ASSALAMUALAIKUM
Teringat dulu-dulu rupanya
PI ini boleh membawa motor ke ofis dengan ditemani suami dan berjalan ke mana
sahaja. Biasanya kalau bawa motor suami mesti duduk di belakang. PI sebenarnya
bukan berani dan reti nak bawa motor. Tapi suami yang menguatkan semangat PI
untuk mencuba. Akhirnya pandai juga. Bolehlah PI meronda keliling kampong felda selamba saja tanpa lessen dan topi
keledar heh..heh..
Berani sungguh mengabaikan
keselematan diri kan. Setelah ekonomi hidup semakin stabil, suami membeli
sebuah kereta kecil...hati menggelitik pula nak cuba memandu kereta. Suami tidak
ada masa nak ajar PI memandu sebab sibuk dengan urus niaganya. Jadi PI pun daftar masuk kelas memandu. Setelah itu
ambil pula ujian bertulis kat JPJ. Kali pertama tak lulus sebab tak sempat nak
ulangkaji. Sibuk duk belek buku letrik terputus pulak.
Suasana gelap menggelapkan
pemikiran juga. Tawakal saja jawab soalan. Hasilnya terlepas dua mata untuk
lulus. Terpaksa ambil ujian sekali lagi. Nasib baik lulus cukup makan. Dan bolehlah
memegang stereng memandu kereta dengan instructor sekolah memandu berada
disebelah. Beberapa kali juga nak terbabas masuk longkang heh..heh.. mujur
instructor cepat menekan hand brake.
Selesai berapa sesi belajar
memandu dan dihentikan dahulu kerana tika itu PI sedang sarat hamil anak keempat. Berani
sungguh kan ketika hamil belajar memandu! Tibalah masanya bersalin pula
melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Usai berpantang selama 50 hari suami
mengajak ke KL ziarahi kakaknya, kereta kecil kami dilanggar lori ayam. Alhamdulillah
suami dan anak-anak selamat. Dan tiada lagi cerita belajar memandu kereta
bersambung kerana itu.
haha sama, i pun ambik ujian memandu dua kali jgk.. salah satu mata ja pon hmmm
ReplyDeleteTKSH ATIE BIASALA TU JANJI LULUS HEH..HEH..
DeleteSekarang menjadi kenangan yang manis untuk dikenang kan kak.
ReplyDeleteTKSH PC SEBENARNYA KAK DH LUPA BARU SAJA MELINTAS LALU
Deletesyukur tiada apa jadi waktu bercium dengan laori ayam kak
ReplyDeletekereta tu hancur syaz n kak koma sebulan n 3 tahun paralised..tksh syaz
DeleteSemuanya dah tinggal kenangan
ReplyDeleteTKSH WP YA HANYA TINGGAL KENANGAN
DeleteSeronoknya kalau dapat drive sendiri...
ReplyDeleteTKSH EYMA YA KAK DPT JUGA MERASA MEMANDU KERETA HEH..HEH.
Deletedah jadi kenangan dah :)
ReplyDeleteTKSH AYU JU YA HANYA KENANGAN
Deletehahaha sy amik 2 kali gak. failed ats jln. nervous agk nya
ReplyDelete