JEREBU MELANDA LAGI
Kala jerebu melanda alam
sekitar, tidak kelihatan lagi awan putih
bergumpal bagai lukisan indah di langit biru. Matahari walau tetap menerangi
siang hari tapi bentuknya tidak ketara kerana jerebu melindunginya. PI mula menyaksikan jerebu berlaku di kampung PI pada 1994. Menurut ustaz
yang mengajar agama di surau kampung Penulis; jerebu adalah petanda sesuatu
masalah buruk terpaksa dihadapi.
Ustaz menerangkannya dengan mentafsir ayat Al-Quraan
surah Dukhaan “Dan Kami tidaklah menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada
di antara keduanya dengan sia-sia” yang membawa maksud jerebu yang berlaku
akibat kezaliman tangan manusia membakar hutan akan membawa kemusnahan yang
tidak sedikit. Mereka yang berada dalam alam sekitar yang berjerebu akan
mengalami pelbagai masalah kesihatan. Terutama golongan kanak-kanak dan orang
tua yang alahan kepada unsur debu halus.
Selain itu sekiranya keadaan jerebu yang lama berterusan
akan menyebabkan aktiviti yang merangsang pertumbuhan ekonomi tidak dapat
dilakukan dengan baik. Ramai yang berkurung di rumah untuk mengelakkan diri
daripada terdedah kepada jerebu dan menanggung akibat menghidu udara tercemar.
Negara mula dilanda jerebu pada 1960 disebabkan
pembakaran hutan untuk membuka tanah pertanian. Kejadian itu berulang dengan
lebih teruk pada 1990, 1991, 1994, 1997, 2005, 2006, 2013, 2015. Jerebu yang
berlaku tahun 90-an hingga 2015 lantaran sering berlaku pembakaran hutan di negara
jiran yang giat membuka tanah pertanian. Asap tebal yang mengandungi pelbagai
zarah halus dibawa angin sehingga menyelubungi ruang udara Malaysia.
Petanda kiriman Allah untuk hamba-Nya agar berfikir
mencari solusinya dengan bijak. Lagi pun dunia ini sudah terlalu tua dan sedang
menuju hari akhir usianya.
:
Musim panas dan terik sekarang biasanya akan disertai olej jerebu.
ReplyDeleteharap2 cepatlah hujan mendatang
TKSH WP YA CUACA PANAS KERING BERJEREBULAH KITA
ReplyDeleteAlhamdulillah, hujan lebat petang tadi..semoga cuaca bertambah baik..
ReplyDeleteAMIIN YA PANAS PUN XTERASA SANGAT TKSH NOHAS
ReplyDeleteTeringat berita hutan amazon yang terbakar tu. Semoga jerebu yang melanda di negara kita sekarang, semakin hilang. Kesan jerebu terhadap kesihatan memang membahayakan.
ReplyDeleteTKSH FAARIHIN JEREBU AMAT MEMUDARATKAN KESIHATAN KITA
ReplyDeleteSaya pun ada rasa kurang sihat disebabkan jerebu ni. Tekak rasa tak selesa. Semoga jerebu cepat reda.. aamiin.
ReplyDeleteTKSH DIK KK MOGA SEGERA SIHAT SEDIAKALA N CUACA KEMBALI BIASA
ReplyDelete