Menulis tanpa bermula dari bab pertama
Mengapa selepas 11 tahun di sekolah dan 3 tahun di universiti kita belajar penulisan berformat tetapi masih tidak dapat menghasilkan buku pertama? Ketika di sekolah kita diajar menulis kaedah linear. Apakah itu proses garis linear? Kaedah ini diamalkan dalam penulisan karangan di sekolah, iaitu susunan yang diajarkan seperti berikut. Pendahuluan Isi pertama Isi kedua Isi ketiga Isi keempat Kesimpulan atau pun penutup Apabila kita menulis dalam kaedah linear, kita akan berfikir sama seperti di atas. Mula-mula bab satu. Kemudian bab dua. Diikuti bab ketiga. Disusuli bab keempat. Seterusnya begitu. Di sini perangkap garis linear berlaku. Dalam menulis karangan. Pendahuluan Isi pertama dapat ditulis lengkap Isi kedua sudah mula separuh jaya. Isi ketiga semakin kabur. Isi keempat tidak disentuh dibuat selagi di atas belum sempurna Kesimpulan atau pun penutup tidak ada. Dalam menulis buku, halangan menulis secara linear sangat jelas. Selagi bab pertama tidak selesai, bab kedua tidak muncul. Apabila kita menggunakan pendekatan yang diadaptasi daripada kaedah Kawakita Jiro (diasaskan pada tahun 1960), kita mengasingkan proses menyimpan idea dan menyempurnakan idea. Tiga perkara cuba dicapai dalam merancang buku menggunakan kaedah Kawakita Jiro. Salah satunya, kita mencetuskan ilham buku pertama tanpa perangkap proses garis linear. Dalam teknik ini kita berfikir secara rawak atau dipanggil buzz logic. Sesuai dengan sifat idea yang fleksibel tanpa aliran. Susunan hanya muncul selepas itu.
Mahukah saudara belajar lebih lanjut cara menulis dua sehingga tiga buah buku serentak menggunakan kaedah Kawakita Jiro?
Alat kerja ini sudah digunakan oleh 200 penulis yang permah datang ke bengkel penulisan dan buku-buku mereka sudah pun diterbitkan.
Kali ini boleh belajar dari rumah sahaja.
Masuk ke waiting list jika mahukan panduan komprehensif ini.
Sekarang, klik pada link di bawah:
|
Sembelih Ayam Mutiara
-
Assalammualaikum
Wak sembelih dua ekor ayam mutiara jantan sebab suka buli ayam dan itik
yang ada di kawasan reban. Jom tenguk
Ternakan ayam mutiara.
A...
3 hours ago
di tambah dengan minat dan pengalaman itu yang jadi sebuah buku
ReplyDeleteMenariknya kak PI cara penulisan buku tu.. klu ada masa & kesempatan nak juga belajar.. hihi
ReplyDeleteSekiranya mahu inilah salah satu usahanya.
ReplyDeletekena ada minat jg, baru boleh start..
ReplyDeleteBukan semua orang boleh buat buku.
ReplyDeleteKadang2 nak baca bulu pun liat
sekarang ni menulis di blog pun ada mukadimah dan penutupnya kan :) saya sendiri tak punya kekuatan untuk menulis sebuah buku, kalau dulu cukup rajin menulis cerpen terbit di surat khabar :)
ReplyDeleteAsalamualaikum..tahniah aktif menulis. Kiriman buku sajak..saya ucapkan ribuan terima kasih ya..terharu dapat hadiah
ReplyDeletekaedah linear tu saya guna dalam tulisan blog.. menulis buku tak pernah lagi, cuma angan-angan je yang ada..
ReplyDeleteTKSH ATIE YA PNGALAMAN HIDUP ELOK DIBUKUKN
ReplyDeleteTKSH DANA YA BELAJARLH DULU CARI SEDIKIT ILMU MENERBITKAN BUKU
ReplyDeleteTKSH PC KALAU MAHU INSYAA ALLLAH
ReplyDeleteTKSH NOHAS YA MAHU N MINAT TU YANG UTAMA
ReplyDeleteTKSH WP..KAK RASA WP PUN PATUT TLS BUKU TENTANG USAHA TANI YG DIJALANKAN UTK MENGGALAKAN MINAT BERBUDI KPD TANAH
ReplyDeleteTKSH ANA...MENULIS BLOG KENA IKUT KAEDAH LINEAR JUGA KAN...KAK BUKU PERSEORANGANBELUM ADA CUMA ANTOLOGI CERPEN PUISI YG BANYAK
ReplyDeleteTKSH CIKGU...ALHAMDULILLAH BUKU KIRIMAN KAK DH DITERIMA
ReplyDeleteTKSH AZ...NAMPAK AZ N SEMUA BLOGGER MINAT MENULIS JUGA PENULIS YG BERBAKAT INSYAA ALLAH MASING2 KELAK AKAN BERJAYA MENERBITKAN BUKU YG DIINGINKAN.
ReplyDeleteSumber ilmu menulis buku yg patut disertai ni.. thanks sharing kak PI.
ReplyDelete