Monday 30 September 2019

SEBAB GAGAL MENULIS BUKU PERTAMA

ASSALAMUALAIKUM

Menulis tanpa bermula dari bab pertama

Mengapa selepas 11 tahun di sekolah dan 3 tahun di universiti kita belajar penulisan berformat tetapi masih tidak dapat menghasilkan buku pertama?

Ketika di sekolah kita diajar menulis kaedah linear.

Apakah itu proses garis linear?

Kaedah ini diamalkan dalam penulisan karangan di sekolah, iaitu susunan yang diajarkan seperti berikut.

Pendahuluan
Isi pertama
Isi kedua
Isi ketiga
Isi keempat
Kesimpulan atau pun penutup

Apabila kita menulis dalam kaedah linear, kita akan berfikir sama seperti di atas.

Mula-mula bab satu.
Kemudian bab dua.
Diikuti bab ketiga.
Disusuli bab keempat.

Seterusnya begitu.

Di sini perangkap garis linear berlaku.

Dalam menulis karangan.

Pendahuluan
Isi pertama dapat ditulis lengkap
Isi kedua sudah mula separuh jaya.
Isi ketiga semakin kabur.
Isi keempat tidak disentuh dibuat selagi di atas belum sempurna
Kesimpulan atau pun penutup tidak ada.

Dalam menulis buku, halangan menulis secara linear sangat jelas. Selagi bab pertama tidak selesai, bab kedua tidak muncul.

Apabila kita menggunakan pendekatan yang diadaptasi daripada kaedah Kawakita Jiro (diasaskan pada tahun 1960), kita mengasingkan proses menyimpan idea dan menyempurnakan idea.

Tiga perkara cuba dicapai dalam merancang buku menggunakan kaedah Kawakita Jiro.

Salah satunya, kita mencetuskan ilham buku pertama tanpa perangkap proses garis linear.

Dalam teknik ini kita berfikir secara rawak atau dipanggil buzz logic. Sesuai dengan sifat idea yang fleksibel tanpa aliran.

Susunan hanya muncul selepas itu.
Mahukah saudara belajar lebih lanjut cara menulis dua sehingga tiga buah buku serentak menggunakan kaedah Kawakita Jiro?
Alat kerja ini sudah digunakan oleh 200 penulis yang permah datang ke bengkel penulisan dan buku-buku mereka sudah pun diterbitkan.
Kali ini boleh belajar dari rumah sahaja.
Masuk ke waiting list jika mahukan panduan komprehensif ini.
Sekarang, klik pada link di bawah:

◾Klik di sini bit.ly/kjbuku
◾Klik di sini bit.ly/kjbuku

17 comments:

  1. di tambah dengan minat dan pengalaman itu yang jadi sebuah buku

    ReplyDelete
  2. Menariknya kak PI cara penulisan buku tu.. klu ada masa & kesempatan nak juga belajar.. hihi

    ReplyDelete
  3. Sekiranya mahu inilah salah satu usahanya.

    ReplyDelete
  4. kena ada minat jg, baru boleh start..

    ReplyDelete
  5. Bukan semua orang boleh buat buku.
    Kadang2 nak baca bulu pun liat

    ReplyDelete
  6. sekarang ni menulis di blog pun ada mukadimah dan penutupnya kan :) saya sendiri tak punya kekuatan untuk menulis sebuah buku, kalau dulu cukup rajin menulis cerpen terbit di surat khabar :)

    ReplyDelete
  7. Asalamualaikum..tahniah aktif menulis. Kiriman buku sajak..saya ucapkan ribuan terima kasih ya..terharu dapat hadiah

    ReplyDelete
  8. kaedah linear tu saya guna dalam tulisan blog.. menulis buku tak pernah lagi, cuma angan-angan je yang ada..

    ReplyDelete
  9. TKSH ATIE YA PNGALAMAN HIDUP ELOK DIBUKUKN

    ReplyDelete
  10. TKSH DANA YA BELAJARLH DULU CARI SEDIKIT ILMU MENERBITKAN BUKU

    ReplyDelete
  11. TKSH PC KALAU MAHU INSYAA ALLLAH

    ReplyDelete
  12. TKSH NOHAS YA MAHU N MINAT TU YANG UTAMA

    ReplyDelete
  13. TKSH WP..KAK RASA WP PUN PATUT TLS BUKU TENTANG USAHA TANI YG DIJALANKAN UTK MENGGALAKAN MINAT BERBUDI KPD TANAH

    ReplyDelete
  14. TKSH ANA...MENULIS BLOG KENA IKUT KAEDAH LINEAR JUGA KAN...KAK BUKU PERSEORANGANBELUM ADA CUMA ANTOLOGI CERPEN PUISI YG BANYAK

    ReplyDelete
  15. TKSH CIKGU...ALHAMDULILLAH BUKU KIRIMAN KAK DH DITERIMA

    ReplyDelete
  16. TKSH AZ...NAMPAK AZ N SEMUA BLOGGER MINAT MENULIS JUGA PENULIS YG BERBAKAT INSYAA ALLAH MASING2 KELAK AKAN BERJAYA MENERBITKAN BUKU YG DIINGINKAN.

    ReplyDelete
  17. Sumber ilmu menulis buku yg patut disertai ni.. thanks sharing kak PI.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist