Monday 9 November 2020

TAFSIR SURAH 96: AL’ ALAQ (SEGUMPAL DARAH)

 ASSALAMUALAIKUM



PERKONGSIAN ILMU: TAFSIR SURAH 96: AL’ ALAQ (SEGUMPAL DARAH)
MUKA SURAT 597 (19 AYAT)
PENGENALAN: Surah ini merupakan surah yang pertama turun. Ayat 1 hingga 5: Merupakan ayat Quran yang mula-mula turun. Allah SWT mengajar manusia supaya beritahu tentang Tauhid, melalui maklumat wahyu Quran. Allah SWT mengajar, supaya manusia membaca sesuatu tentang Allah, daripada Allah. Apabila dibaca sesuatu tentang Allah daripada Allah, inilah asas pembinaan taqwa dan iman.
Ayat 1: Allah SWT meminta Nabi Muhammad saw supaya membaca Quran. Makna Iqra yang asal ialah membaca tanpa merujuk tulisan (hafalan) kerana baginda tidak tahu membaca dan menulis. Mudahnya agama Islam, boleh membaca hanya dengan mendengar boleh masuk syurga. Itulah kelebihan umat akhir zaman. Satu tamparan
hebat
kepada orang-orang Yahudi (Israel) dan Nasoro (Kristian). Dalam agama mereka hanya yang boleh baca kitab sahaja boleh masuk syurga.
Allah SWT beritahu dalam ayat ini, semua makhluk DIA penciptanya. Kitab berada di LOH MAHFUZ. Diturunkan ke dunia melalui wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibril. Kemudian dijadikan kitab Quran. Bacalah Quran dan minta tolong dan bantuan kepada Allah SWT.
Ayat 2: Allah SWT mencipta manusia asal daripada tanah (Nabi Adam) dan asal daripada segumpal darah. Sperma bercantum dengan telur wanita, terbentuk zygote melekat di dinding rahim. Zaman itu belum ada kajian sains. Bukti Quran daripada Allah SWT. Allah SWT nak beritahu DIA berkuasa menjadikan manusia, mematikan dan menghidupkan semula.
Ayat 3: Allah SWT Yang Maha Mulia dan Maha Pemurah. Allah SWT mengajar manusia rahsia kalam iaitu tulisan. Kalam tanpa suara boleh menjadikan seseorang menangis, tak boleh tidur kerana berfikir tentang tulisan yang dibaca.
Nabi Muhammad saw hanya mendengar sahaja wahyu tanpa kalam. Baginda membaca daripada hafalan atau ingatan untuk sampaikan akidah dengan menyebut sifat-sifat Allah SWT.
Ayat 4: Allah SWT mempunyai kesempurnaan. Allah beri kesempurnaan kepada manusia. Manusia boleh membaca dengan kalam atau tanpa kalam. Tidak boleh membaca, tidak boleh menulis tiada masalah. Yang penting taat kepada Allah SWT.
Kalam makhluk pertama Allah SWT cipta. Menyampaikan ilmu perlukan kalam. Penting nya menulis ilmu untuk disampaikan kepada orang lain.
Ayat 5: Ilmu Wahyu daripada Allah SWT. Manusia tidak tahu. Allah SWT sampaikan wahyu tanpa kalam. Disampaikan melalui rasul-rasul dengan perantaraan Jibril, kecuali Nabi Musa as. Dengan Ilmu wahyu Allah SWT angkat darjat manusia.
Ayat 6: Tetapi manusia tidak begitu. Manusia ingkar kerana merasa cukup. Manusia kafir adalah melampaui batas.
Ayat 7: Mereka berasa dirinya serba cukup dan tidak perlu kepada al Quran. Tanpa mendekatkan diri dengan Quran, pastinya tidak dapat mengenal Allah SWT. Itulah perlu belajar tafsir untuk mengenal Allah SWT.
Ayat 8: Ancaman ukhrawi (akhirat). Mengingatkan manusia, mereka semua akan kembali kepada Allah SWT. Allah akan nilai kita dengan neraca Quran. Allah mengetahui semua perbuatan kita.
Ayat 9: Zajrun (celaan) kepada yang ingkar. Masyarakat Mekah sangat sayang kepada Nabi Muhammad saw sebelum baginda menjadi rasul. Baginda digelar al Amin (yang dipercayai). Apabila baginda menjadi rasul, bacakan wahyu dan mengajar Islam, ditentang habis-habisan. Contoh Abu Jahal sombong dan degil. Tak terima Nabi Muhammad saw sebagai rasul.
Ayat 10: Sikap buruk Abu Jahal menghalang Nabi Muhammad saw solat di depan Kaabah. Beliau berani buat begitu kerana tidak takut dan tidak percaya kebangkitan semula. Sombong dan angkuh kerana kedudukannya tinggi dalam masyarakat.
Ayat 11: Merujuk kepada Nabi Muhammad saw. Baginda betul-betul berada di jalan hidayah.
Ayat 12: Rasulullah saw mengajak orang lain kepada jalan takwa. Tetapi dihalang.
Ayat 13: Orang yang menghalang akidahnya tidak betul. Sikap Abu Jahal mendustakan Nabi Muhammad saw. Berpaling daripada baginda.
Ayat 14: Allah SWT memperkatakan tentang kebodohan Abu Jahal dan orang-orang seperti dia. Soalan daripada Allah SWT, bukankah Abu Jahal dan Musyrikin Mekah kenal Allah yang mencipta alam ini? Mereka tahu, tetapi kerana sombong menolak wahyu. Digelar Abu Jahal yang bermakna Bapa Kebodohan (Jahil agama). Gelaran asal Abdul Hakam (yang bijaksana). Allah SWT hinakan kerana menentang Nabi Muhammad saw. Beliau mati dalam perang Badar.
Ayat 15: Ancaman Uhkrawi (akhirat) kepada penderhaka. Allah SWT pujuk Nabi Muhammad saw supaya jangan takut. Allah beri semangat kepada baginda. Abu Jahal akan diazab, dengan disentap ubun-ubunnya.
Ayat 16: Gambaran balasan kepada penderhaka, ditarik ubun-ubunnya. Iaitu orang yang mendustakan al Quran dan derhaka kerana sombong dan degil. Dalam hati Abu Jahal mengakui kebenaran al Quran, tetapi dia sombong.
Ayat 17: Cabaran daripada Allah SWT kepada Abu Jahal. Beliau rasa
hebat
, ada penyokong- penyokong. Allah cabar panggillah penyokong- penyokong kamu. Kamu nampak Nabi Muhammad saw lemah dan keseorangan. Ingat Allah SWT bersama baginda.
Ayat 18: Allah SWT beri peringatan . Allah panggil Malaikat Zabaniah, malaikat-malaikat pengawal neraka. Hadis sahih – Abu Jahal hendak ganggu Nabi Muhammad saw solat di Kaabah, dia nampak bala tentera yang menghalang.
Ayat 19: Dorongan kepada Nabi Muhammad saw untuk terus istiqamah. Jangan hirau orang-orang yang seperti Abu Jahal. Jangan takut kepada mereka. Jangan taat kepada mereka. Sebaliknya hendaklah sujud kepada Allah SWT. Dekatkan diri kepada Allah dengan taat dan beramal soleh. Beramal soleh bermaksud, amalan yang mengikut syariat daripada Quran dan hadis sahih.
PENUTUP: Surah ini dimulai dengan membaca (belajar) dan di akhir surah sujud kepada Allah SWT.

9 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist