Friday, 13 September 2019

TERPANDANG-PANDANG...

ASSALAMUALAIKUM...
SALAM JUMAAT MULIA
                                                                                         PIC GOOGLE(C)

DIDOAKAN SEMOGA SENOGA SAHABAT BLOGGERS DAN VIEWERS SIHAT WALAFIAT DI MANA SAHAJA BERADA

PERNAHKAH ALAMI SITUASI YANG PI TULIS DI BAWAH INI;


SEAKAN BERTEMU SESAORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

Kadang kala kita merasa seakan terpandang seseorang yang telah lama meninggal dunia. Hati pun menjadi keliru dan tertanya-tanya akan kebenarannya. Bukankah si polan itu telah kembali ke Rahmatullah! Bagaimana pula boleh menjelma tiba-tiba?  Mungkinkah kita terpandang hantu? Pertanyaan itu diberi jawapan mereka yang berpengalaman,  merisaukan pula.
Kononnya itu merupakan tanda yang diperlihatkan untuk kita bersedia menghadapi kondisi sedih dan berduka kerana di situ akan berlaku kematian seseorang. Dan mulailah kita menduga, siapakah pula yang akan meninggal dunia esok lusa. Minda  terganggu memikirkannya. Mungkin juga ketika itu fikiran sedang melayang mengenangkan sesuatu tentang si polan. Lalu terpandanglah si polan seolah berada di situ. Tapi bagi yang meyakininya, pendapat begitu tidak diterima.
            Petanda seperti itu seolah memberi peringatan bahawa kematian itu pasti berlaku bila-bila sahaja dan akan ditempuhi setiap yang bernyawa tatkala sampai waktunya. Dan sudah semestinya kita bersedia meninggalkan dunia fana ke alam baqa dengan mempersiapkan bekalan amalan yang banyak untuk mengadap Allah Yang Esa.

11 comments:

  1. Mungkin sebagai peringatan kepada kita untuk medekatkan diri kepada-Nya

    ReplyDelete
  2. mati itu pasti..hidup In shaa Allah..

    ReplyDelete
  3. kematian bukan sesuatu yang ditakuti..

    kematian perlu persediaan sahaja

    ReplyDelete
  4. semoga kita semua mendapat kematian yang baik..

    ReplyDelete
  5. mengingati mati akan menggerakkan kita do our best kan kak. lama tak singgah sini. akak sihat?

    ReplyDelete
  6. TKSH WP YA SEBAGAI PERINGATAN KPD KITA YG HIDUP

    ReplyDelete
  7. TKSH TN HANAFI YA BUATLAH AMALAN ALLAH REDA

    ReplyDelete
  8. TKSH AZ INSYAA ALLAH MOGA2 HENDAKNYA

    ReplyDelete
  9. TKSH HANA SUDI SINGGAH..KAK ALHAMDULILLAH..MOGA HANA JUGA BGITU

    ReplyDelete
  10. Semoga kita semua mendapat pengakhiran yang baik 🤲🏻😔

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist