ASSALAMUALAIKUM
Mencari permata antara pasir itu agak mudah kerana
permata itu berkilauan tapi menentukan keaslian permata itu sukar juga selagi
tidak diuji.
Lautan ilmu menenggelamkan kebodohan penyelam ke dasarnya
dan mengapungkan kebijaksanaan ke daratan.
Kemahuan mengasak asa mencapai cita-cita. Tiada kemahuan
cita-cita dikuasai pesimis.
Menyalahkan sesiapa kerana kesusahan kita tidak
menyelesaikan masalah. Tapi memperbaiki kekurangan dengan menolong diri sendiri
akan lebih membantu.
Boleh sahaja berdalih hendak melakukan sesuatu atau tidak
dengan pelbagai sebab. Tetapi jika sebab
yang menjadi alasan tidak masuk akal tentu akan diketawakan.
Luruskan selembar benang yang hendak dimasukkan ke dalam lubang jarum, kerana benang yang bersimpul menyukarkan jarum menjahit kain
Di mana ada kemahuan, di situ terbentang jalan.
ReplyDeletebenar bagai dikata..
ReplyDeleteindeed!
ReplyDeletebetul ni kak PI
ReplyDelete