SALAM JUMAAT MULIA
BAHAGIAN TERAKHIR, TAFSIR SURAH 72. SURAH JINN. Ayat 20 - 28
"Mama, jin boleh bunuh orang ke?," Atia anak bungsuku bertanya.
"Tak boleh." Jawabku. "Jin boleh ganggu manusia. Contoh akibat gangguan jin, orang itu sakit. Tak lalu makan. Badan kurang zat dan lemah. Akhirnya membawa kematian."
"Ada orang kena rasuk jin, mengamuk cekik orang..." Amla pula bersuara.
"Mungkin itu tekanan perasaan. Boleh jadi perbuatan sihir. Orang yang melakukan sihir, dengan bantuan jin kafir. Dosa besar, kerana membawa kepada syirik".
Melihat mereka diam, aku mulai menyambung tafsir. "Ayat 20 hingga 28 merupakan Risalah Kerasulan Nabi Muhammad saw."
"Ayat 20, Allah SWT memerintahkan Nabi menyeru kepada manusia dan jin supaya menyembah Allah SWT sahaja. Berdoa terus kepada Allah, tidak bertawassul kepada benda lain."
"Mama, lepas beri sedekah kita doa. 'Dengan berkat sedekah ini, makbulkan doaku...Boleh ke?"
Zainuddin, suami Azya bertanya.
Zainuddin, suami Azya bertanya.
"Tidak boleh." Aku segera menjawab. "Allah SWT sahaja yang memiliki BERKAT. Berdoalah begini: Ya Allah, Rasul-MU bersabda, waktu mustajab untuk berdoa adalah selepas melakukan ibadah. Oleh itu atas sedekah yang kulakukan ini, aku mohon kepada-Mu Ya Allah, makbulkan doaku."
Anak-anak dan menantu-menantu mengangguk-angguk. Cucu-cucu sibuk dengan barang permainan mereka.
"Ayat 21, Nabi Muhammad saw tiada kuasa mendatangkan kemudaratan dan tiada kuasa memberi petunjuk kepada manusia."
"Ayat 22, Nabi Muhammad saw juga tidak dapat melindungi orang lain dan dirinya sendiri daripada azab Allah. Hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa memberi perlindungan."
"Ayat 23, Tugas Nabi Muhammad saw menyampaikan wahyu daripada Allah dan perintah- perintah-Nya melalui malaikat Jibril. Sesiapa yang ingkar, kufur, Allah SWT sediakan Neraka Jahanam dan kekal di dalamnya. Semoga kita semua dijauhkan daripada azab Jahanam."
"Aamiin." Mereka mengaminkan doaku.
"Ayat 24, apabila orang-orang syirik melihat neraka, baru mereka sedar kelemahan penolong-penolong yang mereka seru."
"Ayat 25, Nabi Muhammad saw tidak mengetahui perkara ghaib. Baginda tidak tahu bila berlaku azab. Sudah dekat atau masih jauh. Malaikat pun tidak tahu."
"Ayat 26, Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui perkara ghaib." Melihat mereka diam , Aku menyambung.
"Ayat 27, Malaikat- malaikat menjaga dengan ketat, supaya Allah sampaikan ilmu-NYA kepada Rasulullah."
"Ayat 28, kesimpulan surah Jinn. Allah SWT beri tahu kepada Nabi Muhammad, para rasul terdahulu telah sampaikan Risalah-Nya. Mereka dijaga oleh malaikat- malaikat. Ayat ini meyakinkan kepada kita, bahawa para malaikat melindungi Nabi Muhammad saw. Rasullah menerima wahyu yang benar tanpa campur daripada anasir-anasir luar."
Setelah kelas berakhir. Kami solat Isyak berjemaah, di ruang tamu. Ahmad, anak ketujuhku mengimamkan solat kami. Syukur Alhamdulillah.
terima kasih atas perkongsian kak
ReplyDeletekena byk mendekatkan diri kpd Allah utk menghindari gangguan jin, iblis dan syaitan yg direjam....
ReplyDeleteTKSH DANA MOGA BERMANFAAT
ReplyDeleteTKSH CIKGU AK GANGGUAN MAKHLUK INI MESTI DIHINDARI DGN MENDEKATKAN DIRI KPD ALLAH
ReplyDeletesyukran Kak PI..
ReplyDeleteTKSH NOHAS CORETAN CIKGU NOORLAILA JUGA SEORANG PENULIS YG SERING MENGIKUTI KULIAH AGAMA DARUL ULUM TERENGGANU
ReplyDeletewaalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian kak. dapat ilmu baru harini :)
ReplyDeletemenarik cerita ini...
ReplyDelete