Wabihinastainbillahitaala
Inilah hikayat ada seorang
perempuan yang bernama Darmatasiah, yang sagat berbuat bakti kepada suaminya
yang bernama tuan Sheikh Bil Makruf yang terlalu sangat berbuat ibadat kepada Allah Subhanahuwataala. Lagipun sangat suci hatinya pada segala hamba Allah
Subhanahuwataala. Shahdan maka pada pagi2 hari itu maka iapun masuk ke dalam
khalwatnya dan apabila hari maka tuan Sheikh pulanglah ke rumah isterinya yang
bernama Darmatasiah. Serta Darmatasiah melihat suaminya datang, dari dalam
khalwatnya itu maka iapun segeralah mengambil air dan membasuh kaki suaminya
itu. Maka katanya, ya tuanku tuan sheikh ampunilah ampunilah dosa hambamu.
Setelah sudah maka diisapunya dengan rambutnya serta ia sujud pada kaki
suaminya itu. Maka ujarnya ya tuanku tuan sheikh ampunilah dosanya hambamu. Maka kata suaminya, ya adinda apa
dosanya diri kerana engkau orang yang bakti kepada suaminya itu. Kelakian maka
Darmatasiah pun lalulah mengangkat hidangan nasi dan air membasuh