ASSALAMUALAIKUM
KARYA SAHABAT PENULIS WAHIDAH AHMAD INI DISIARKAN DALAM SLOT ADILA RADIO KLASIK..KISAH PENGALAMAN PERIH HIDUPNYA SUATU KETIKA DULU..SEMOGA DAPAT DIJADIKAN TELADAN KEPADA KITA MENEMPUHI CABARAN HIDUP.
Wahidah Ahmad
DI SEBALIK HIKMAH.
Aku hidup dalam serba kekurangan.Ibuku
pergi menghadap ilahi ketika aku berusia 14 tahun. Tinggallah aku dengan bapaku
dan kakakku. Hidup kami ketika itu bagaikan hilang pedoman..Kami bertiga
sentiasa menangis apabila terkenang ibu yang telah pergi meninggalkan kami.
Bapaku
pula diserang stroke membuatnya tidak boleh berjalan untuk beberapa
bulan. Dia juga sering meratapi kepergian ibuku sambil berkata"mengapa
ibumu pergi begitu cepat sekali"?Aku sedih dan menangis mendengarnya.
Kehidupan kami ketika itu sungguh susah,kerana sumber pendapatan tiada
disebabkan bapaku sakit.
Bapaku
merupakan seorang nelayan, Setelah bapaku sakit, kakakku terpaksa bekerja
kampung untuk menampung pebelanjaan kami. Di samping itu sesekali abang-abangku menghulurkan sedikit bantuan kepada kami. Aku
pula hanya sempat bersekolah sehingga tingkatan tiga sahaja. Itu pun tak
habis..kerana tidak mampu membayar tambang bas sekolah.Aku tidak dibenarkan
menaiki bas sekolah oleh pengusahanya.
Maka aku pun terus tidak ke sekolah. Kukatakan pada sahabatku,bahawa aku
terpaksa menjaga bapaku yang diserang stroke.
Memang
bapaku perlukan penjagaan rapi. Sebab
bapaku tidak boleh berjalan,dan semua keperluannya diuruskan aku.Sedari
mandi,makan pakai hingga ke tandas perlukan bantuanku. Aku menangis lagi kala
bapaku pula dijemput Ilahi.
Tinggallah aku kini bersama kakakku
Perjalanan
hidupku berubah lagi setelah bapaku tiada, Aku sering diambil oleh abang-abangku
bersilih ganti untuk tinggal bersama mereka. Aku suka
kalau abang Ngah datang mengambilku
kerana isterinya baik.Begitulah aku ke sana sini bagaikan bola mengharap
simpati abang-abang dan kakak-kakakku.Seorang kakakku mengajakku tinggal
bersamanya di Masai kerana disuruh membantunya ketika itu dalam pantang anak
kedua..Masa tu umurku menjangkau 18 tahun.Disebelah rumah sewa kakakku ada
beberapa orang pemuda juga menyewa disitu.
Salah
seorangnya meminang gadis jirannya di
kampungnya tetapi ditolak ibu gadis itu. Sekembalinya ke Masai,dia terpandang aku,lalu berjumpa kakakku
menyatakan hasratnya untuk meminangku.Tanpa memberitahuku kakakku menerimanya. Setelah diterimanya baru dikabarkan
padaku. Enam bulan kemudian majlis pernikahanku berlangsung.
Bermulalah
kehidupan baruku bergelar isteri. Aku dibawa suamiku ke kampungnya di Sagil, berjumpa dengan adik-beradik dan
saudara-maranya yang tidak pernah aku temui, Mereka dapat menerimaku seadanya. Suamiku
meninggalkan aku di kampungnya dan pulang berkerja di Pasir Gudang.sementara
mencari rumah sewa untuk kami di sana. Dia
hanya pulang pada cuti hujung
minggu.Tinggalah aku bersama keluarga
baruku itu.
Bermula cerita ketika sibuk bersiap nak sambut raya,
bapa mentuaku menyembelih ayam. Emak mentuaku menyuruh aku membuang bulunya
setelah merendam ayam itu dalam air panas.. Aku ni memang tak makan ayam, daging kecuali
ikan..Ikan pun pilih-pilih juga. Udang pun aku tak makan.
Aku tak pernah pegang ayam yang ada bulu.,Aku geli dan takut sangat.
"Mak!
saya geli sebelum ni arwah mak saya tak pernah suruh saya buat semua tu.sebab
dia tahu saya geli,”kataku berterus-terang.
Terperanjat aku mendengar jawapan
mertuaku
"
Kalau aku tahu tak nak aku meminang! semua tak reti!bentaknya padaku,
Bagaikan bom meledak didadaku. Aku
teramat sedih dikata begitu oleh emak mentuaku
Aku
lari ke tepi rumah dan menangis semahunya. Wajah arwah ibu terbayang di mataku.
