PIC GOOGLE IMAGES (C)
DRAMATIS
Anita dan Sarina baru saja selesai mengadapi juadah hidangan
makan malam yang disediakan Anita. Anita suka memasak dan memang hobinya
memasak seperti kebanyakan anak gadis yang lain.
Tetapi Sarina tidak begitu. Dia hanya tahu memasak mi segera dan
menggoreng telur sahaja. Sekiranya hendak menyediakan resepi yang rumit
dibiarkan saja Anita seorang yang menyingsing lengan melakukannya. Dia hanya
tahu duduk bersila dan menyuapnya ke mulut apabila segalanya sudah siap
terhidang di hadapannya..
Sudah kenyang menjamu selera Sarina berlunjur kaki di hadapan
TV. Di tangannya tergenggam alat kawalan TV yang mengandungi berbagai saluran
pilihan.
Banyak program drama yang disiarkan beberapa rangkaian TV
dijayakan teman-teman dramatis yang dikenalinya tapi dia tidak berminat
menontonnya kerana tidak ada dirinya berperanan di situ. Jika ada wajahnya
terpampang di skrin TV barulah seronok dia hendak menontonnya.
Ralit pula dia menikmati siri National
Geographic yang memaparkan aktiviti skuba di sebuah pulau yang indah.
Dia berharap sangat pulau yang akan dikunjunginya kerana sesi shooting drama
terbaru itu secantik pulau yang sedang ditontonnya dan ada aktiviti menyelam ke
dasarnya bermain dengan ikan-ikan di celah terumbu karang. Alangkah seronoknya
dapat mencuba pengalaman baru yang tidak pernah dirasai selama hidupnya.
Anita sedang mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan tadi.
Selesai mencuci, mengelap dan menyusunnya di atas rak pinggan, dia meninggalkan
ruang dapur sempit itu menuju ke biliknya.
Dia melihat Sarina menjawab telefon yang baru saja berdengut
beberapa saat tika melintas ruang tengah tempat Sarina sedang bersantai..
“Hei…Datuk Shaari. Apa khabar? (Terhenti) Saya sedang
relek menonton TV. Tak buat apa-apa pun. (Terhenti). Esok call time shooting pukul
8 pagi. (Terhenti) Nanti sekejap Datuk ya, saya perlahankan suara TV.”
Anita menghampiri Sarina dan menunjuk isyarat bahawa dia sedang
tidur. Dia dapat mengagak Datuk Shaari bertanya tentang dirinya dan ingin
bercakap dengannya. Sarina memandang teman dengan wajahnya yang penuh gaya
itu. Mouthpiece handphone ditutupnya. Dia ingin memberi
tumpuan kepada apa yang akan dituturkan Anita kepadanya.
“Kalau dia tanya aku kau. katakan aku dah tidur. Kalau tidak kau
kena penumbuk aku ni.” Anita memberi amaran keras kepada teman yang hanya
tersengih kepadanya, melihat genggaman buku limanya yang kecil itu. Kawannya itu
nampaknya sedang berusaha merapatkannya dengan Datuk itu. Namun dia tidak
teringin langsung.
‘Hai Nita, Nita ada hati nak tumbuk aku! Setakat buku lima kau
yang kecil tu aku tak hairan langsung beb…’ dia kembali leka melayani bualan
tetamunya yang menjengah suaranya di hujung talian.
Anita berlalu menuju biliknya. Telinganya dilekapkan ke
dinding untuk mendengar perbualan Sarina dengan Datuk Shaari seterusnya.
“Anita? Dia dah tidurlah Datuk. Hai Datuk tanyakan dia
seorang saja ke? Saya ni kan ada.” Anita tidak lagi mahu mendengar ocehan
Sarina bersama Datuk itu yang disertai dengan kikihan yang mengelikik dan manja
sesekali kedengarannyanya. Sangat memualkannya sehingga membuatnya mencebik
bibir.
“Hai…Sarina…Sarina…orang tua yang sebaya dengan ayah kau pun
teringin kau layan.” Getusnya lirih.
