Thursday 25 June 2020

RIWAYAT LAMA

ASSALAMUALAIKUM

Wabihinastainbillahitaala

Inilah hikayat ada seorang perempuan yang bernama Darmatasiah, yang sagat berbuat bakti kepada suaminya yang bernama tuan Sheikh Bil Makruf yang terlalu sangat berbuat ibadat kepada Allah Subhanahuwataala. Lagipun sangat suci hatinya pada segala hamba Allah Subhanahuwataala. Shahdan maka pada pagi2 hari itu maka iapun masuk ke dalam khalwatnya dan apabila hari maka tuan Sheikh pulanglah ke rumah isterinya yang bernama Darmatasiah. Serta Darmatasiah melihat suaminya datang, dari dalam khalwatnya itu maka iapun segeralah mengambil air dan membasuh kaki suaminya itu. Maka katanya, ya tuanku tuan sheikh ampunilah ampunilah dosa hambamu. Setelah sudah maka diisapunya dengan rambutnya serta ia sujud pada kaki suaminya itu. Maka ujarnya ya tuanku tuan sheikh ampunilah dosanya  hambamu. Maka kata suaminya, ya adinda apa dosanya diri kerana engkau orang yang bakti kepada suaminya itu. Kelakian maka Darmatasiah pun lalulah mengangkat hidangan nasi dan air membasuh


13 comments:

  1. Isteri yg berbakti kpd suami..

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam
    Ada orang kampung wak yang namanya Dermataksiah ni
    Rupanya ada hikayat dari nama tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH WP YA NAMA YG ADA KISAH SEBALIKNYA

      Delete
  3. sudah lama tak baca arabic tak ber harakat ... lupa rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH ABASOZORA...YA JAWI NI KALAU TAK BACA SELALU AKAN TERLUPA LEBIH LAGI JAWI KLASIK

      Delete
  4. Kak..saya baca ni teringat ada satu buku saya baca masa kecik dulu. Buku tu guna ayat macam ni la.. Tak ingat la tajuk apa buku tu. Tapi saya suka sangat baca buku tu. Padahal buku tu orang buang je.Saya kutip bawak balik.Hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. YAKA DI..IHH XPATUT BETUL BUKU DIBUANG MACAM XHARGAI KHAZANAH ILMU DI DALAMNYA TKSH DI

      Delete
  5. pd sy kan kak, kisah hikayat lama ni kan mungkin sedikit sebyk ada kaitan dgn kisah benar

    ReplyDelete
  6. Macam Darmatasiah ni patut dapat hantaran RM20K

    ReplyDelete
  7. Adakah pdf nya buku jni, kalau ada boleh minta tdk?

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist