Friday 11 September 2020

ADA ADA SAJA

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA


 


ULASAN BUKU

Genre : Cerita Pendek

Penyelenggara :

Tabir Alam

Penulis : 33

Penerbit : SPTA

Nombor ISBN : 978-967-17978-4-6( Sastera Kehidupan)

Bilangan mukasurat : 116

Pengulas : Paridah Ishak

 

CERTOT ADA ADA SAJA

 

“CERTOT” ialah akronim kepada cerita kontot atau tersangat pendek. Lebih oendek dari anekdot dan cerpen.tetapi ceritanya padat dan ringkas. Istilah anekdot dan cerpen sudah lama digunakan dalam sastera persuratan,  Mantan menteri pendidikan Dr. Maszlee Malek telah mengenalkan istilah ini kepada umum dalam acara sayembara penulisan certot sempena meraikan Hari Kebangsaan Malaysia ke 62 pada 2019. Seramai 33 penulis bergabung karya yang menarik kesemuanya dalam antologi certot ini sebagai santapan minda. Antara pengkarya terlibat ialah seperti yang tersenarai;.

TabirAlam,  Masdarina Mohd Ani,  Yahti Hayati, Seti Zaleha, Syidah Ida,  Faridah Idarasul, Amatara,  Oui Bin Sal,  Issey Miyaki, Russ Asan, Faiziah Shamsudin, Nohan Norehan,  Paridah Ishak, Raonah Mohd Sam, Sujata Wee, Bayu Pagi, Suzana Jumadil,  Has Yusoff, Sari Pangkor, Masriyah Misni, Rozeline Vitalis, Onn Abdullah, Aloy Indra Jokina, Qurniaan Jiwa, N Aini Adnan,  Abdul Aziz, Asni Annuar, Rafael Maribin, Kim diwa,   Idah Die, Masria Maria, Noorlaila Ghafar danZuraida Dewi.

Setiap penulis memilih tiga tajuk certot untuk dikongsi ceritanya. Kebanyakannya memaparkan artikel pengalaman hidup yang pernah dilalui atau semata  olahan karya daripada perspektif peribadi.

Kandungan certot ADA ADA SAJA membacanya membuat kita tersenyum, ketawa terguling-guling dan berfikir jauh.

Paling tergelak baca kisah sifu yang takutkan lipas heh..heh. dan karya cikgu Kim Diwa’s yang terminum kopi masin kerana suaminya ingin menipu semut dengan meletakkan label garam di balang  gula. Jikalau nak tahu semua kejadiannya kenalah baca semua certot karya penulis-penulis mapan dan prolifik inidengan memilikinya.

Caranya mudah saja. Jangan segan-segan hubungi penerbitnya sifu Tabir Alam


10 comments:

  1. Wah bestnya, saya suka cerita2 pendek ni, tak stress nak habiskan.

    ReplyDelete
  2. Certot ni biasanya santai tapi padat dan mewah isi yang tidak sia-sia.

    ReplyDelete
  3. menarik, kadang cerita yg pendek dan kontot ini lebih seronok di baca... santai je

    ReplyDelete
  4. wah...mcam menarik jer cerita pendek ini

    ReplyDelete
  5. certot..baru tahu ianya apa..
    ingatkn apa tadi

    ReplyDelete
  6. certot mcm ni laa yg best layan...kejapan je dah habis ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist