Cerpen
Oleh
Paridah Ishak
IMPI JELITA
Kusyuk aku menulis nota tugasan tanpa kupedulikan sahabatku menyoal begitu
begini. Belum mahu kuberikan jawapannya.
Kubiarkan kan dulu sahabatku itu menunggu buah butir yang akan tersusun
membentuk frasa yang diharapkannya.
Dia
mempersoalkan keputusanku menolak hasrat hati seorang lelaki ingin
menjalinkan hubungan lebih serius
denganku. Padanya lelaki itu sempurna serba-serbinya.
Seorang yang kacak, bergaya, kaya dan
miliki firma guamannya sendiri. Telah berjaya dalam hidup. Pendapatnya, kelak
tentunya aku akan hidup senang-lenang.
Dia bertanya lagi, mengapa tidak kuterima lamaran lelaki jutawan seorang kontraktor binaan yang pernah kuceritakam kepadanya. Sungguh aku
menolak tuah kerana dengan bersuamikan seorang jutawan tentu akan hidup
bermandikan wang ringgit yang menimbun banyaknya. Anggapannya begitulah.
Sahabatku itu kujeling sekilas.Nota tugasan yang sedang kusiapkan arahan pensyarah Dr. Nordin kukesampingkan. Monologku menyusun frasa.
‘Kau tak payah nak susah-susah faham aku, Lin. Aku sendiri pun kadang tak faham diri aku sendiri tapi bolehlah aku cerita sedikit setakat yang aku faham tentang diri aku ni.’
Sahabatku itu kujeling sekilas.Nota tugasan yang sedang kusiapkan arahan pensyarah Dr. Nordin kukesampingkan. Monologku menyusun frasa.
‘Kau tak payah nak susah-susah faham aku, Lin. Aku sendiri pun kadang tak faham diri aku sendiri tapi bolehlah aku cerita sedikit setakat yang aku faham tentang diri aku ni.’
Aku pun tidak teragak mulai bercerita sedikit kisahku yang mana
aku suka.
Azalina menadah telinganya. Lagaknya seolah dapat membaca fikiranku. Deria dengarnya memang berfungsi dengan baik selama ini walau mendengar detakan jantungnya yang berdegup perlahan itu. Teruja hendak mendengar jawapan yang akan kuberikan.
Azalina menadah telinganya. Lagaknya seolah dapat membaca fikiranku. Deria dengarnya memang berfungsi dengan baik selama ini walau mendengar detakan jantungnya yang berdegup perlahan itu. Teruja hendak mendengar jawapan yang akan kuberikan.
Padanya penolakan lamaran Fadli tidak sewajarnya kulakukan.
Selalunya siswi-siswi sepertinya dan kawan-kawanku yang sudah graduat atau
bakal tamat pengajian akan segera memilih pasangan hidup kerana tidak mahu
digelar andartu/anak dara tua atau andalusia/anak dara lanjut usia.
Sedang dia sendiri belum ada calon suaminya yang sanggup
menantinya dengan sabar menamatkan pengajian peringkat sarjana yang sedang
diikutinya bersamaku, Fadli, Nurhani amira, Fatah, Linda syida dan ramai lagi
yang lain. Itu merisaukannya juga memikirkannya luahnya kepadaku.Sedang aku
sering ditaksir ramai lelaki yang meminatiku namun kuabaikan. Membuatnya sukar memahami
pendirianku.
Aku tidak pilih sidia-sidia yang kaya-raya tu bukan sebabnya aku tak suka jadi kaya-raya segera.Memang aku nak sangat hidup dilimpahi kesenangan. Cuma aku rasa aku pun boleh cari kekayaan tu dengan usaha aku sendiri. Tak payah nak bergantung hidup dengan kekayaan orang lain. Lagipun aku tidak boleh terima kalau suami aku kata lepas berkahwin nanti duduk saja di rumah.tidak usah nak berkerja.Sedangkan emak aku yang miskin tu dah melabur banyak duit untuk pengajianku.masakan tidak boleh berkerja membantu emakku.Dibuatnya jodoh tidak panjang dengan sidia...ditinggalkannya kita, macamana kita nak hidup kalau tak bekerja.Susah nak hidup di zaman sekarang yang terlalu banyak dugaan dan cabarannya. Masa hadapan tidak dapat ditelah citranya
Alasan aku berikutnya mudah saja. Sebab aku tidak cintakan mereka. Aku akan pilih seorang sidia yang baik, berbudi bahasa,bertanggungjawab, hormat orang tua. Walaupun tidak kaya, tidak mengapa..Kebaikan hati sangat penting bagiku. Lagipun aku dah ada si dia yang sangat cintakan aku!.
Aku tidak pilih sidia-sidia yang kaya-raya tu bukan sebabnya aku tak suka jadi kaya-raya segera.Memang aku nak sangat hidup dilimpahi kesenangan. Cuma aku rasa aku pun boleh cari kekayaan tu dengan usaha aku sendiri. Tak payah nak bergantung hidup dengan kekayaan orang lain. Lagipun aku tidak boleh terima kalau suami aku kata lepas berkahwin nanti duduk saja di rumah.tidak usah nak berkerja.Sedangkan emak aku yang miskin tu dah melabur banyak duit untuk pengajianku.masakan tidak boleh berkerja membantu emakku.Dibuatnya jodoh tidak panjang dengan sidia...ditinggalkannya kita, macamana kita nak hidup kalau tak bekerja.Susah nak hidup di zaman sekarang yang terlalu banyak dugaan dan cabarannya. Masa hadapan tidak dapat ditelah citranya
Alasan aku berikutnya mudah saja. Sebab aku tidak cintakan mereka. Aku akan pilih seorang sidia yang baik, berbudi bahasa,bertanggungjawab, hormat orang tua. Walaupun tidak kaya, tidak mengapa..Kebaikan hati sangat penting bagiku. Lagipun aku dah ada si dia yang sangat cintakan aku!.
Sedang kawan yang
melayani bualanku masih cuba menghadami
kata-kataku. Mungkin apa yang kuperkatakan sedang dipertimbangkan kebenarannya.
Tapi tersengih pula seraya bertanya cuba mengorek kebenaran yang disangsikan.
Dia menduga-duga siapakah calon pilihanku itu.
‘Adalah.Tak
bolehlah nak heboh-heboh selagi belum dirasmikan apa-apa ikatan. ‘Sebenarnya
akupun masih mencari-cari calon yang aku berkenan Lin.’ Tersenyum aku
menatap wajahnya diserbu keliru.
Moga apa yang kurencanakan menjadi kenyataan, sahabatku itu berdoa lirih.. Kadangkala memang amat payah menolak takdir Justeru jodoh pertemuan itu Allah yang atur., menurut Azalina.
Moga apa yang kurencanakan menjadi kenyataan, sahabatku itu berdoa lirih.. Kadangkala memang amat payah menolak takdir Justeru jodoh pertemuan itu Allah yang atur., menurut Azalina.
Dan kita tidak
boleh semata-mata pasrah tanpa usaha walau sedikit Lin. Setelah kita berusaha
barulah kita bertawakal kepada Allah. Tidak hanya menyerah bulat-bulat..Allah penentu
takdirnya.Tapi tidak salah juga untuk kita merancang apa yang kita kehendaki.
Kata setuju hatiku. Aku tidak pula memaksa sahabatku itu atau sesiapa
bersetuju dengan fikiranku.
Harap keputusan kuambil ini tepat. Tapi
sahabatku itu kasihan kepada Fadli kelihatan, monyok saja selepas kutolak
lamarannya.Sudah kurang bercakap seperti dulu.Kalau tidak bukan main riuh lagi mulut dia bersembang
dengan kami.
Aku cuba fahami
kondisi Fadli . Agaknya jodoh kami memang ttdak ada kot.Nak dibuat macam mana!.Kalau
ada jodoh aku dengan peguam itu tentu tergerak hati aku untuk menerimanya.
Fadli seorang lelaki budiman dan sering tolong aku dalam selesaikan tugasan
kuliah. Tapi mengenangkan dia pernah kata isteri pilihannya hanya akan duduk di
rumah saja melaksanakan tanggung-jawab sebagai suri rumah semata, Itu yang buat
aku rasa berat hati. Aku rasa lelaki sebaik dia tidak susah nak pilih calon
isteri menurut kriteria yang disukainya. Tapi bukan aku.
Menjadi suri
rumah sepenuh masa pun apa salahnya kalau suami mampu menyediakan apa saja
keperluan isteri dan keluarganya. Tugas isteri tanggungjawabnya, menjaga suami
dan anak-anaknya. Sudah fitrahnya begitu, tegas sahabatku. Fakta hujahannya tidakku ragu.
Pendapat
Azalina memang langsung tidak salah.Tapi sebagai isteri sepenuh masa
kebergantungan kehidupan kita hanya kepada suami kita.Langit tu kata orang
tidak selalu cerah.Ada tikanya mendung juga.Hidup pun ibarat roda.Kadang ke
atas kadang ke bawah. Nasib masa depan, tidak kita tahu coraknya. Dibuatnya suami itu ditimpa musibah yang tak diingini, di mana
lagi nak bergantung.Hilang sudah tempat
bersandar masalah. Mentelah pula masa tu anak-anak pula keliling pinggang.
Kalau tidak bekerja siapa yang nak tolong kita sara kehidupan?
Sambil mengenangkan wajah emakku yang berkabut disapa
mendung yang berarak di langit kehidupannya. Azamku ingin menyapu mendung
itu segera. Sahabatku mengatakan aku terlalu berfikir jauh.
Padaku memang perlu berfikiran jauh Lin; hidup kita ni bukan
untuk sehari dua walau ajal maut kita tidak tahu bila akan menjemput kita.
Seperti kata alim ulama; beramal ibadat seolah kita akan mati esoknya dan
berusaha seolah kita akan hidup selamanya. Dunia dan akhirat perlu seiring
sejalan biar ada keseimbangannya.
Azalina
menyetujui fikiranku. Tidak usah terburu-buru hendak cari jodoh selepas tamat
pengajian.Yang penting kerja dulu. Hidup selesa sikit dan bantu mak ayah kita.
Begitu yang sepatutnya.Jangan terlalu memilih pekerjaan yang disukai semata.
Sebenarnya akupun
belajar dari pengalaman hidupku dan emakku Lin. Aku Nampak saja riang seolah
tiada masalah yang mendepani lorong kehidupan yang kulalui namun menyimpan
pelbagai rahsia kesukarannya yang tidak pernah kuceritakan kepada sesiapa.
Rahsia kehidupan peribadi patut disimpan sebaiknya.
Tapi aku suka
pula bercerita kepadanya kenangan lampau cinta monyet ketika bersekolah
menengah dulu.. Mengenangkannya membuat aku tersenyum sendiri. Aku berkawan baik
dengan rakan sekelasku kerana kami
sering bersama menyertai acara sukan dan lain-lain kegiatan persekolahan. Dalam
erti kata sebenarnya tidaklah bercinta pun. Cuma aku yang perasan, dilambung
perasaan.
Emakku
menyedari sikapku yang dilihatnya melamun sendiri dan sambil lewa mengulang
kaji pelajaranku. Aku sepatutnya tidak wajar bersikap begitu kerana aku bercita-cita menjadi
seorang doktor. Cita-cita memang tidak akan tercapai sekiranya aku hanya
berangan dan ralit melamun saja tanpa
ada usahanya
Apa yang kita cita-citakan mesti dibentuk sejak
awal lagi. Belajar malas, Cita-cita
bukan main tinggi lagi. Umur masih muda
tapi sudah pandai bercinta...mula tak ingat dunia...asyik berangankan boyfriend . Belajar pun main-main.Dibuatnya boyfriend awak tu cemerlang dalam exam dan masuk universiti tinggallah awak, terkontang-kanting
menyesal tidak sudah.Sebelum terlewat mulalah gigih belajar tolong diri sendiri
mencapai kejayaan. Emak menyergahku.Membuatku terkapa-kapa.
Aku sedar diri; menjernihkan fikiran..Wajah
seseorang yang mengawang di layar minda sirna bayangnya. Betul juga kata emak itu. Kalau aku gagal exam alangkah malunya.Sedangkan aku dan
dia sering bersaing di dalam exam
untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas.Tapi bila aku tahu dia sukakan aku
entah kenapa hatiku bagai terawang-awang kesukaan amat dan mulai mencuaikan
komitmenku terhadap pelajaran.
Bodohnyalah
aku.Tak boleh jadi begini. Aku mesti
bangkit menggapai cita-cita impianku. Masakan membiarkan dia seorang ke
universiti sedangkan aku tertinggal di sini kerana kebodohan kusendiri.Aku
menegarkan semangatku yang mulai lumpuh kerana tekanan
perasaan.Gangguan-gangguan yang melemahkan tumpuanku terhadap pelajaran
berusahaku tepis.Kejayaan dalam peperiksaan penting kudamba.
Ujar emakku,sebelum masuk dewan exam tu buatlah sunat israk dulu. Berdoalah semoga Allah permudahkan semua urusan sepertimana sinar mentari menyeluruhi alam ini. Solat hajat buatlah banyak kali. Setiap malam bangun solat tahajud, solat taubat, solat hajat akhiri dengan solat witir mohon agar Allah memperkenankan hajat yang diinginkan sebelum-sebelum tu. emakku juga akan bacakan yasin untukku dan mendoakan ketenanganku tika menjawab soalan. Dan perolehi kejayaan.
Demikian kisah emak dan aku pada suatu musim peperiksaan.
Ujar emakku,sebelum masuk dewan exam tu buatlah sunat israk dulu. Berdoalah semoga Allah permudahkan semua urusan sepertimana sinar mentari menyeluruhi alam ini. Solat hajat buatlah banyak kali. Setiap malam bangun solat tahajud, solat taubat, solat hajat akhiri dengan solat witir mohon agar Allah memperkenankan hajat yang diinginkan sebelum-sebelum tu. emakku juga akan bacakan yasin untukku dan mendoakan ketenanganku tika menjawab soalan. Dan perolehi kejayaan.
Demikian kisah emak dan aku pada suatu musim peperiksaan.
Selesai peperiksaan tingkatan tiga dapat
keputusannya cemerlang juga.Aku dapat sambung belajar di sekolah Teknik di
Kuantan.Kononnya nak ikut saranan cikgu kelas aku agar berhijrah sikit untuk
luaskan pandangan dan fikiran daripada suasana biasa di daerah pedalaman ke
bandar pulak.
Azalina
masih mengorek kisah hubunganku dengan Syahrin rakan sekelasku seterusnya. Jadi kenangan sajalah Lin!.Dengar kabarnya dia
berpindah ke Johor bersama keluarganya.Ayahnya seorang pegawai tinggi kerajaan.Bukan
sebarangan orang juga. Sedang aku cuma orang kampung biasa. Tidak sekufu pipit bersama
enggang kata emakku. Kena terima hakikat itu.
Aku dengar cakap emakku bahawa kalau nak capai
cita mesti bersungguh-sungguh.Tidak boleh main-main sambil lewa. Dan sibuk nak
bercinta di usia muda. Masih sekolah lagi pulak tu. Terbarailah semua cita-cita
aku sudahnya.
Tapi
kenapa aku tidak ambil jurusan perubatan selepas matrikulasi dulu dan pilih
Kejuruteraan sains kimia pula jadi persoalan kepada Azalina..Kalau aku
bercita-cita hendak jadi doctor tentu bidang perubatan yang akan kupilih.
Kalau tidak tentu aku sudah jadi doktor bersama
dengan Izzairi yang juga minati juga aku dulu.
Wah!Kautahu
juga Izzairi minat aku ya Lin! Tapi aku anggap dia tu kawan
saja Lin! Dia lelaki kacak yang diminati ramai rakan sepengajian. Anak seorang
tokoh korporat terkenal Malaysia. Sekali lagi aku berpegang dengan nasihat emakku
bahawa pipit dan enggang tidak sekufu. Dan tidak boleh terbang seiringan. Realiti
hidup tidak berlaku persis kisah dongeng Cinderella.
Mulanya memang semangatku berkobar-kobar nak
jadi doktor.Paling tidakpun pharmasis.Tapi lepas matrikulasi kena pindah
universiti pula. Sebab universiti tempat aku buat matrik tidak ada pula kursus itu.
Aku pilihlah apa saja bidang ada kaitan dengan subjek yang aku belajar di
matrikulasi. Malas nak menyusahkan diri pindah-randah universiti sehinggalah
tamat ijazah pertama. Bila sambung buat sarjana dapat pula jumpa dengan kawan-kawan
kita yang lain datangnya dari universiti berbeza. Macam Suna dari USM, Fatah
dan Hani dari UMS
Azalina menyeringai sengihnya. Masih seronok bercerita
tentang Izzairi yang
di Mesir, sambung pengajian di sana. Tidak lama
lagi akan tamat pengajin dengan gelaran pakar sakit puan. Mungkin aku akan
mendapat pertolongan kala aku hendak melahirkan
bayiku kelak. Azalina menduga nakal. Aku tertawa sedikit.
Tidak
.ada maknanya aku nak bersalin dengan dia Lin! agaknya bersalin dengan bidan
kampung saja kot. Itupun kalau ada rezeki nak bersalin.
Aku termenung memikirkan tuah Izzairi dapat belajar di luar negara? Ijazah yang dibawa balik
tentu dipandang dan senang mendapat pekerjaan setelah graduat.
Tapi
kalau bidang pengajian yang hendak dituntut tu ada di universiti dalam negeri,
buat apa nak susah payah ke sana. Buang masa saja.Besar kos pengajiannya. Apalagi duit yang ada sedikit saja.Ditambah pula dengan
kedudukan ringgit kita yang jatuh merudum nilainya mutakhir ini.Menurut pakar
ekonomi era kemelesetan setelah minyak di pasaran dunia turun harga.Itu kata
yang pakar. Kadang yang mengaku pakar tu tak tahu manapun. Mengapalah aku susah
payah memikirkan semua itu. Izzairi anak orang berada. Walau ekonomi negara
merudum tidak akan memberi kesan kepada kewangan keluarganya. Lainlah aku yang
marhaen dan papa kedana.
Aku dulu dapat juga tawaran sambung buat sarjana
di Korea tapi aku tolak.Sebab mengenangkan emakku yang tinggal seorang di sini.Sedang
adik-adik aku juga masih belajar lagi. Emak akupun bukannya berapa sihat
sangat.Kesian juga nak tinggalkan dia. Kalau di sini setiap minggu aku boleh
pulang jenguk emak aku.
Aku memang seorang anak yang baik dan
bertanggung-jawab terhadap keluarga. Puji sahabatku. Kalau aku ke Korea tentu
dapat bermain salji dan sedap makan kimchi hingga terlupakan gulai dan sambal tumis . Entahkan tersangkut
pula dengan pakwe Korea yang jambu macam artis KPOP tu. Aku tertawa sedikit dengan lelucon spontan Azalina
itu.
Aku
kan anak sulung Lin! Hanya pada aku, emak dan adik-adik aku bergantung harap.
Aku bukan macam kau dan kawan-kawan kita yang lain yang kebanyakannya datang
dari keluarga yang berada. Macamkau ibubapa kerja guru.Sedang emak aku cuma
petani biasa. Bukan petani yang kaya-raya macam kat Eropah tu. Petani kat
Malaysia yang kais pagi makan pagi.
Kalau
malas nak mengais tak makanlah jawabnya. Sebab tu aku sanggup buat kerja tutor
bantu Dr. Nordin semasa buat ijazah dulu. Lepas grad macam-macam kerja aku buat
nak biayai belanja aku belajar.Sampai kerja kat supermarket pun aku buat. Kau cuma
belajar saja kan Lin! Tak payah nak fikir apa-apa. Tiap bulan dapat wang saraan
dari mama dan papa kau.Kadang-kadang abang dan kakak kau yang dah berjawatan
besar semuanya turut menghulur belanja.
Sedang aku nak harap siapa kalau aku tidak
tolong diri aku sendiri.Mujur juga ada PTPTN. Pandai-pandailah bajet apa yang
perlu agar mencukupi. Tapi sesekali dapat juga harapkan pertolongan kau yang
baik hati tak lokek membelanja makan selalu. Terima kasih banyak Lin!
TAMAT
wow cerpen yang banyak pengajaran.. nice
ReplyDeleteTKSH AZ SUDI MEMBACA...CERPEN NI DH TERBIT DALAMSEBUAH ANTOLOGI CERPEN
ReplyDeleteRajinnya PI berkarya
ReplyDeleteTahniah
TKSH WP SEKADAR MENGISI MASA INSYAA ALLAH
ReplyDeletemenarik cerpen kak ni
ReplyDeleteTKSH HANA SUDI BACA
ReplyDeleteBnyk pengajaran dlm penceritaan.. t kasih berkongsi kak PI
ReplyDeleteThis is exactly what I was looking for. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pictame.
ReplyDelete