SALAM JUMAAT MULIA
SAMBUNGAN TAFSIR SURAH 42, ASY SYURA (Mesyuarat): AYAT 13 -.18
"Puan Maimun mohon pimpin bacaan ya..."
"Baik Cikngah." Puan Maimun terus memimpin bacaan kami, secara bertalaqqi. Merdu suara beliau mengalun ayat-ayat suci menusuk kalbu.
Diikuti gema bacaan kami memenuhi ruang surau kecil itu.
"Ayat 13 merupakan Dakwa surah Asy Syura yang kedua." Aku memulakan tafsir.
"Perkara utama dalam agama ialah mentauhidkan Allah SWT. Perkara yang sama Allah SWT wahyukan kepada Nabi Nuh as dan Nabi Muhammad saw. Dalam ayat ini Allah SWT tidak menyebut Nabi Adam as walaupun baginda nabi pertama dan manusia pertama Allah cipta. Ini disebabkan pada zaman itu, tiada manusia yang syirik kepada Allah SWT. Permulaan manusia syirik kepada Allah SWT pada zaman Nabi Nuh."
"Semua nabi diperintahkan menyeru manusia supaya beriman dan mentauhid kan Allah SWT. Nabi Ibrahim membina Kaabah. Nabi Musa diberi Taurat dan Nabi Isa diberi Injil. Arahan kepada lima Nabi-nabi Ulul Azmi ini sama. Tugas mereka berdakwah mentauhidkan Allah SWT tetapi hidayah itu milik Allah SWT."
Kelas senyap tiada sebarang pertanyaan. Aku menyambung tafsir.
"Ayat 14 pula, Allah SWT melarang perpecahan dalam Tauhid. Jika berlaku perbezaan dalam Mazhab dan perbezaan dalam ijtihad Ulama. Maka keputusan diambil kira, yang paling hampir dengan Dalil Wahyu."
"Ahli-ahli Kitab (Taurat dan Injil) tidak menerima Nabi Muhammad saw kerana dengki dan iri hati. Mereka
yang degil mengubah kandungan kitab-kitab itu. Contoh boleh amalan bertawassul."
yang degil mengubah kandungan kitab-kitab itu. Contoh boleh amalan bertawassul."
"Bertawassul tu apa?" Tiba-tiba Faizal berusia 12 tahun melontar tanya. Dia satu-satunya budak lelaki ikut neneknya, menghadiri kelas ini.
Aku tersenyum dan menjelaskan: "Contoh bertawassul, berdoa dengan menyeru roh wali-wali, roh nabi-nabi, menyeru malaikat-malaikat untuk meminta pertolongan. Perbuatan ini syirik."
Faizal menggangguk tanda faham.
"Ayat 15 pula, Allah menyentuh 10 perkara, iaitu:
i). Seru manusia mentauhidkan Allah.
ii) Istiqamah dalam berdakwah
iii) Jangan ikut hawa nafsu
iv) Beriman kepada semua kitab - Taurat, injil, Zabur dan Quran.
v) Adil sampaikan wahyu tanpa pilih kasih
vi) Allah - Tuhan kami dan Tuhan kamu
vii) Amalkan ibadat yang diajar oleh Nabi dan diamalkan oleh para sahabat.
viii) Tidak perlu berhujah. Hujah sebenar Quran dan Hadis Sohih.
ix) Tak mahu percaya tidak memgapa.
x) Semua akan kembali bertemu Allah untuk terima balasan. Pahala atau dosa."
i). Seru manusia mentauhidkan Allah.
ii) Istiqamah dalam berdakwah
iii) Jangan ikut hawa nafsu
iv) Beriman kepada semua kitab - Taurat, injil, Zabur dan Quran.
v) Adil sampaikan wahyu tanpa pilih kasih
vi) Allah - Tuhan kami dan Tuhan kamu
vii) Amalkan ibadat yang diajar oleh Nabi dan diamalkan oleh para sahabat.
viii) Tidak perlu berhujah. Hujah sebenar Quran dan Hadis Sohih.
ix) Tak mahu percaya tidak memgapa.
x) Semua akan kembali bertemu Allah untuk terima balasan. Pahala atau dosa."
Kelas hening. Ada yang mencatat nota yang kutulis di papan putih. Ada yang mengambil gambar papan putih itu menggunakan telefon bimbit. Ada yang sekadar mendengar.
"Ayat 16..." Aku menyambung tafsir.
"Golongan Ahli Kitab Yahudi (Israel) dan Nasoro (Keristian) membantah Nabi Muhammad saw. Dengan hujah kitab-kitab mereka datang dahulu."
"Musyrikin Mekah pula, membantah dengan hujah mereka pengikut Nabi Ibrahim. Mereka sebenarnya telah ubah dan tokok tambah hingga terpesong. Contoh letak patung-patung di sekeliling Kaabah. Mereka tawaf bertelanjang."
"Haah...tawaf telanjang?"
Kedengaran suara-suara terkejut diikuti hilai ketawa.
Kedengaran suara-suara terkejut diikuti hilai ketawa.
Aku hanya tersenyum. Apalah yang mereka bayangkan?
"Orang pertama memeluk Islam yang percaya penuh kebenaran yang dibawa Rasulullah, isteri baginda Siti Khadijah ra, diikuti kanak-kanak lelaki Syadina Ali ra. Bapa-bapa saudara baginda sendiri menentang."
"Tak ada bapa saudara Nabi memeluk Islam?" Puan Rahana mengemukakan soalan.
"Ada, tetapi lewat sedikit seperti Al Abbas ra, Syaidina Hamzah ra. Abu Lahab menentang. Abu Talib bapa Syadina Ali ra, merupakan bapa saudara yang baginda sayangi, tetapi mati dalam kafir."
Bulat dan teguhkan hati terus tauhidkan Allah swt.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletesaya suka surah ini
TKSH PC ALHAMDULILLAH TEGUHKAN IMAN
ReplyDeleteTKSH MR HANAFI ALHAMDULILLAH
ReplyDelete