PERKONGSIAN ILMU: TAFSIR SURAH 36. YASIIN: Pengenalan dan Ayat 1 - 5
Ahmad, memimpin bacaan Yasiin, majlis ilmu keluarga kami.
"Ramai orang membaca surah Yasiin, buat program bacaan Yasiin tiap-tiap minggu. Tetapi tidak memahami isi kandungan surah ini. Malam ini mama pilih surah popular ini, supaya kita semua memahami isi kandungan surah Yasiin. Insya Allah."
"Mama, apa kelebihan surah Yasiin?" Farah, isteri Ahmad bertanya.
"Tiada hadis sohih tentang kelebihan surah Yasiin. Pahala membaca surah ini, sama seperti pahala membaca ayat-ayat al Quran yang lain. Setiap kali kita membaca al Quran, Satu huruf yang kita baca dapat satu kebaikan. Satu kebaikan digandakan 10 kebaikan." Jawabku.
"Surah Yasiin turun di Mekah pada tahun-tahun terakhir sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Mekah. Surah ini menafikan Syafaat Qahriah. Tiada syafaat kasih sayang. Syafaat hanya milik Allah SWT. Rasullullah saw sendiri tidak dapat beri syafaat kepada bapa saudaranya yang disayangi Abu Talib, yang mati kafir."
"Ustaz kata, Nabi tak ingat sapu air liur atas tapak kaki bapa saudaranya tu. Menyebabkan kaki dia kena bakar api neraka." Tiba-tiba Aqila, cucuku bersuara. Masing-masing memandang ke arahnya.
"Tiada riwayat soheh tu. Cerita-cerita Israelliyat atau rekaan ni!" Ujarku.
"Ya..lah, tak pernah dengar." Kata Afya, emak Aqila.
Aku meneruskan tazkirah.
"Kandungan Surah Yasiin terbahagi tiga bahagian. Iaitu Tauhid, Risalah dan Akhirat. Ketiga-tiga bahagian dalam 30 juzuk al Quran, ada dalam surah ini."
"Kandungan Surah Yasiin terbahagi tiga bahagian. Iaitu Tauhid, Risalah dan Akhirat. Ketiga-tiga bahagian dalam 30 juzuk al Quran, ada dalam surah ini."
"Ayat pertama: Ya,siin..
Merupakan huruf-huruf muqattaah. Allah SWT tidak beritahu maknanya."
Merupakan huruf-huruf muqattaah. Allah SWT tidak beritahu maknanya."
"Apa tujuan Allah buat begitu?" Atia melontar tanya.
"Itu rahsia Allah. Ada juga muffasir, mentafsirkan untuk menarik perhatian pendengar. Contoh apabila Musyikin Mekah mendengar bacaan al Quran, mereka tak mahu mendengar. Tetapi apabila terdengar bacaan seperti: Ya,siin.. atau Tho,ha... atau Tho,Siin,Miim.. mereka akan berhenti mahu mendengar, kerana rasa hairan. Tiada perkataan itu dalam Bahasa Arab. Macam kitalah, kalau terdengar lagu Ya Hanana...Ya Hanana... Semua nak dengar. Makna tak tahu..."
"Ha...ha...!" Semua tertawa.
"Ayat kedua, Allah bersumpah dengan al Quran. Ini menunjukkan pentingnya al Quran yang mengandungi hikmah. Mengikutinya beroleh berkat dan rahmat serta selamat. Ada di dalam surah-surah lain, Allah bersumpah dengan Waktu Dhuha, bersumpah dengan buah Tiin dan lain-lain. Allah bersumpah dengan makhluk yang DIA cipta. Kita hamba-Nya hanya boleh bersumpah dengan Nama Allah sahaja."
Mereka senyap. Aku meneruskan tafsir.
"Ayat ketiga, pujukkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw yang bersedih. Sedih kerana setelah sekian lama berdakwah di Kota Mekkah, sedikit sahaja yang beriman. Allah SWT pujuk Rasullullah, begitulah yang dihadapi oleh rasul-rasul terdahulu. Menjalankan tugas dakwah, sedikit yang menerima, ramai yang menentang."
"Ayat empat, merupakan bahagian pertama surah: Iaitu Risalah. Tugas Nabi Muhammad saw sebagai rasul. Menyeru manusia supaya berada di jalan yang benar. Kita hendaklah beriman 100% ikut kandungan al Quran dan sunnah."
"Dan ayat kelima, Allah SWT menegaskan, al Quran itu diturunkan oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril. Bukan rekaan Rasulullah. Oleh itu kita hendaklah ikut kehendak Allah SWT seperti yang terkandung dalam al Quran."
Alhamdulillah
ReplyDeleteSemoga kita mendapat hikmah-Nya
AAMIIN TKSH WP INSYAA ALLAH MUDAH2AN
ReplyDeletesyukran Kak PI..semoga kita lebih memahami apa yg kita baca..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian, surah yang di baca setiap malam jumaat, dan bila dana rasa gugup, rasa berdebar bila nak jumpa doktor untuk temujanji, dana akan baca surah ini...
ReplyDeleteTKSH NOHAS CUBA KITA FAHAMI APA YG KITA BACA JADI AMALAN
ReplyDeleteTKSH DANA ALHAMDULILLAH SURAH YASIN DIBACA SELALU JADI AMALAN
ReplyDeleteIkut kehendak Allah inshaAllah selamat dunia sampai akhirat.Aamiin.
ReplyDeleteTKSH PC INSYAA ALLAH BENAR SGT TU
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan dan perkongsian ini kak PI.. semoga Allah memberkati.. aamiin.
ReplyDeleteTKSH DIK KK ALHAMDULILLAH MOGA BERMENFAAT
ReplyDeletebaca sekali dengan maksud.. insyallah lebih dekat dihati kan..
ReplyDeletebagusnya ada penjelasan tafsir sekali. lebih mendalam =)