Saturday 9 January 2021

BANJIR

 ASSALAMUALAIKUM


YDPA SULTAN ABDULLAH MEREDAH BANJIR MELAWAT 
MANGSA TERLIBAT BANJIR DI PAHANG PIC YOP PAHANG (C)


BANJIR

 

Tahun 70 tercatat banjir besar melanda negara, tika itu aku tinggal bersama tok dan tokwan di Kedah. Aku tidak tahu sangat kisahnya. Cuma aku teringat bersama kawan baikku Niah mengharung air yang melimpahi tebing sungai sambil menjinjing kasut sekolah yang diisi ke dalam plastik menuju ke sekolah. Bukan main bersemangat hendak menuntut ilmu di sekolah walau terpaksa meredah banjir. Tinggi airnya separas betis juga.

Tahun 77 aku berpeluang mengikuti kursus penulisan DPMP di Temerloh. Aku bertanya pada seorang kawan sekursus pengalamannya menghadapii banjir ketika itu. Katanya dia dan keluarganya termasuk ayam, itik, kucing, kambing peliharaan terpaksa berada di atas bumbung rumah sehingga air surut.  Mengerikan sungguh memandang segala tilam dan kelengkapan rumah hanyut semua.

Setelah berkahwin aku tinggal di sebuah rumah felda UJ, Pahang berhampiran sungai kecil. Berpuluh  tahun di sini tidak pernah rumah yang dihuni dinaiki air kerana banjir. Mulai 2004 tahun tragedy tsunami bermula kejadian terpaksa hadapi banjir kilat setiap kali hujan turun dengan lebat. Letih sungguh terpaksa mencuci rumah yang dipenuhi selut bawaan air banjir. Lantaran itu jiran-jiranku menambak tanah untuk meninggikan rumah masing-masing. Aku  cuma merancang. Belum sempat melaksanakannya aku terjatuh patah dan tidak mampu berjalan lagi. Hasrat tidak kesampaian.

Rumah yang sering dilanda banjir kilat terpaksa ditinggalkan kerana tiada siapa yang mampu menguruskannya lantaran semua anak-anakku bermukim di Selangor membawa aku bersama mereka.

Kadangkala balik juga menjengok rumah untuk mengemas dan membersihkan kawasan persekitaran. 2020 sebab covid 19 dan pelbagai peraturan PKP, PKPP, PKPD,  tak merasa hendak balik kampung lagi. Hanya berharap rumah yang ditinggalkan elok-elok. Dan banjir kilat tidak menerjah kerana sungai kecil di belakang rumah telah diperdalamkan pihak pengurusan kampung felda.

Tapi berita via wassapp yang dikirim jiranku mengejutkan juga. Masing-masing kelihatan berada di atas katil yang dipenuhi air segenap ruang rumahnya. Masih juga banjir menerjah masuk walau rumah itu dibina agak tinggi untuk mengelak banjir.

Dalam doaku semoga saudara-saudaraku yang terlibat banjir di mana sahaja selamat semuanya dan sentiasa berhati-hati menjaga keselamatan dan kesihatan diri. Tabah hadapi ujian-Nya pelbagai sudut.


8 comments:

  1. Waalaikumussalam. diharapkan semua mangsa banjir bersabar menerima ujian ni T_T

    ReplyDelete
  2. Moga mangsa banjir terus kuat semangat. Dan kita terus mendoakan mereka.

    ReplyDelete
  3. banyak juga yang terkorban akibat banjir ni..semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  4. semoga mangsa banjir dipermudahkan.. risau kes covid meningkat terutama negeri alami banjir

    ReplyDelete
  5. semoga mereka yang terlibat dengan banjir ni dilindungiNYA.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikulnya

    ReplyDelete
  6. Memang kesian mangsa banjir. Nak mengemas satu hal lagi. Jom lah kita bantu semampu kita

    ReplyDelete
  7. moga banjir ni surut dan semua selamat... kesian tgk mangsa2 banjir ni:(

    ReplyDelete
  8. tengok keadaan semakin surut dan mudah2an mudah urusan buat semua mangsa banjir..
    nak pergi tlg tak boleh.. kirim doa saja buat mereka..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist