PIC TABIR ALAM (C)
SEORANG SIFU
Jalanan maya banyak
simpangnya
tersalah hala bimbang
tersesat
Saniah Masri tunjuk
arahnya
tidaklah lagi
terpisat-pisat
Hasrat pertingkat ilmu
sastera
media maya manfaat wadah
berguru dengan sifu
bitara
mulanya sukar berakhir
mudah
Genre puisi pelbagai
jenis
sifu mengajar penuh
teliti
bergolak rasa masam dan
manis
kala ditegur tercuit
hati
Sifuku Tabir Alam
bestari
sarat ilmunya di dalam
dada
daya ingatan di hujung
jari
jawab soalan biar senada
Sempena ulang tahun
sifuku
sihat afiat lestari
hayat
panjang usia tulus doaku
karya kecilku menyusun
ayat
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
23/09/19
Happy birthday utk sifu Kak PI..
ReplyDeleteTKSH NOHAS SIFU NI ORG IPOH SEKAPAL DENGAN NOHAS JUGA
ReplyDeleteIndah tersusun bait2 kata...
ReplyDeleteTKSH KHAMSIAH INSYAA ALLAH BIASA2 JA
ReplyDeletePi pun dah layak jadi sifu
ReplyDeleteHEH..HEH..YELAH TU TKSH WP
ReplyDeleteselamat hari lahir buat sifu akak PI...
ReplyDeleteTKSH DANA ALHAMDULILLAH
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeletePuitis bait-bait katanya.. sanah helwah sifu akak. akak pun dah boleh panggil sifu jgk..hehe
WSALAM MOGA USTAZ SEKELUARGA SIHAT SEJAHTERA HENDAKNYA
ReplyDeleteTKSH USTAZ HEH..HEH..YELAH TU KOK TAKNYE LAYOK JADI SIFU OSTAT.
Selamat hari lahir buat sifu kak PI.. besar berkatnya berkongsi ilmu bersama kak PI utk manfaat insan. Semoga Allah sentiasa memberkati dunia dan akhirat.. aamiin.
ReplyDeleteTKSH DIK KK YA SIFU INI RAJIN BERKONGSI ILMU SASTERA BERMANFAAT..MOGA ALLAH MMBALASNYA DGN SEBAIK GANJARAN
ReplyDelete