Anita merebahkan dirinya di atas katil. Komputer mindanya
merangka-rangka sesuatu keputusan yang akan diambilnya.
“Ini drama aku yang terakhir. Lepas ni aku akan cari kerja
lain. Lantaklah kalau kerja kilang sekalipun.” Jika tiada sebarang gangguan
dari orang-orang yang berwatak seperti Datuk Shaari di dalam kehidupannya, dia
pasti amat selesa sebagai seorang dramatis.
Tetapi gangguan yang menggoda dan menggugah keteguhan iman itu
menyusutkan keghairahannya bergelar artis. Dia ingin lari jauh dari keserabutan
yang merusuh mindanya itu. Dia hanya dambakan dalam hidupnya rezeki halal yang
diperolehi dan memberikannya ketenangan jiwa.
Anita ingin menjadi seorang anak yang baik dan sentiasa patuh dengan
pesanan ibunya. Kata ibunya pandai-pandailah menjaga diri jikalau bertekad
hendak menjadi seorang artis kerana kehidupannya bukan seperti laut yang tenang
tidak bergelombang. Tetapi badai yang menderu tidak disangka-sangka akan
menghanyutkan diri sesaorang itu jauh dari daratan dan sasaran yang diharapkan.
Jadilah seorang anak yang berakhlak dan beriman. Tidak tercemar
noda yang mengaibkan. Hidup muda ini tidaklah terlalu panjang, Singkat
amat untuk dipertahankan. Jikalau titik noda terpalit ketika usia muda,
penyesalan sepanjang hayat langsung tidak berguna. Kerana titik noda yang
mengaibkan itu akan kekal selamanya.
Pesanan ibunya laksana hamburan mutiara-mutiara putih
jernih yang terlepas dari kalungan. Sangat berharga dan perlu dikutip dan
disisip kemas di lipatan sanubari.
Anita sangat merindukan ibunya yang tinggal di sebuah rumah
bertiang tinggi terletak di tengah bendang di sebuah negeri di utara. Sekarang
ini ibu sedang buat apa agaknya? Mungkin sedang terbaring keletihan kerana
siangnya menabur baja pada anak-anak padi. Atau merumput di dalam petak.
Jikalau mengharapkan pulangan hasil yang lumayan tentulah perlu
melakukan semua kerja-kerja itu dengan rajin. Dia kasihankan ibunya kepenatan
kerana telah sekian lama melakukan rutin itu dan dia tidak dapat lagi hendak
meringankan beban kedua-dua ibu bapanya kerana tidak punya penghasilan yang
tetap.
Bapanya pula tentu sedang menyiapkan pukat yang hendak
diturunkan ke tengah laut pada awal pagi esoknya untuk menangkap ikan, udang,
ketam atau sotong. Kedua-dua ibu-bapanya saling bertolong bantu mencari rezeki
mengikut keupayaan masing-masing demi menyara dan mencukupkan keperluan empat
orang lagi adik-adik Anita yang masih bersekolah.
Sungguh berat bebanan kedua-dua ibu-bapanya itu dan dia tidak
mahu lagi menyusahkan hati ibu-bapanya dengan perbuatan yang akan memalukan
kedua-duanya.
Dia tertidur sambil
membayangkan wajah ibunya dan bapanya yang tersenyum kepadanya
cerpen ke ni kak..dunia artis yg penuh glemer..
ReplyDeleteTKSH NOHAS YA CERPEN KISAH ARTIS SIKIT HEH..HEH..
ReplyDeleteharap2 nanti novel akak akan diadaptasi ke drama sbb jln citer sedap belako.
ReplyDeleteheh..heh..yelah tu tksh cikgu AK
ReplyDeleteNak sambungan please..
ReplyDeleteTKSH SAL NANTILAH HEH..HEH..
ReplyDeleteDunia artis yg penuh keglamoran. Bak kata org putih, 'fame & famous' hehe
ReplyDeleteTKSH DIK KK BETULLAH TU GLAMER N FEMES
ReplyDelete