ASSALAMUALAIKUM
PANTUN GURINDAM JIWA
Lagu Gurindam Jiwa, liriknya ditulis oleh Almarhum Hamzah
Hussien dan lagunya dicipta oleh Almarhum Pak Wandly Yazid. Senikatanya indah
mendayu dan jalan cerita filemnya dilakonkan oleh Seniman Nordin Ahmad dan
Seniwati Latifah Omar yang memegang watak utama sebagai Dahlan dan Dahlia. Filem
yang mengisahkan tentang seorang pujangga iaitu Dahlan yang gemar mengarang
pantun dan gurindam di desanya menempuh cabaran hidup sebagai pujangga di dalam
istana setelah bakatnya disenangi sultan. Dahlan terpaksa meninggalkan Dahlia
isterinya di kampung demi tugasnya sebagai Pujangga Diraja. Dan kisah berakhir
dengan tragedy pilu Dahlia yang cuba membunuh diri lantaran sangat kecewa
kerana suaminya telah berkahwin lagi dengan anak bendahara.
Gurindam jiwa sangat istimewa kerana separuh dari dialognya
adalah berupa pantun yang menjadi akar sendi filem ini. Menerusi rangkaian
pantun yg dimuatkan dalam filem ini, ia mencerminkan masyarakat Melayu kita yang
kaya dengan susun kata bahasa yang tinggi nilainya dipenuhi dengan kata kias
dan kata makna dalam setiap bait pantun,
Lagu
Gurindam Jiwa yang menjadi tajuk filem Gurindam Jiwa arahan M.Amin 1965 senikatanya
mengandungi lima rangkap pantun nyanyian
biduan R,.Ismail dan biduanita
Rafeah Buang.
Rangkap 1
Tuai padi antara masak
esok jangan layu layuan;
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan
Rangkap 2
Anak cina memasang lukah,
lukah dipasang di Tanjung Jati;
di dalam hati tidak ku lupa,
bagaikan rambut bersimpul mati.
Rangkap
3
Batang selasih permainan budak,
daun sehelai di makan kuda;
bercerai kasih bertalak tidak,
seribu tahun kembali juga.
Rangkap 4
Burung merpati terbang seribu,
hinggap seekor di tengah laman;
hendak mati di hujung kuku,
hendak berkubur di tapak tangan.
Rangkap 5
Kalau tuan mudik ke hulu,
carikan saya bunga kemboja;
kalau Tuan mati dahulu,
nantikan saya di pintu syurga.
Sedikit huraian tentag rangkap satu;
Rangkap 1
Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan;
intai kami antara nampak,
esok jangan rindu-rinduan
Sampiran baris satu dan dua rima a b a b untuk
digandingkan dengan maksud pada baris tiga dan empat mempunyai ciri kadensa
yang bersesuaian dengan sembilan
sukukata setiap baris . Sampiran pantun menggunakan unsur alam yang
harmoni sinonim dengan suasana latar filem tersebut. Dan maksud pantun sebagai
stanza pembuka yang puitis untuk menyatakan kesinambungan maksud pantun dalam
lagu GURINDAM JIWA sehingga akhir lagu.
Nordin Ahmad ... Aktor kegemaran dulu hingga kini...
ReplyDeletenostalgia :)
ReplyDeleteMengimbau kenangan masa dulu Kan kak PI..
ReplyDeleteTeringat dulu masa sekolah , kelas Bahasa melayu cikgu suruh bergurindam.. saya lah seorg yg kena bergurindam..😁
PC sangat suka dengan bait-baitnya.
ReplyDeleteaktor yang kacak ;)
ReplyDeleteLagu klasik sepanjang zaman
ReplyDeletelagu ni malar segar. sedih weh tgok filem ni. lakonan mantap arwah nordin ahmad n latifah omar...
ReplyDelete