ASSALAMUALAIKUM
MENUKANG PANTUN
Puisi pantun sudah diiktiraf UNESCO 2020 sebagai puisi tradisi rumpun Melayu nusantara. Sebutan ‘tun’ menjadi sebutan yang digunakan rumpun Melayu nusantara dalam pelbagai maksud. Menurut Liew Yook Fang (2011.556) yang dipetik daripada buku PUISI dan Pemuisi tulisan Tabir Alam terbitan SPTA 2019; pantun berasal dari kata akar ‘tun’. Puisi pantun berasal dari daerah kepulauan Melayu dialek Minangkabau yang menyebut patuntun atau pantun dituntun. mana memang agak sukar kerana ianya sudah lama diwarisi Melayu nusantara yang menggunakannya sebagai wadah bahasa menyampaikan suatu maksud dengan lunak.
Menulis puisi pantun
terikat dengan rima a b a b.
Contoh;
Bertukar madah kata
diperi,
kalau bersua usah
terleka;
sutera indah busana
seri,
belacu jua pembalut
luka,
Boleh juga ditulis
rima akhirnya a a a a seperti syair asalkan sampiran dan maksudnya berbeza.
Jika penguasaan
perbendaharan kata tahap terbanyak tentu terbaik membina pantun rima sempurna
keseluruhannya.
Terserlah warna
berseri batik,
galau disidai berhabuk
tebal;
apalah guna isteri cantik,
kalau tak pandai
menumbuk sambal.
Rima rawak iaitu alunan
bunyi perkataan yang agak senada juga boleh digunakan. Pengejaan setiap kata
dalam pantun mestilah tepat dan tanda bacaannya mengikut format yang
ditetapkan.
Sukukata pantun
bilangannya 9. 10, 11, 12. Dan di dalam pantun klasik ada yang tidak selari
jumlah sukukatanya. Sepatutnya sukukata sampiran dan maksud sama jumlahnya.
Tapi bukanlah menjadi soal asalkan pantunnya indah dan mengutarakan maksud
pantun tersebut seperti pantun klasik;
Pulau Pandan jauh ke
tengah,
Gunung Daik bercabang
tiga;
hancur badan dikandung
tanah,
budi yang baik
dikenang juga.
Menukil puisi tradisi pantun dll tidak
digalakkan menggunakan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang disesuaikan.
Dan tidak semata tertakluk dengan ejaan yang tidak sekata untuk dipilih sebagai
rima tapi bunyi sebutannya.
Pelbagai tema pantun
boleh dipilih mengikut tema dan jenisnya mengikut sukukata yang tersendiri.
Jikalau pantun
kanak-kanak bertemakan nasihat atau
jenaka seperti contoh;
Anak rusa nani,
baru kembang ekor;
apa dosa kami,
lalu tidak tegur.
Jeling-jeling paku,
paku masak lemak,
sapa jeling aku
aku cakap emak.
Pantun klasik tersebut
dibina 4 baris serangkap dengan 6 sukukata. Rima akhir dan tengah a b a b.
Pantun biasa 4 baris
serangkap dengan rima tengah dan akhir a b a b sering ditentukan temanya pada
slot berpantun @ radio Klasik seprtti contoh;
Pergi Kimanis hala ke hulu,
daerah laha mencari rempah;
tersenyum manis ikhlas selalu,
rajin usaha rezki melimpah.
Pelbagai tema pantun seperti, perbidalan, peribahasa, nasihat,
kasih sayang dll boleh dikarang dalam genre pantun ini.
ha... ni tengah nak tolong anak darjah 6 mengarang pantun sejarah ni... mak yang over meng'google'
ReplyDeleteTeringat serangkap pantun:
ReplyDeleteHendak daun diberi daun,
Dalam daun ada bidara,
Hendak pantun diberi pantun,
Dalam pantun ada bicara.
Teringat masa belajar mengarang pantun kat sekolah rendah dulu
ReplyDeletePantun dulu-dulu simple je tapi sedap didengar sampai sekarang macam pantun pisang emas tu
ReplyDelete