Wednesday, 30 September 2020

KKM

 ASSALAMUALAIKUM

PIC GOOGLE IMAGES (C)


KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

K-awal maslahat rakyat jelata

E-lak ancaman mudarat sihat

M-erawat sakit selagi boleh

E-mpati akan nasib pesakit

N-yahkan derita rasa

T-empuh cabaran melintang lalu

E-rat ukhuwah dijalin mesra

R-amah sekali lunak bicara

I-ngin terbaik santun pesakit

A-gar segera sihat sejahtera

N-amun berserah kehendak Allah

 

K-es jangkitan corona virus

E-ndah peduli diambil berat

S-anggup hadapi apa akibat

I-mpikan wabak berhujung pantas

H-adir semula normal dahulu

A-man harmoni menolak ragu

T-etap pilihan sayangi nyawa

A-mbillah langkah tegas kendiri

N-escaya akan putus rantaian

 

M-asih ketara tidak peduli

A-njuran KKM cegah berapat

L-alu terjadi apa diduga

A-kibatnya virus merajalela

Y-ang pasti akan berpusu dapatkan rawatan

S- abar KKM tangani masalah

I-nsaf memandang beratnya beban

A-ndai tersilap akan perhitungan

 

PARIDAH ISHAK

DMS

30/9/020


9 comments:

  1. besar pahala mereka ni kalau benar2 ikhlas kan :)

    ReplyDelete
  2. Baru rasa nak tarik nafas lega.Nampaknya kena ajak anak3 berkuung semula la nampak nya. no more jalan2 hujung minggu .

    ReplyDelete
  3. moga warga KKM sentiasa dalam lindunganNya

    ReplyDelete
  4. moga moga diorg boleh rehat soon.... kan .. kesian diorg

    ReplyDelete
  5. Semoga COVID berllau secepat mungkin & frontliner dapat bekerja dalam keadaan tidak tertekan..

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam. Moga baik-baik saja di saat covid sedang mengganas semula. Tabik buat frontliners.

    ReplyDelete
  7. Covid dah naik balik. Kasihan frontliner and rakyat yang terjejas pendapatan

    ReplyDelete
  8. ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
    dapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
    segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist