Tuesday 9 June 2020

COVID-19 DAN PENULIS

ASSALAMUALAIKUM


Akta 342 akan terus diguna pakai pantau pematuhan SOP PKP ...

KUALA TERENGGANU- "Sebelum bertolak pada Jumaat lalu, arwah ada menghubungi ibunya memaklumkan dia mahu pulang ke kampung dengan berjalan kaki dengan alasan terlalu rindukan anak perempuan tunggalnya.


"Tetapi dilarang ibunya kerana risau keselamatan arwah dan minta agar bersabar sedikit masa lagi," kata Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/83562/BERITA/Tragedi/Hasrat-arwah-untuk-balik-berjalan-kaki-ke-Terengganu-dihalang-ibu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Sedikit petikan berita yang disiarkan akhbar SINAR HARIAN tika wabak COVID-19 mula menular semasa PKP dilaksana. Menurut penulis SANIAH MASRI/ILHAM SURI kejadian tersebut berlaku di kampungnya Felda Selancar 2. lelaki tersebut singgah di rumah sahabatnya untuk berehat seketika di situ. Sahabatnya itu kemudiannya menghantarnya ke stesen bas kerana beliau ingin meneruskan perjalananya ke kampungya di Terengganu.

Sebaik tiba di situ lelaki itu jatuh dan meninggal dunia. Sahabatnya menghubungi pihak hospital berdekatan dan pihak hospital mengesahkan lelaki itu mennggal dunia kerana jangkitan COVID-19. Dan dua orang sahabat yang membantu lelaki itu turut dijangkiti corona virus. Kampung penulis Saniah Masri diletak di bawah PKPD kluster Felda Selancar 2. Suaminya seorang RELA menjadi frontliner memastikan masyarakat mematuhi kuarantin untuk memutuskan rantaian wabak.

Mohamed Kholid seorang penulis mampan antara frontliner yang bertugas dengan Jabatan imigresen di pusat kuarantin MAEPS menempatkan pendatang luar negara yang cuba memasuki negara tanpa dokume sah atau PATI. Beliau juga terpaksa menjalani saringan dan dikuarantin. 

  TAMAN Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang akan digunakan sebagai pusat kuarantin pendatang asing tanpa izin (Pati) yang disahkan positif Covid-19.
Ini susulan kewujudan kluster di tiga depoh tahanan imigresen masing-masing di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang membabitkan Pati yang ditahan atas kesalahan imigresen.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat tempatan yang dikuarantin di MAEPS dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bermula hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, MAEPS akan dikawal ketat bagi memastikan mereka tidak melarikan diri.
"Seramai 4,342 Pati yang ditempatkan di tiga depoh tahanan akan disaring Covid-19 dan mereka yang positif akan dibawa ke MAEPS untuk rawatan dan kuarantin.
"Kawat duri juga dipasang di sekitar MAEPS untuk memastikan mereka tidak melarikan diri kerana sukar untuk pihak berkuasa mengesan mereka yang tidak memiliki dokumen perjalanan lengkap," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, bagi mengawal penularan, bukan saja Pati disaring tetapi pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia termasuk pihak luar seperti pembekal makanan akan menjalani prosedur sama.

Tempoh PKP bermula pada 18 Mach 2020 berganti PKPB dan kini PKPP dan dijangka berakhir pada 31 Ogos sekiranya SOP dipatuhi dan meredakan penularan ke tahap rendah dan boleh dikawal KKM MKN
PI OKU yang kesihatannya agak uzur tiada masalah patuhi SOP/PKP kerana hanya semata di rumah dikelilingi anak meantu dan cucu-cucu. amat menggembirakan hati kerana tidak bersendiri. Tapi kasihan pada anak-anak yang bekerja dengan swasta kerana angkara COVID-19 syarikat tempat mereka mencari rezeki tinggal nyawa ikan. Tercungap-cungap menghadapi kegawatan ekonomi yang menyukarkan kehidupan. Tetapi setiap sesuatu yang berlaku dengan izin-Nya dan ada hikmah-Nya yang belum terbuka. Tawakal dan pasrah kita akan takdir-Nya. 

8 comments:

  1. sedikit sebanyak mmg company swasta terjejas dgn Covid-19..Allah Ar-Razzaq..setakat ni boleh bertahan..Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH NOHAS YA RAMAI JUGA YG DH HILANG KERJA

      Delete
  2. banyak kisah sedih dan menyayat hati terjadi di musim PKP kan kak... moga lepas masalah ini pulih semuanya akan kembali maju seperti sebelumnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH DANNA YA KITA TERPAKSA HADAPINYA DENGAN TABAH DAN SABAR

      Delete
  3. Ujian yg kita tidak tahu apa hikmahnya Kan kak paridah..

    Allah SWT jua Yang Maha Mengetahui..
    Kita serahkan diri Kita Dan semuanya Dalam Pemeliharaan Allah SWT..

    Semoga Kita tergolong dlm orang yg sabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH YATI YA UJIAN ALLAH KPD KITA SEMUA SABAR N REDA INSYAA ALLAH

      Delete
  4. memang ramai yang terjejas mata pencarian sejak wabak pendemik ini menyerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH WP YA GITULAH KEADAANNYA MMG ADA YG TERKESAN AKIBAT COVID 19 NI

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist