu sendiri? Tentu tidak! Perkara-perkara ghaib perlu pemberitahuan daripada Allah SWT dengan cara wahyu.
Ayat 4 – 5: Allah beri penerangan tentang al Qariah / Hari Kiamat.
Ayat 4: Pada masa itu semua manusia seperti kupu-kupu atau kelkatu yang berterbangan, tiada arah. Berlanggaran sesame sendiri. Keadaan amat kecoh. Ada yang sanggup menebus dirinya dengan keluarga sendiri. Seperti anak atau isteri, demi untuk menyelamatkan diri masing-masing. Semoga kita terselamat dari termasuk dalam golongan mereka.
Ayat 5: Pada hari itu gunung-ganang menjadi seperti bulu-bulu yang diputar untuk membuat kain. Untuk membuat kain, mesin pemintal akan memintal kapas atau bulu biri-biri. Bulu-bulu akan berterbangan berserakan ke udara.
Ayat 6 – 11: Gambaran Peringkat kedua kiamat, iaitu Hari Kebangkitan dan perhimpunan di Padang Mahsyar.
Ayat 6: Allah menimbang setiap amalan manusia. Orang-orang yang berat timbangan amalan baik, iaitu amal yang sempurna sepanjang hidupnya. Khusyuk dalam solat dan beramal soleh. Amalan yang berkualiti, ikhlas, ikut Quran dan Sunnah. Akan dimasukkan ke dalam syurga. Semoga Allah pilih kita.
Ayat 7: Tabshir Ukhrawi / Berita gembira di akhirat. Kalau berat timbangan amal baik kita. Akam mendapat kehidupan yang memuaskan . Kehidupan di syurga abadi. Kekal selamanya.
Ayat 8: Takhwif Ukhrawi / Ancaman Akhirat. Ringan timbangan amal atau tiada langsung kebaikan. Amalan buruk tidak ditimbang. Yang ditimbang hanya amalan kebaikan yang dibuat dengan ikhlas. Seperti kita nak timbang barang-barang, kita hanya timbang barang-barang yang elok sahaja.
Ayat 9: Mereka yang ringan timbangan amal kebaikan akan dimasukkan ke dalam neraka Hawiyah. Allah ejek mereka. Mereka berlari ke arah kebinasaan.
Ayat 10: Allah nak beritahu, mereka sebenarnya tidak tahu apakah Hawiyah? Kalau Allah tidak beritahu.
Ayat 11: Allah tanya dan Allah sendiri jawab. Ini jawaan Allah. Hawiyah ialah api yang sangat panas membara. Tak dapat digambarkan kepanasannya. Hadis sahih: Kepanasan api di dunia satu per sepuluh api Neraka Jahannam! Jadi api neraka ditambah 69 kaliganda daripada api dunid. Amat menakutkan!
PENUTUP:
Di awal surah Allah menakutkan kita dengan suasana Hari Kiamat – al Qariah. Di hujung surah Allah lebih menakutkan kita dengan Neraka Hawiyah – neraka yang sangat panas membara. Surah ini dimulai dengan soalan. Kemudian Allah beri jawapan pada ayat 4 dan 5. Surah ini diakhiri dengan solan. Dan Allah beri jawapan pada ayat 10 dan 11. Masya Allah. Cantiknya ayat-ayat wahyu Allah.
Ya Allah...lindungilah aku..ahli keluargaku..saudara seagamaku dari azab api nerakamu
ReplyDeleteSemoga kita semua tergolong dari kalangan ahli syurga... Ya Allah, jauhi kami ini dari azab siksaan-Mu.
ReplyDeletePercaya kepada hari kiamat
ReplyDeletetakutnya bila memikirkan hari kiamat. ntah mampu entah kecundang...
ReplyDeleteAllahu. Semoga dosa-dosa kita diampunkan dan dijauhkan dari api neraka
ReplyDeletethank you ats peringatan kak PI, benda mcm ni mmg kena igtkan selalu kan
ReplyDelete