Tanpa kusedari rupanya bapa mertuaku melihat kejadian itu.
"
Kenapa dgn kau Idah!?kenapa menangis ni?"
"
Saya sakit gigi pak!” kataku perlahan
sambil mengesat air mataku.
“.Oh!
kata bapa mentuaku, Dia menyuruhku masuk
ke dalam rumah. Lama kemudian dia muncul semula. Rupa-rupanya dibelikannya aku
ubat sakit gigi popular cap tengkorak lalu dihulurkan bersama segelas air
padaku,
"Nah
ubat sakit gigi bapak beli tadi. Makanlah nanti baiklah tu,” bapa mentuaku bersuara
lembut. Terpaksa juga kutelan pil itu sambil
dalam hati berkata, " aku bukan sakit gigi,tapi aku sakit hatilah bapak!
Hatiku berkata, " nanti lah aku akan tunjukkan
yang aku ni bukan seperti apa dikatakan emak mentuaku itu..
Mula saat itu aku
berazam, berubah memperbaiki kemampuan diri.. Ketika aku tinggal di Selayang Permai,
Batu Cave aku bergaul dengan jiran tetangga dan sertai rewang tiap kali kenduri
kawin..Sambil itu aku mempelajari pelbagai jenis masakan. Justeru aku
rajin bertanya banyaklah ilmu yang aku dapat dari mereka
semua disamping buku-buku resepi yang dibeli.
Aku
juga pergi belajar menjahit di sekolah jahitan di pekan Selayang.sehingga aku
dapat menjahit baju anak-anakku pelbagai fesyen dan ambil upah menjahit baju. Tiap
kali balik kampung di Sagil kupakaikan anak-anakku baju kujahit sendiri.
Dan aku cuba masak resepi yang dipelajari daripada kawan-kawanku di Selayang Permai.
"Pandai
idah masak… bapak suka… sedap…mak kau tak pandai masak macam ni.” Kata bapa
mentuaku.Wahh! gembira tidak terkata hatiku saat itu, membuat aku bertambah
bersemangat untuk masak lagi.Tiap kali raya aku akan sediakan sate babat resepi
turun temurun keluargaku sebagai hidangan buat bapa mertuaku kerana dia memang
gemar makanan tu.manakala ibu mertuaku masak lauk yang disukainya. Aku kalau
raya cuma makan ketupat dengan sambal kacang saja.
Setelah
lama dalam keluarga suamiku baru kutahu rupa-rupanya
emak mentuaku ada pilihannya iaitu gadis belakang rumahnya untuk dijadikan
menantu,tapi bapa mentuaku tidak mahu,.patutlah
apa ku buat semua tak kena di mata emak mentuaku.
Berkat
kesabaranku akhirnya mentuaku sayang padaku, Pada jiran-jirannya emak mentuaku menceritakan bahawa
aku ini pandai memasak, pandai menjahit. Apatah lagi pabila dia tahu aku
berniaga menjual pelbagai makanan di pasar tani,waktu tu aku dah berpindah ke
Kertih Terengganu kerana suamiku ditukarkan kesana.katanya dengan
bersemangat.aku hanya tersenyum melihat gelagatnya.
Tapi
dalam bergurau kukatakana padanya " saya mana pandai masak, mak kan kata
menyesal meminang saya dulu" kataku sambil ketawa.
"Ala!! Mak minta maaf ya!”
ujarnya sambil menepuk-nepuk pehaku.
Kini kedua duanya telah tiada, Buat
Arwah ibu mertua terima kasih kerana maklah saya tahu segalanya kini. Itulah hikmah
yang tersirat dalam kata-kata mak itu Allah telah tunjukkan pada saya.
Semoga
Allah mencucuri rahmat keatas roh kedua ibubapaku dan roh kedua ibu dan bapa
mertuaku.Al fatehah.Aamiin.
Wahidah hj Ahmad
Segamat,johor
setiap kesabaran tu ada ganjarannya...
ReplyDeletecerita menarik biarpun jalan cerita yang mudah..
ReplyDeleteapa pengajarannya yakni bersabar
Alhamdulillah nerkat kesabaran dan isaha utk meningkatkan kemampuan diri akhirnya berjaya memenangi hati mertua
ReplyDeleteWah..cerita yg menarik juga ni, konflik menantu dan mertua..adalah sikit macam yg saya alami..
ReplyDeletesedihnya kisah dia ye kak, tapi iyalah dia seoarang wanita, isteri yang kuat dan tabah... tak cepat putus asa berusaha juga untuk memenangi hati kedua mertuanya...
ReplyDeleteKisah yang baik untuk dikongsi-kongsikan :)
ReplyDeleteSelalu jadi kes macam ni kalau lepas kahwin tinggal bersama mertua kan
ReplyDelete