Tuesday, 22 September 2020

ANI

 



ASSALAMUALAIKUM

 

Sudah beberapa hari aku tidak memegang hp cokiaku lantaran kesibukan berkarya pelbagai genre. Sekali tergerak hati hendak membuka grup whatsapp sekolahku. Sahabatku Hjh Fadzilah pos status mengatakan ani Kg.Marhom Pekan telah meninggal dunia. Aku keliru. Ani yang mana satu ni? Aku harap dan mendoakan bukan Ani sahabatku yang dimaksudkan. Sebab aku nampak status Ani menggunakan nama honey tertera di bawahnya. Mungkin Ani yang lain. Tiba-tiba gambar Ani yang dihantar Fadzilah mengesahkannya. Berderai air mataku mengurai kesedihan. Kau sudah pergi meninggalkan suami, anak-anakmu dan semua yang kau sayangi Ani. Telah mendahuluiku ke sisi-Nya semasa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan masalah kesihatanmu, lancarnya perjalanamu dalam hosnulkhatimah menemui-Nya.. Subhanallah. Aku mendoakan kebahgianmu di sana dalam lindungan rahmat-Nya berada di kalangan para solehin kekasih-Nya. Amiin.

Ani atau Rohani Awang sahabat sekelasku di SMART Kuantan. Beliau sangat rapat denganku dan sering menolong mengepos surat-surat kirimanku kepada sesiapa saja. Kerana Ani tinggal di kampong berhampiran sekolah, amat mudah baginya melakukan itu berbanding aku yang duduk di asrama.

Habis sekolah kami semua berpisah membawa nasib masing-masing. Setelah 40 tahun baru bertemu semula. Itupun via media social fb. Ani berhajat menemuiku dan meminta alamatku. Tapi tidakku beri. Segan pula rasanya hendak bertemu Ani yang kini seorang peniagawati berjaya tahap korporat. Sedang aku siapalah. Hanya seorang OKU. Sekali Ani inbox masengger bahawa dia sudah berada di depan rumah anakku.

Rupanya dia berusaha mendapatlan alamatku daripada Jamilah sahabatku yang pernah menemuiku, pertemuan yang menzahirkan air mata kesedihan. Setelah bertemu berpisah pula.  Kehilanganmu  menjuraikan kesedihanku lagi. Insyaa-Allah langkahmu yang mendahului akanku susuli jua.

10 comments:

  1. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. Salam takziah kak PI di atas pemergian seorg sahabat, in shaa Allah kita semua bakal menyusul...

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar.Sebak.Al Fatihah untuk sahabat kak PI.

    ReplyDelete
  4. salam takziah
    Alfatihah (dibaca)

    ReplyDelete
  5. Salam takziah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin..

    ReplyDelete
  6. innalillah..moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..at least hasrat arwah nak berjumpa tercapai..

    ReplyDelete
  7. Salam Takziah utk familynya :( sedihnyaaaa

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah (dibaca)
    Salam Takziah ye kak..huhuhu :(

    ReplyDelete
  9. Salam takziah kak PI, sedih entry ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt T_T

    ReplyDelete
  10. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

    " Allahummaghfirlaha warhamha wa'fiha wa'fu'anha"

    Takziah diucapkan buat ahli keluarga.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist