ASSALAMUALAIKUM
PERSONIFIKASI TUDUNG PERIUK
:Tudung periuk pandai 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢,
tarian anak Putera Mahkota;
kain yang buruk berilah
kami,
buat menyapu si air mata.
Sumber: Pantun Klasik
Melayu
Pantun Tudung Periuk
dilagukan Allahyarham Seniman Negara P. Ramlee yang melatari filem Sumpah Orang
Minyak ini karya penulis lirik S.Sudarmaji. dan lagunya ciptaan dan gubahan
P.Ramlee, dinyanyikan duet P. Ramlee dan Saloma.
Filem Sumpah Orang
Minyak arahan P. Ramlee terbitan Shaw Brothers
Malay Film Production 1957 filem ini memenangi kartegori fotografi filem
terbaik yang diadakan di festival filem Manila 1958.
- Rujukan P. Ramlee. Freez. Com
Lagu Tudung Periuk dengan
stanza pantun yang merangkum metafora yang menuntut ketelitian untuk memahami
maksud prrsonifikasi “tudung periuk pandai menari” pada sampiran di baris satu..
Tudung periuk kelihatan seakan menari-nari di atas periuk nasi kala nasi yang
di atas api sedang mendidih. Citra sampiran yang sinonim dalam masyarakat
Melayu dahulu dan kini.
Personifikasi lazim digunakan dalam lirik lagu untuk menyampaikan
pesan dari pengarang lagu kepada para pendengar lagu. Secara umum personifikasi merupakan
salah satu gaya bahasa yang menggambarkan sesuatu tidak bernyawa atau benda
mati yang seolah-olah hidup
2.Personifikasi juga seolah menyerapkan sifat manusia kepada benda tidak
bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk mendapatkan kesan sastera atau seni.
3. perlambangan atau pengumpaan
kepada sesuatu mempunyai sifat manusia.
Personafikasi perorangan
pandai menari diberi kepada tudung
periuk.
Sampiran baris ke dua;
“tarian anak putera
mahkota,” membawa maksud cara pilihan gaya bangsawan yang menjadi tarian impian
hidup orang kebanyakan.
:Tudung periuk pandai 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐢,
tarian anak Putera Mahkota;
kain yang buruk berilah
kami,
buat menyapu si air mata.
Stanza pantun dengan
kadensa tidak lunak iaitu 10 sukukata pada baris pertama.
11 sukukata sampiran
baris ke dua.
10 sukukata baris maksud
ke tiga.
10 sukukata baris maksud
ke empat.
Menyantuni rima pantun a
b a b secara rawak namun sangat harmoni dilagukan dengan merdu melontarkan
maksud cerita dalam filem Sumpah Orang Minyak
|
|
|
|
Dulu zaman sekolah ada belajar personafikasi, ironi, metafora etc. Thanks kak PI ingatkan balik. Rupanya tu maksud dia pandai menari. Baru hari ni faham
ReplyDeleteCantik heroin zaman dulu2 kan PI
ReplyDeletebyk kali tgk cerita ni dulu, sukaa.. sbb byk pengajaran
ReplyDeletecerita ni mmg �� xjemu2 tgk
ReplyDeleteWak tak berapa gheti personafikasi sastera ni
ReplyDeletePantun dilagukan kan Kak PI.
ReplyDeleteabe kie cuma reti nyanyi lagu ni je. x reti nak menyelami sisi sastera dlm ni..huhuhuhu
ReplyDeleteNice sharing :)
ReplyDeletefilem yang saya takut betul nak tengok masa kecik dulu :)
ReplyDeletewak x penah tgk lg filem sumpah org minyak nih..
ReplyDelete