Saturday, 10 April 2021

MENGURUS EMOSI

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU




Sekolah Penulisan Ramadan 2021 via mlsend2.com 

Apr 1, 2021, 8:46 AM (9 days ago)
to paridah.ishak

Dalam filem animasi Inside Out, watak kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Riley digambarkan mengalami huru-hara emosi disebabkan perubahan yang berlaku dalam hidupnya. 

 

Ia berpunca daripada lima emosi yang hidup dalam dirinya saling  berebut tempat sehingga menyebabkan Riley tidak stabil.

 

Akhir sekali, Riley hampir sahaja menghancurkan memori-memori  yang ada.

 

Dia memperlahankan rentak sehinggalah akal sedar mula mengatur semula ke semua emosi itu.

 

Riley sedar pengaruh emosi yang ada dalam diri. Dia mula belajar memetakan emosi agar berada dalam kedudukan yang betul.

 

Animasi Inside Out memberitahu kita betapa pentingnya kita sedar dan mengakui emosi dapat mempengaruhi tindak-tanduk kita.

 

Mengurus emosi dapat dilakukan dengan menulis.

 

Dalam kajian psikologi positif, terapi menulis menjadi salah satu ikhtiar bagi menyusun atur (regulate) emosi kita.

 

Mengarang cerita-cerita baik yang kita lalui memberi kesan kepada tindakan kita seterusnya. 

 

Kita mengenang rahmat Tuhan yang mengiringi setiap keputusan kita dan kita tidak keseorangan di bawah naungan-Nya. 

 

Hidup dengan tulisan yang berharap kepada Dia memperkuatkan rasional dan emosi kita.

 

Ada satu eksperimen dibuat oleh Dr James Pennebaker dari Universiti Texas. 

 

Beliau memecahkan para pelajar kepada empat kumpulan.

 

Setiap kumpulan diberikan arahan.

 

Arahannya adalah, "Selama empat malam berturut-turut, anda semua diminta menulis selama tempoh 15 minit."

 

Tiga kumpulan diminta menulis hal-hal buruk yang mereka alami. 

 

Satu kumpulan diminta menulis perkara-perkara kecil yang mereka lalui.

 

Mereka diperhatikan selama enam bulan.

 

Apa yang dikesan oleh Dr James?

 

Tiga kumpulan yang konsisten menulis perkara buruk dalam hidup mereka kurang mengunjungi pusat kesihatan berbanding satu kumpulan lain.

 

Kerap menulis perkara buruk dalam hidup menjauhi mereka daripada berusaha melakukan sesuatu ke atas diri mereka.

 

Dari situ beberapa pendekatan mengurus emosi dicadangkan oleh pakar, antara menulis perkara-perkara yang menunjukkan kita bersyukur kepada-Nya.

 

Tidak kira saiz perkara baik itu sama ada kecil atau pun besar, apabila ditulis dengan hikmah dan ilmu, ia memberi kesihatan jiwa. Insya-Allah.

 

Mahukah pada bulan Ramadan ini saudara belajar mengarang cerita yang dapat mengurus emosi kita?

 

Belajarlah mengarang cerita dengan hikmah dan pengetahuan.

 

Klik jalan masuk di sini https://yosh.my/order/form/vsspr2021/1
Klik jalan masuk di sini https://yosh.my/order/form/vsspr2021/1
Klik jalan masuk di sini https://yosh.my/order/form/vsspr2021/1

 

Kepada yang sudah masuk sebelum ini, terima kasih, kita jumpa di sana!

Kepada yang belum, belajar sekali, tulislah sesuatu yang mendamaikan emosi berkali-kali.

Klik jalan masuk di sini https://yosh.my/order/form/vsspr2021/1

7 comments:

  1. masuk suratkhabar ke kak PI, alhamdulillah bestnya!
    saya pun suka cerita inside out tu :)

    ReplyDelete
  2. Saya minat filem Inside Out. Semua emosi tu penting, cuma kita saja yang kena pandai kawal. So far tiada masalah mengawal emosi dalam penulisan. Cuma agak kelam kabut di dunia nyata. Huhu

    ReplyDelete
  3. Beruntunglah orang yang berminat dan ada bakat menulis.

    ReplyDelete
  4. Saya kalau menulis, kalau boleh nak kaitkan kehidupan keadaan semasa, apa yang terdapat sekitar sesuatu kawasan dan sesuatu yang berkaitan dengan realiti. Saya sangat pasti bahawa suatu hari nanti, karya kita akan menjadi satu bahan sejarah yang boleh menjadi rujukan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Mrs.A pun suka cerita Inside Out.
    Mrs. A suka menulis cerita yang berkaitan dengan diri sendiri cerita yang indah tapi tak menipu.

    ReplyDelete
  6. hebat kakPah., teruskan berkarya., ;p

    ReplyDelete
  7. inside out best! byk kali tgk and ngs :(

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist